Friday, May 2, 2014

Siapkan Soalan Peperiksaan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4...

Assalammualaikum dan selamat malam...



 Masanya untuk menyiapkan kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun untuk ditunjukkan kepada Ketua Panitia dan disemak oleh Ketua Bidang pula. Sekejap rasa dah masuk bulan 5!



Masa ujian 1 bulan Mac yang lalu, EH membuat kertas soalan Amalan Bahasa Malaysia (ABM) untuk kelas peralihan. Mujur, peperiksaan pertengahan tahun ni, EH hanya membuat kertas soalan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 4 sahaja berbanding rakan-rakan EH yang buat soalan peperiksaan lebih daripada satu subjek. Syukur Alhamdulillah.


Apa yang diajar di dalam kelas, itulah yang akan EH uji dalam peperiksaan pertengahan tahun nanti. Jangan hantar kertas jawapan kosong. Jangan menyerah sebelum kalah!


Selepasa Ketua Bidang menyemak dan menandatangani soalan ni, maka bolehlah dihantar ke pejabat untuk direzo. Selepas itu kerja menyusun dan stepler kertas soalan. Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun pelajar! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Cikgu ganti buat soalan peperiksaan?


No comments:

Post a Comment