Wednesday, March 23, 2016

Rabu Tanpa Bicara : Cuti Sehari Lagi..


Tuesday, March 22, 2016

Memancing Ikan Parit Semasa Balik Kampung

Assalammualaikum dan selamat malam...


Setelah memancing di tepi kolam rumah Wak Yang, mencuba nasib untuk memancing ikan ruan atau puyu di dalam parit pula. Nasib tidak berpihak tatkala ikan parit tidak menjamah umpan cacing tersebut. Apa cerita disebalik aktiviti memancing semasa cuti sekolah pada minggu lalu ek? 


Hi! Pada EH kucing Wak Yang, Si Bulat sungguh unik dan lain daripada yang lain. Apabila pancing ikan di tepi kolam dipegang, secara automatiknya Si Bulat akan berlari menyeberangi titi kayu lalu menunggu ikan kolam yang dipancing untuk diberikan kepada Si Meow itu. Apabila sudah diberikan ikan tersebut, Si Bulat akan berlari pantas pula ke dapur Wak Yang sambil menggonggong lantas menikmati ikan segar yang dapat dari kolam. Ok semua, sekian dan sayonara!


EH : Persis Teori Bandura...

Sunday, March 20, 2016

Bising Suara Sang Angsa Apabila Dipanggil Namanya...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Bising suara sang angsa apabila dipanggil namanya. Apakah nama angsa Wak Hamid dan Wak Yang di Parit Setan itu ek?


Hi! Meriah dengan suara angsa apabila Wak Yang memanggil namanya iaitu, "Awie". Dengan lari terkedek-kedek sambil mulut ingin mematuk manusia yang ada di sekitarnya. Jadi gamat keriuhan jeritan Mak Cik EH yang cuba menyelamatkan diri daripada dipatuk angsa. Tidak kurang ada juga yang merakam video untuk dimuat turun di laman sosial. Ok semua, sekian dan sayonara!


EH : Indahnya suasana di desa...

Thursday, March 17, 2016

Selesai Menanda Kertas Ujian Penilaian Formatif 1 Tahun 2016...

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Salah satu aktiviti yang dilakukan semasa cuti sekolah seminggu ni. Aktiviti menanda kertas Ujian Penilaian Formatif 1 Tahun 2016 untuk pelajar-pelajar yang EH ajar. Dapat mengetahui potensi dan kemampuan para pelajar. Anda setuju?


Hi! Syukur Alhamdulillah baharu sahaja memasukkan markah pelajar ke dalam aplikasi sistem SAPS seusai siap menanda semua kertas ujian 1. Ada pelajar yang lulus, gagal dan juga tidak hadir semasa ujian dijalankan pada minggu lepas. Bermuhasabah diri setelah menanda kertas ujian tersebut. Ok semua,sekian dan sayonara!



EH : Berfikiran jauh...

Tuesday, March 15, 2016

Singgah Ke Parit Setan, Benut

Assalammualaikum dan selamat petang...


Emak mengajak EH untuk ke rumah Wak Hamid dan Wak Yang untuk melihat cucu sulung mereka yang baru dilahirkan oleh Nina. Tahniah!


Hi! Menyelam sambil minum air. Alang-alang sudah pulang ke Kampung Parit Lubok Sipat, singgah sebentar ke rumah Mak Cik di Parit Setan. Berborak panjang dan berseloroh dengan karenah mak cik di sana sambil melihat si bayi comel yang asyik melelapkan mata sahaja. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH :  Banyak juga memelihara kucing...

Monday, March 14, 2016

Balik Ke Kampung Parit Lubok Sipat Lagi...

Assalammualaikum dan selamat tengah hari...


Setelah pergi ke kampung arwah abah,dengan melalui jalan lama, Jalan Batu Pahat-Pontian destinasi seterusnya ke Benut, Pontian. Menghabiskan aktiviti cuti sekolah di kampung sebelah emak, Parit Lubok Sipat.


Hi! Tenang seketika dengan dikelilingi kawasan perkampungan yang  menghijau dengan dedaunan kebun buah-buahan. Menebang pokok pisang setelah mengambil buahnya untuk dibawa pulang ke rumah sebagai juadah hidangan serta dijadikan pencuci mulut. Sudah bertekad tidak mahu mengingat seketika urusan di sekolah apabila kaki sudah berada di bumi Pontian. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Sarapan kuih bom Simpang...

Selamat Pengantin Baharu Aziha dan Iqbal...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Belum terlambat EH ingin mengucapkan, "Selamat pengantin baharu Aziha dan Iqbal." Semoga berbahagia hingga ke jannah. Sama cantik, sama padan melihat pengantin perempuan yang merupakan rakan setugas di sekolah EH yang sama-sama mengajar subjek bahasa Melayu.


Hi! Sebenarnya semalam EH agak terlambat untuk menghadiri majlis perkahwinan Aziha di Parit Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat kerana mempunyai urusan tertentu dan bertolak ke sana dari Johor Bahru pada jam 2.30 petang. Syukur Alhamdulillah sampai di sana lebih kurang jam 4.00 petang dan sempat bertemu dengan kedua-dua mempelai. Selepas itu singgah sebentar di kampung arwah abah di sebelah perkampungan Aziha iaitu di Parit Muhammad. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Memandu dengan cuaca panas...

Saturday, March 12, 2016

Bagaimana Model Kereta Tersilap Pada Insurans Kereta?

