Assalammualaikum dan selamat petang....
Satu inisiatif yang bagus untuk anak-anak Johor memiliki rumah mampu milik tetapi pelaksanaannya perlu dilakukan dengan lebih efisyen.
Genap seminggu hari ini EH, adik dan rakan-rakan yang lain pergi ke Dewan Serbaguna Kg. Majidee untuk mencuba nasib memohon rumah mampu milik. Sampai di lorong Kg. Majidee, pergerakan kenderaan sangat perlahan dan adik EH parkir kereta agak jauh dan kami terpaksa menapak untuk ke dewan tersebut.
Kami sampai sebelum pukul 10.00 pagi tapi kelihatan disetiap kedai fotokopi begitu ramai orang beratur untuk fotokopi bahan. EH ingatkan mereka tidak membawa salinan fotokopi kad pengenalan. Rupa-rupanya sangkaan EH salah!
Hanya sehelai kertas ini sahaja, anak-anak Melayu Johor sanggup beratur panjang dan bersesak-sesak untuk mendapatkannya. Malangnya, program yang mula pada jam 10.00 pagi itu telah habis borang diedarkan seawal mungkin. Kertas ini boleh difotokopi dengan orang-orang telah datang awal sebelumnya. Patutlah ramai sangat orang beratur panjang di setiap kedai fotokopi. Terjawab sudah! Apakah?
Memanglah niat sekadar mencuba, tetapi jika pihak penganjur melaksanakan program ini dengan sistematik tidaklah EH bersukan sakan pada minggu lepas. Tengok betul-betul surat tersebut terpampang tajuk apa? Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Releksasi Minda...
EH : Perancangan Allah Maha Hebat....
ada gak terfikir nk apply gak..lagi2 dgn harga rumah kat tempat niesa ni mahal nak mammmm...huhu...
ReplyDeleteYelah Niesa.
DeleteBuat aset untuk masa hadapan nanti...