Wednesday, December 31, 2014

Rabu Tanpa Bicara : Selamat Tahun Baharu 2015!


Tuesday, December 30, 2014

Hadiah 2014 Daripada Nuffnang Malaysia...

Assalammualaikum dan selamat hari selasa....



Jumlah yang terkumpul dalam akaun Nuffnang EH sudah tiga digit nilainya. Terima kasih Nuffnang Malaysia, follower dan pembaca blog EH. Syukur Alhamdulillah...



Hi! Mungkin ini yang dikatakan rezeki hujung tahun apabila akaun Nuffnang EH masih mempunyai nilai untuk cash out buat kali kedua. Seperti yang EH maklumkan sebelum ini, menulis blog sekadar suka-suka dan mengisi masa terluang. Tahu-tahu ada rezeki daripada-Nya. Syukur! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda




EH : Rezeki tak semestinya duit...

Bertugas Menjual Buku 2015 Di STAR...

Assalammualaikum dan selamat petang...




Tirai 1 Januari 2015 dengan tugasan dan tanggungjawab di sekolah. Sumber daripada aplikasi what's up sekolah.




Hi! Gambar di atas menunjukkan jadual EH bertugas menjual buku di STAR pada awal tahun Masihi untuk para pelajar tingkatan tiga. Walaupun semalam Timbalan Perdana Menteri mengumumkan cuti persekolahan pada penggal ini dilanjutkan lagi namun guru-guru melakukan persediaan yang secukupnya untuk sesi persekolahan tahun baharu nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...





EH : Merasionalkan kognitif....









Saturday, December 27, 2014

Memetik Buah Ciku Di Kampung, Benut...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Musim hujan sebegini, kelihatan pokok ciku di kampung lebat dan besar-besar saiz buahnya. Suka makan buah ciku tak?



Hi! Memang seronok menghabiskan masa cuti sekolah di kampung lebih-lebih lagi kalau tengah musim buah-buahan. Balik ke kampung bonet kereta kosong dan pulang ke rumah dengan bonet yang sarat dengan buah-buahan seperti pisang, ciku, kelapa dan sebagainya. Pernah alami situasi sebegitu tak?



EH dan Mak Cik sudah memetik buah-buahan di halaman kampung seawal jam lapan pagi seusai sarapan kuih bom di dapur. 




Mak Cik dan Pak Cik lah yang tinggal di kampung Mak EH di Parit Lubok Sipat, Benut setelah arwah Atok dan Nenek tiada lagi di muka bumi ini.




Bila saudara-mara pun balik ke kampung menziarahi sesama ahli keluaraga terasa meriah dengan perkongsian cerita yang tiada nokhtahnya sambil menikmati keindahan suasana desa di musim cuti persekolahan ini. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...





EH : Kisah cuti sekolah...

Selamat Pengantin Baharu Hafandy & Siti Azura...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Memilih tema berwarna merah jambu semasa majlis walimatulurus di pihak lelaki. Kelihatan cantik dan segak seri pengantin pada petang itu.



Belum terlambat untuk EH ucapkan, "Selamat pengantin baharu" kepada sepupu EH iaitu Hafandy dan pasangannya Siti Azura. Seminggu hari ini EH, emak dan abang EH pergi ke majlis yang indah itu di Jalan Sungai Suloh, Batu Pahat, Johor. Semoga berbahagia hingga ke taman firdausi kulaan. Heheee... Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...




EH : Berkonvoi dari Benut...

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) STAR 2014...

Assalammualaikum dan selamat hari sabtu...


 Selain Program NILAM, Pusat Sumber Sekolah turut mengadakan pertandingan melukis poster bagi kategori menengah rendah. Nampak tak perkataan apa yang tertera pada poster di atas ek? Heheeee



Hi! Pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar hadir ke sekolah selepas mereka menduduki peperiksaan akhir tahun seperti KM1M. Ini kerana, kehadiran para pelajar masih direkodkan dalam buku kehadiran sekolah.



Kelompok pelajar perempuan tingkatan 2 bersaing sesama sendiri menghasilkan poster yang cantik dan menarik untuk kem tersebut.




Mereka dibahagikan mengikut tingkatan yang dijalankan di kantin sekolah.



Usaha dan kesungguhan para pelajar perlu dihargai kerana merekalah yang mengimarahkan lagi Kem Membaca 1 Malaysia STAR 2014. Setuju? Ok semua, sekian dan sayonara!




Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Mencapai nirwana kendiri...

Bengkel Pasca PT3 STAR 2014 : Program Ibadah Sembelihan

Assalammualaikum dan selamat petang...




Ustadz Anas dan beberapa orang pelajar sedang membakar ayam selepas aktiviti ibadah sembelihan dijalankan. 



Hi! Bagaimana keadaan cuaca di tempat anda? Satu lagi aktiviti yang dijalankan di sekolah EH selepas peperiksaan PT3 ialah Program Ibadah Sembelihan. Kebetulan pada hari tersebut EH sempat relief untuk mengawal para pelajar dalam program tersebut. Dapat juga menikmati ayam bakar, nasi goreng dan air oren sunquick. Ok semua, sekian dan sayonara!