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Baharu perasan semalam apabila mahu melekatkan road tax pada cermin kereta. Bila lihat salinan insurans yang diberikan oleh pihak bank menunjukkan transisi kereta EH adalah automatik walhal dalam salinan geran kereta jelas kelihatan transisi Manual (MT). Salah siapa?




Hi! Mungkin silap EH juga apabila memperbaharui road tax dan insurans kereta tidak menyemak dokumen dengan teliti. Apabila terjadi kejadian seperti ini, EH terus menghubungi pihak bank yang menguruskan proses memperbaharui road tax dan insurans kereta EH. Berharap kesilapan transisi model kereta EH dapat diperbaiki. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Nampak remeh tetapi nanti menyusahkan...

Friday, March 11, 2016

Bahan Bantu Mengajar : Cari Perkataan Tersembunyi

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Akhirnya siap juga bahan bantu mengajar (BBM) untuk subjek bahasa Melayu dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 1. Jumpa tak pelajar nak mencari perkataan tersembunyi itu? Heheeeeee...



Hi! Gigih menaip dan menyiapkan bahan bantu mengajar yang menyeronokkan seperti mencari perkataan yang tersembunyi persis rajah di atas. Untuk subjek bahasa Melayu EH memilih topik kata kerja iaitu Cara-Cara Membuat Kek Lapis. Bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pula, EH memilih topik unit 2, Keluarga Bahagia. Ok semua,sekian dan sayonara!




EH : Infiniti...

Tuesday, March 8, 2016

Menyiapkan Skema Jawapan Ujian 1 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Assalammualaikum dan selamat malam...


Skema jawapan untuk cikgu lain yang mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 1. Selepas ini aktiviti menanda kertas ujian akan dilakukan. Adakah aktiviti tersebut tidak dilakukan pada cuti seminggu nanti?


Hi! EH diamanahkan untuk membuat kertas soalan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 1 untuk Ujian Penilaian Formatif 1 yang dijalankan pada hari ini. Secara tidak langsung EH juga yang bertanggungjawab untuk menyiapkan skema jawapan kertas tersebut. Rasa lega selepas skema itu telah diberi kepada cikgu- cikgu yang lain tadi. Syukur Alhamdulillah... Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Teringat zaman guru ganti KGSK...




Monday, March 7, 2016

Cerita Si Kad Perkhidmatan Pergigian Pelajar

Assalammualaikum dan selamat malam...


Kad berwarna hijau ini merupakan kad perkhidmatan pergigian pelajar bagi rawatan pesakit am atau sekolah.


Hi! Esok sekolah EH akan diadakan ujiian formatif penilaian pertama. Sebagai guru tingkatan bagi mengisi masa terluang yang ada, EH cuba menyiapkan maklumat yang diperlukan untuk kad pergigian ini. Apabila sudah siap nanti bolehlah dihantar kepada guru yang berkenaan pula. Ok semua,sekian dan sayonara!




EH : 1 mesej kepada mesej yang lain...


Saturday, March 5, 2016

Ke Walimatulurus Sepupu, Idayah Dan Fizri

Assalammualaikum dan selamat tengah hari...


Hadiah yang diberikan kepada pengantin baharu. Berkonsepkan flora dan fauna. Apa komen anda agak-agaknya ek?



Hi! Semalam telah menghadiri majlis walimatulurus sepupu EH di Jalan Lengkongan, Kulaijaya. Majlis tersebut berlangsung selepas solat Jumaat dilakukan. Pada pendapat EH, menu makanan yang dihidangkan sangat banyak dan sedap-sedap belaka. Ok semua, sekian dan sayonara! 



EH : Alhamdulillah, kenyang perut...

Friday, March 4, 2016

Tahniah! Keputusan SPM Tahun 2015 Di Sekolah Saya...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Keputusan peperiksaan SPM Tahun 2015 sekolah EH yang dikongsikan oleh setiausaha SPM STAR di aplikasi laman sosial pada permulaannya. Tahniah!



Hi! Umum mengetahui semalam keputusan rasmi peperiksaan SPM tahun 2015 telah diumumkan. EH berkongsi perasaan berdebar dan gementar untuk mengetahui keputusan BM pelajar-pelajar tingkatan 5TK yang EH ajar tahun lalu kepada emak tercinta. Syukur Alhamdulillah, seramai 84 orang calon yang menjawab kertas bahasa Melayu hanya 5 orang sahaja yang mendapat gred gagal. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Usaha lebih, dapat lebih...

Thursday, March 3, 2016

Status Permohonan Program Tranformasi Minda Tahun 2016

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Dahulunya dikenali sebagai Program Set Induksi tetapi kini dinamakan dengan Program Transformasi Minda. Sebelum mendapatkan pengesahan dan penjawatan tetap dalam sektor kerajaan, EH perlu mengikuti program ini. Syukur Alhamdulillah status permohonan EH untuk program ini sudah pun layak hanya menunggu bila tarikh akan mengikutinya.



Hi! Sebelum ini EH dan beberapa rakan setugas EH telah berjumpa dengan Encik Hussien, pegawai PPD yang menguruskan Program Transformasi Minda kepada guru- guru tempat EH berkhidmat. Melalui ajukan soalan kepada Encik Hussien, dia menyatakan program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Pihak IPG atau dahulunya dikenali dengan nama maktab perguruan. Tiada maklumat sangat yang boleh diketahui tentang program ini apabila pihak PPD hanya menghantar nama guru-guru untuk berPTM. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Semoga dipermudahkan dan diberkati urusan ini.