Wednesday, January 30, 2013

Genap Setahun Berpraktikum Di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan...

Assalammualaikum dan selamat malam...

 

 
 Banyak mempelajari erti dunia seorang cikgu kaunseling di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan...



Genaplah setahun EH berpraktikum di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan pada hari ini. Bagi memenuhi syarat bergraduasi, pada semester tujuh EH telah menjalani latihan internship kaunseling bersama seorang rakan EH di sekolah ini.



 Pada asalnya, EH telah memilih SMK Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia, Lumut untuk berpraktikum. Disebabkan atas masalah tertentu pihak Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI telah menukarkan penempatan praktikum EH pada saat-saat akhir di SMKBS. EH menganggap ianya sebagai satu cabaran.



  Corat-coret dalam segmen Bimbingan dan Kaunseling (B&K) pada hari ini...



Sekitar sekolah negeri Perak sahaja yang ditetapkan oleh fakulti EH bagi program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan internship ini. Bagi memudahkan urusan EH, sekolah di daerah Manjung, Perak menjadi tumpuan. Tepat jam 7.00 pagi pada 30hb Januari 2012 bermulah ceritera EH melaporkan diri sebagai cikgu praktikum. Heheee...



 Cantik tak pentas di atas? Inilah hasil idea cikgu pembimbing EH, Cikgu Shamsul Hisham Bin Md. Sharif. EH diminta untuk memasangkan lampu kalimantang yang berwarna biru pancaran indah itu. 



EH dan rakan EH menggenakan tema berwarna hijau  sempena pelancaran Program Guru Penyayang SMKBS. Nampak tak gambar Cikgu Shamsul Hisham di hujung sekali?



Yang menariknya selain Cikgu Shamsul, EH mempunyai 2 oarang lagi cikgu pembimbing iaitu Cikgu Karimah Bt Hamat dan Cikgu Siti Jurizaini Bt Ag. Awang Hamat. Mereka sangat spoting! Cikgu Karimah duduk paling kanan dalam gambar kenangan selepas Program Kepemimpinan Perdana SMKBS...



 Selain sesi bimbingan dan kaunseling, program yang dijalankan oleh kaunselor pelatih dinilai dalam internship ini. Terpaksa menolak permintaan Guru Penyelaras Praktikum, Cikgu Norainee Bt Yusop agar EH mengajar minor EH iaitu Bahasa Melayu. Tak menang tangan nak selesaikan jam kredit internship kaunseling. Fuhh!



Ada pelajar yang menyangkakan EH adalah pelajar baharu di sekolah tersebut semasa hari pertama berada di SMKBS. Mungkinkah penangan EH memakai kemeja putih berlengan panjang, berseluar slack hitam serta bertali leher jalur-jalur pada isnin yang berbahagia itu? Ok semua, sekian dan sayonara!



  Gelagat pelajar SMKBS...



EH : Setuju, don't judge book by it's cover! 

9 comments:

  1. balas kunjungan follow ke-100..best no tu...no yang d cari di blog sya :)

    ReplyDelete
  2. wowww bestnya..dulu sya pernh ada pglmana juga kt sk,tapi kejb jer..saje ambik pengalamn..he mmg mcm2 gelagat pelajar ni..awak dpt sekolah menengah mmg kena byk sabar la kn..hehe

    ReplyDelete
  3. salam..sy pelajar UPSI bakal berpraktikal di smk batu 10 bln 7 ni..boleh kongsikan sikit tmpat yg berdekatan dengn skolah ni..:)
    rumah sewa?kemudahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Selamat berpraktikal di SMKBS yang pd saya sgt bagus & tip top utk timba ilmu praktikal.

      Rumah sewa di kawasan Lekir agak sukar. Saya masa praktikal tanya setiap warung untuk dapatkan rumah. Lastly dapat sewa kt Taman Seri Kayan yg agak misteri. Cuba tanya pihak sekolah, boleh tinggal asrama x? Masa kejadian misteri di rumah sewa, pihak sekolah offer ddk kt asrama tp ktorg tolak sbb dh setengah praktikal kt rumah tu.

      Lekir kawasan kampung. Nak g shooping blh g Sitiawan / Manjung. Bas pun agak terhad. Ms praktikal kwn saya ada motor. Senang sikit pergerakan ke sana sini.

      Auliya kos apa ye?

      Delete
    2. saya kos pend ERT....owhh yeke? ada kuarters guru x? nnt sy try tnya skolah boleh mntak asrama x sbb kami bertiga jer yg praktikal kt skolah tu...sume perempuan..risau jgk..huhu

      Delete
    3. Kuarters guru masa saya praktikal kt SMKBS tak de. Tak tau lah pulak tahun 2014 ni. Apa2 good lux & all de best utk alam praktikal kt bumi lekir Nur Auliya Syuhadah Azha dan rakan-rakannya....

      Delete
  4. assalamualaikum saudari..saya pernah praktikum kat sana...tahun 2006...tak sangka cg shamsul dan cg karimah masih disana....masa terdekat saya nak g area sana...saudari ada tak no tfn cg shamsul atau cg karimah...nnti what apps saya atau sms 0194875704

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam saudari,
      Saya dah respons nombor telefon bimbit Cikgu Shamsul dan Cikgu Karimah di what's up saudari...

      Delete