Di bengkel pertanian inilah para pelajar menunggu ayam bakar untuk dijadikan santapan.




Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Sabar membakar ayam...


Wednesday, December 24, 2014

Rabu Tanpa Bicara : Kelangsungan Harapan...


Program Pasca PT3 STAR 2014 : Projek Inovasi Tong Sampah

Assalammualaikum dan selamat petang...



Setelah membuat lakaran dan ukuran tong sampah, para pelajar menggergaji papan lapis untuk menghasilkan inovasi produk mereka.



Hi! Tahniah kepada semua para pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia yang telah mendapat keputusan PT3 mereka pada hari isnin yang lalu. EH ingin berkongsi Program Pasca PT3 di sekolah EH iaitu Projek Inovasi Tong Sampah yang berlangsung pada bulan sepuluh sejurus tamat peperiksaan PT3 yang lepas.



Sebelum bermulanya tugasan, semua pelajar diberi penerangan oleh beberapa orang guru untuk menghasilkan sebuah tong sampah yang berguna untuk sekolah EH. 





Semangat kerjasama dalam pasukan ditonjolkan oleh semua pelajar bagi mencuri hati panel hakim sekaligus dinobatkan johan untuk projek tersebut. Pembelajaran sepanjang hayat. Heheeeee



Biasalah, pada permulaannya para pelajar agak kekok dengan peralatan menukang tetapi setelah projek inovasi tong sampah mereka siap itulah harga yang dibayar setelah penat lelah berusaha bersama. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling



EH : Kelompok jelekit...

Friday, December 19, 2014

Bengkel Pemimpin Muda Sukan (PMS)...

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Apabila para pelajar groufies dalam kereta yang dipandu EH. Kelebihan teknologi pada hari ini. Setuju?



Hi! Bulan lepas genap sebulan EH posting di STAR dan Guru PK Ko-kurikulum meminta untuk menghantar wakil pelajar menghadiri Bengkel Pemimpin Muda Sukan (PMS) di PPD Mersing. EH dan Cikgu Zuhaili menghantar pelajar ke sana dengan perjalanan hampir 40 minit dari sekolah EH berserta laluan yang bengkang-bengkok. 



Semua sekolah menengah di daerah Mersing menghantar 8 orang wakil pelajar menghadiri bengkel mengendalikan aktiviti sukan di sekolah pada tahun 2015.




Turut dijalankan aktiviti simulasi menjalankan aktiviti indoor bagi pelajar yang tamat Peperiksaan PT3 dan peperiksaan akhir tahun di sekolah. Mereka umpama satu keluarga yang utuh!



Bengkel ini memberi gambaran bahawa pelajar akan membantu para guru di sekolah mengendalikan aktiviti sukan di sekolah. Guru hanya memantau dan memberi tunjuk ajar kepada mereka sahaja. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Jalan Mersing & lori...

Thursday, December 18, 2014

Dadali - Ku Tak Pantas Di Syurga

Assalammualaikum dan selamat malam...


Jika tidak ada kerja yang hendak dilakukan di kuarters guru, EH suka mendengar muzik. Memuat turun lagu kemudian mendengarnya untuk mengurangkan rasa bosan. Heheeee



Hi! Seperti di UPSI tabiat EH berulang kembali apabila tinggal di kuarters guru di Felda Tenggaroh iaitu mendengar muzik. Antara lagu yang EH dengar adalah lagu daripada Kumpulan Dadali. Mari kita layan lagu Ku Tak Pantas Di Syurga. Ayuh! Ok semua, sekian dan sayonara!




Mendengar muzik sambil merefleksi diri ini...




Segmen Terapi Entertaiment...




EH : Genre muzik apa pilihan anda?

Rumah Jiran Kuarters Guru Terbakar...

Assalammualaikum dan selamat malam....


Hi! Di bumi Mersing, EH tinggal di kuarters guru di Felda Tenggaroh Timur 1 bersama rakan sekerja sekolah EH. Musibah menimpa jiran sebelah rumah EH pada bulan lepas yang juga merupakan staff di sekolah EH apabila rumahnya terbakar.



 Terkejut apabila mendapat berita daripada kumpulan what's up sekolah yang menyatakan rumah Abang Zam terbakar pada hari jumaat lebih kurang jam 1 pagi ekoran litar pintas. Kebetulan EH dan housemate sudah balik ke kampung pada minggu tersebut.




Kuarters kami merupakan sebuah rumah papan yang mempunyai dua pintu. Sebuah rumah  dihuni oleh dua keluarga. Abang Zam dan Cikgu dari SMK Tenggaroh A yang sudah pulang bercuti di kampungnya tidak dapat menyelamatkan segala pekakas di rumah mereka.



Gambar terkini rumah Abang Zam daripada jendela bilik EH yang diambil pada awal bulan ini.



