Assalammualaikum dan selamat hari sabtu...
Cabut undi masa mesyuarat sambutan hari guru minggu lepas, boleh terambil kertas yang tertera nombor 1. Siapakah gerangan yang mendapat hadiah di atas ini?
Tiga sahaja barang yang difikirkan EH semasa mendapat tahu bahawa EH akan memberi hadiah hari guru yang berharga RM30.00 kepada Puan Pengetua SMK Taman Desa Tebrau, Puan Hajjah Zaiton Binti Hussien. Barang apa yang agak-agak sesuai?
Selain hijjab, EH ada terlintas hendak membelikan pen jenama parker atau kerongsang tudung sempena sambutan hari guru. Jurujual hijjab berjaya mencairkan keinginan EH semasa mencari hadiah untuk aktiviti pertukaran hari guru 2014. Warna unggu merupakan warna rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling. Heheeee
Harap-harap hadiah ini berguna dan dimanfaatkan. Ada sesetengah wanita yang lebih menggemarkan pemakaian tudung bawal berbanding tudung sarung. Anda pula bagaimana? Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Bimbingan dan Kaunseling...
EH : Choice Theory Reality Therapy, 5 basic needs...
Bestnya tukar2 hadiah..kalau niesa ikut keadaan..kdg2 pakai bawal,kdg2 malas nak iron pakai tudung syria pulak..hehe
ReplyDelete