Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Merdeka!


55 Tahun Malaysia Merdeka..



Salam dan holahai!
Pada hari jumaat ni Malaysia genap menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tahun. Semoga kita meraikannya dengan penuh kesyukuran berada di bumi ciptaan yang Maha Esa ini. Syukur Alhamdulillah...




Dalam segmen Terapi Entertaiment kali ni, EH nak bawa anda mengimbas kembali iklan-iklan merdeka yang dipaparkan di kaca televisyen. Masihkah anda ingat? Macam raya juga, bila tibanya merdeka sudah pasti akan adanya iklan merdeka. Barulah ada umphh.. heheee. Mari kita lihat iklan merdeka tersebut. Jom!



Iklan pada tahun 2005, Kasut Special daripada PETRONAS... Hidup penuh dengan dugaan untuk mencapai kejayaan.





Berkhatan & merdeka. Macam mana tu ek? Saksikan iklan merdeka pada tahun 2006 ni. Nilai persahabatan tetap terjalin walaupun sudah menjangkau usia...





Bagaimana pula iklan merdeka tahun 2007 ek? Memupuk semangat patriotisme masyarakat Malaysia...





Seorang anak yang meminta ayahnya membelikan jala ikan. Bagaimana kisahnya? Inilah ikalan daripada PRTRONAS sempena hari merdeka pada tahun 2008. Banyak pengajaran yang dapat diperolehi...





Ikalan Merdeka 2010 yang memaparkan nilai persahabatan tiga bangsa utama di Malaysia...




Walaubagaimanapun iklan yang disiarkan, namun ia membawa mesej yang sangat berguna kepada kita agar meraikan hari yang keramat ini dengan mengingat kembali jasa dan pengorbanan perwira-perwira yang membebaskan negara Malaysia daripada terus dijajah. Bagaimana pula iklan merdeka pada tahun ini? Idea yang kreatif dan inovatif sudah pasti memberi kelainan dalam menyambut tarikh 31 Ogos dalam iklan tersebut. Cewah... Sebelum EH akhiri coretan ini, terimalah lagu Tanggal 31 daripada Allahyarham Sudirman. Sayonara semua!



Lagu wajib untuk hari kebangsaan, Tanggal 31 daripada Allahyarham Sudirman..




EH : Merdeka, merdeka, merdeka!

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2012!


Thursday, August 23, 2012

Lagu Raya Pilihan EH!




Salam dan Holahai!
Belum terlambat lagi EH nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin. Setelah sebulan berpuasa, inilah masanya kita meraikan bulan Syawal yang mulia dengan penuh kesyukuran. Maaf-bermaafan & kunjung-berkunjungan di hari yg berbahagia ini sambil menikmati juadah yg enak sekali. Heheeee






Dalam segmen Terapi Entertaiment kali ini EH nak berkongsi lagu raya pilihan EH. Semua orang pasti ada lagu raya kesukaan yang tersendiri. Tak kira la lagu baru mahupun lagu lama. Yang penting lagu tu memberi makna yang tersendiri dalam diri anda. Jom lihat Lagu Rayu Plihan EH!




Lagu raya artis FMC, Keindahan Aidilfitri. Popular masa EH sekolah menengah...





Artis nasyid pun boleh nyanyi lagu Zapin Hari Raya, Kumpulan In-team & Unic... Puitis lirik lagu ni..




Manis- manis lebaran nyanyian artis Suria Record. Ada Tomok, Saidatul Erma, Lips, Sofaz ds...




Menjelang Hari Raya, Dato' DJ Dave. Seronoknya lagu raya ni...





Dato' M. Nasir mengimbau detik-detik indah di hari raya dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya...



Lagu raya semuanya mempunyai tema yang mengajak umat Islam meraikan aidilfitri dengan rasa keinsafan sebagai makhluk-Nya. Bila ramadhan menjelma sudah pasti syawal bakal bersua. Dengar lagu raya rasa semakin syahdu memuji yang maha Esa. Bagaimana pula dengan lagu raya pilihan anda? Diharap coretan ini menghiburkan anda di hari lebaran ini. Salam Aidilfitri sekali lagi & sayonara!










EH : Pelbagai versi lagu raya sekarang ni....




Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Lebaran 1433H!




Hoorey Favicon dah berubah!

Salam dan holahai!
Syukur, akhirnya favicon blog EH dapat juga bertukar. Puas godeh2 setting blog ni tapi favicon tetap yang sama. Buka blog hari ni tengok2 favicon dah berubah macam yang EH nak. Yuhuuuuu.... Mari kita lihat sebelum dan selepas. Deng deng deng....



Favicon sebelum ni...




Favicon yang terbaru...




Sebelum EH akhiri coretan ini, terimalah tinta berbicara untuk santapan pembaca semua. Sayonara!








EH : Berusaha insyaAllah berjaya....


Tuesday, August 14, 2012

Mengendalikan Slot Ceramah Intrapersonal

Kemahiran mendengar yang sangat aktif...



Salam dan holahai...
Sekarang ni agak rushing. Sory tak dapat balas balik follower & blogwalking sebab kekangan masa. InsyaAllah lepas ni EH akan follower & blogwalking blog anda ye...Heheeee.. Apapun EH nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah walaupun dah nak sambut hari raya aidilfitri.




Hari ni dalam segmen Bimbingan & Kaunseling (B&K), EH nak kongsi dengan anda tentang satu slot yang dikendalikan oleh EH dan rakan partner EH untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas ICT & ketua tingkatan SMKBS. Apakah slot tersebut ek? EH diminta untuk mengendalikan Slot Ceramah Intrapersonal kepada mereka. Macam biasa la kat bilik seminar yang berwarna pink... 



Pada permulaannya, peserta sedikit kerana ada diantara mereka yang menghadiri kelas tamabahan dahulu terutamanya pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3. Selepas itu barulah mereka memasuki bilik seminar ini...





Jom kita lihat corat-coret apa yang berlaku dalam slot ceramah tersebut. Ayuh!


 
Memberi tumpuan yang sepenuhnya..





Kawan internship EH menyampaikan Slot Komunikasi Asas Keseronokan Bekerja..





Wakil pengawas SMKBS secara sukarela menjawab soalan yang diajukan pada slot ini..





 
Gelagat para peserta..





Berehat sebentar dengan energizer "Tepuk-Tepuk Sayang" yang dikendalikan oleh EH. Mereka mudah memahami energizer ini...





Setiap kumpulan menonjolkan aspek kerjasama..





Respon peserta dengan aktiviti energizer seterusnya dengan mengaplikasikan kemahiran intrapersonal...






Setiap kumpulan berbincang sesama mereka dalam aktiviti Siapakah yang bersalah?





Patuh pada masa yang telah ditetapkan dalam aktiviti ini...



Hari sabtu memang tak dapat nak elak dengan apa2 aktiviti yang berkaitan dengan bidang pengurusan dan pentadbiran. So, EH layan je la. Di bawah ni EH coretkan kata pujangga untuk anda semua. Sayonara!








EH : Belajar ilmu baharu...