Apa yang dirisaukan EH seandainya api marak dan merebak ke rumah EH adalah segala dokumen, sijil-sijil serta transkrip peperiksaan yang ditinggalkan di sana. Mujur tiada apa-apa yang berlaku di rumah EH. Syukur! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...




EH : Rasa simpati & takziah





Bilik Guru SMK Tan Sri Abdul Kadir (STAR), Mersing...

Assalammualaikum dan selamat petang....


 Rasa terkejut kali pertama melihat bilik guru sekolah EH posting ni sebab ada pembahagi setiap tempat guru beristirehat. Tempat baharu dan suasana pun baharu juga. Heheeee...



Hi! Sekadar berkongsi entri mengenai sekolah EH posting di bumi Mersing. Sebelum ni EH tak pernah jumpa bilik guru seperti ini. Mungkin ada kebaikan yang EH akan ketahui setelah lama berada di STAR nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



Inilah kamar dan meja EH di STAR. Setiap kamar boleh memuatkan dua orang guru di dalamnya. Kekadang berborak dengan cikgu di kamar sebelah dengan dipisahkan papan lapis itu sahaja. Seronok!




Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Bagaimana persekitaran tempat rehat anda?

Sunday, October 12, 2014

Posting Di SMK Tan Sri Abdul Kadir, Mersing...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Keputusan penempatan di sekolah yang dipaparkan melalui portal Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Syukur Ya, Allah...



Alhamdulillah akhirnya EH sudah mengetahui ke mana kaki ini akan melangkah untuk berkhidmat mendidik dan mengajar para pelajar di sekolah. SMK Tan Sri Abdul Kadir, Mersing di Felda Tenggaroh lima merupakan sekolah yang akan EH lapor diri pada hari esok. InsyaAllah berharap segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Amin...Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Bumi Mersing, Johor....

Thursday, October 2, 2014

Senarai Semak Tindakan Untuk Posting Ke Sekolah...

Assalammualaikum dan selamat hari khamis...


Senarai semak tindakan untuk melapor diri ke`sekolah pada 13hb Oktober nanti. Harap sangat segala dokumen yang diperlukan oleh pihak sekolah dapat diberi pada kerani nanti.



Hi! EH dan rakan-rakan yang ingin melaporkan diri ke sekolah pasti berdebar dan rungsing untuk menyiapkan segala keperluan termasuk dokumen-dokumen peribadi. Mujur ada kawan-kawan yang berkongsi senarai semak untuk kemudahan bersama. Terima kasih! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Fotokopi dokumen...

Buat i-Akaun Ahli KWSP...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Untuk melapor diri pada 13hb ni, pihak sekolah memerlukan nombor KWSP. Maklumat butiran diri EH tidak mempunyai alamat surat-menyurat. Malas nak pergi pusat KWSP, EH mengemaskini maklumat menggunakan alam maya sahaja. Boleh lihat penyata akaun sekali!



Hi! Untuk anda yang sudah ada akaun KWSP bolehlah menggunakan perkhidmatan online untuk i-Akaun Ahli KWSP. Perlu mendapatkan 6 digi kod pengaktifan i-Akaun Ahli dengan menelefon pihak KWSP ditalian 03-89226000. Sesudah itu anda boleh daftar log in dan menggunakan alam maya untuk akaun KWSP anda. Mudah bukan? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Sudah ada i-Akaun Ahli KWSP tak?

Tuesday, September 30, 2014

Tegar, Ke Mana Kasih Sayang

Assalammualaikum dan selamat malam...


Hidup mesti diteruskan walaupun dugaan datang menerpa...



Hi! Biasa dengar lagu Tegar ni masa dengar radio Best.fm. Lagu yang berkisahkan rasa rindu seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Memang sesuai dengan tajuk lagunya. Jom kita layan lagu tersebua! Ok semua, sekian dan sayonara!



Lagu Ke mana kasih sayang daripada artis Indonesia Tegar. Apa pendapat anda tentang lagu ni ek?




Segmen Terapi Entertaiment...




EH : Salam kasih sayang....

Monday, September 29, 2014

Nama Untuk Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG41)

Assalammualaikum dan selamat hari isnin...


Alhamdulillah, nama EH naik untuk semakan posting pada bulan Oktober ni. Ya Allah!



Hi! Seramai empat orang coursemate EH dapat dipostingkan di negeri darul takzim. Ini bermakna EH tidak keseorang semasa taklimat 13hb nanti. Cabaran untuk bergelar guru tetap semakin dirasai. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling....




EH : Allah Maha Mengetahui!





Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG41)

Assalammualaikum dan selamat petang...



Boleh tak baca hebahan di atas? Sungguh berdebar hari ini....



Hi! Mesti ramai kawan-kawan calon simpanan EH berdebar menanti hari ini termasuk diri EH. Hari ini 29 September 2014 boleh menyemak untuk penempatan PPPS DG 41 untuk posting 13 Oktober ni. Semoga ada sinar untuk calon simpanan. Amin! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Semoga berjaya!