Monday, June 23, 2014

Ke SMK Permas Jaya 3, Karnival Peralihan 2014

Assalammualaikum dan selamat malam...


 Di Dewan Al-Falah inilah dijalankan Pertandingna Bercerita Bahasa Melayu serta Majlis Perasmian dan Penutupan Program. Nampak tak gelagat pelajar peralihan bercerita di atas pentas? Yang penting berani mencuba dan bercakap dikhalayak ramai...Tahniah!



Hi! Pagi tadi EH dan Cikgu Ain pergi ke SMK Permas Jaya 3, menghantar 3 orang wakil pelajar Peralihan mengikuti Pertandingan Bercerita dan Mengeja Bahasa Melayu dan Mengeja Bahasa Inggeris peringkat PPD Pasir Gudang. Besar juga sekolah tu...


Buku program majlis tersebut. SMK Taman Desa Tebrau diberi kepercayaan oleh AJK pengelola untuk menjadi pengerusi majlis perasmian dan penutupan program yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai BI (Men), PPD Pasir Gudang iaitu Encik Baharudin Bin Ishak.



Rezeki tidak berpihak kepada sekolah EH. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan cuba lagi kepada pelajar yang tidak berjaya. Belajarlah sesuatu daripada kehidupan ini. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Jadi pengerusi majlis?


Wednesday, June 18, 2014

Rabu Tanpa Bicara : Belajarlah Daripada Pengalaman...


Saturday, June 14, 2014

Ujian Psikometrik Kaunseling...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Contoh laporan ujian psikometrik kaunseling di SMK Batu Sepuluh Lekir semasa EH internship kaunseling di sana pada tahun 2012. Bagaimana laporan ujian psikometrik kaunseling di sekolah anda?


Ujian psikometrik kaunseling juga dipanggil inventori kaunseling yang dapat mengenalpasti beberapa tret dalam diri seseorang individu agar tret tersebut menjadi panduan untuk individu itu berjaya. Sebagai contoh, Inventori Personaliti Warna (IPW) mengelaskan keistimewaan manusia kepada empat warna iaitu warna emas, hijau, biru dan jingga. Pernah buat ujian IPW tak? Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Esok dah mula naik sekolah semula...

Friday, June 13, 2014

ISMP Calon Simpanan Posting September Ini?

Assalammualaikum dan selamat hari jumaat....


Maklumat yang diberikan oleh rakan ISMP berkaitan tarikh posting ISMP Calon Simpanan. Mungkinkah bulan September ni?



Hi! Dengan adanya teknologi, manusia dapat berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih mudah. Contohnya, bila ada perkara yang mushkil untuk ditanya bolehlah berkomunikasi menggunakan medium yang sesuai seperti telefon, laman sosial dan sebagaimya. Bagaimana hidup tanpa teknologi? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Seramai 1595 orang ISMP calon simpanan....

Salam Nisfu Syaaban 1435 Hijrah...

Assalammualaikum dan selamat petang....


Sekejap sudah memasuki bulan Syaaban. Hari ini 15 Syaaban. Salam Nisfu Syaaban 14345 Hijrah...


Bila tengok kalendar lebih kurang dua minggu lagi akan bertemu dengan bulan Ramadan. Setiap agama mengajar umatnya agar melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang buruk pada setiap masa. Apa yang pasti setiap kebaikan yang dilakukan insyaAllah akan dibalas dengan kebaikan juga oleh-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda...



EH : Bila semua umat terus membuat kebaikan?

YB Khairy Jamaluddin & Graduan ISMP Calon Simpanan....

Assalammualaikum dan selamat hari jumaat...


Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) yang akan membantu graduan calon simpanan IPTA. Terima kasih YB!



Semua graduan ISMP calon simpanan IPTA berusaha dengan pelbagai cara untuk menuntut posting daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Salah satunya dengan tweet menteri-menteri di Malaysia supaya masalah calon simpanan ini mendapat perhatian dan liputan. Untuk mendapat kemanisan, kadang-kadang perlu melalui kepahitan dipangkalnya. Betul tak? Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Ramadan bakal menjelma...

Thursday, June 12, 2014

Berbelanja 'Online' Di Groupon Malaysia

Assalammualaikum dan selamat malam...


Kali kedua membeli barang secara 'online' di Groupon Malaysia. Anda pernah berbelanja di sini tak?



Hi! Apabila semua benda berada di hujung jari, nak berbelanja pun menjadi mudah mengikut peredaran semasa. Pada EH, berbelanja secara 'online' di Groupon sangat bagus apabila barang yang ditempah harganya termasuk dengan bayaran pos sekali. Tidak kiralah barangan tersebut besar ataupun berat. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...



EH : Transaksi 'online banking' juga...

Maksud Graduan ISMP Calon Simpanan?

Assalammualaikum dan selamat hari khamis...



Respons daripada tweeter Timbalan Menteri Pendidikan II, YB P. Kamalanathan berkaitan pelajar ISMP yang mendapat status calon simpanan dalam keputusan temuduga posting. Jelas tak?



Hi! Syukur Alhamdulillah ada juga menteri yang memberi respons berkaitan calon simpanan untuk graduan ISMP. Ye lah, sekurang-kurangnya ada juga maklumat yang diketahui tentang posting untuk calon simpanan. Berharap segala usaha diberkati dan dirahmati-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling....



EH : #calonsimpananmahuposting

Berkhelah Di Tanjung Balau Dan Desaru, Kota Tinggi...

Assalammualaikum dan selamat malam...



 Gambar ini diambil semasa berada di Desaru. Sebelum itu, EH sekeluarga pergi ke Tanjung Balau untuk berkhelah di sana juga. Cuba teka, EH mandi di Pantai Tanjung Balau atau Desaru? Heheeee



Hari sabtu yang lalu sempena cuti umum, EH sekeluarga pergi berkhelah di Pantai Tanjung Balau dan Desaru. Banyak juga bekalan makanan yang dibawa antaranya nasi lemak, bihun goreng, nuget, bebola sotong, hot dog, roti, kaya, buah pelam, air tebu dan air masak. Banyak tak menu untuk santapan kami di sana? Sebenarnya Tanjung Balau dan Desaru berdekatan. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Ramai juga PATI berkhelah???


Musim Buah Pelam Di Kampung Lubuk Sipat, Benut

Assalammualaikum dan selamat malam...



Di kampung tengah musim buah pelam. Terima kasih Cik Inang sebab tolang jolokkan buah pelam yang tinggi untuk dibawa balik ke JB...



Hi ! Sebelum cuti sekolah lagi emak sudah mengajak EH untuk pulang ke kampung untuk menghabiskan masa sehari dua di Kampung Lubuk Sipat, Benut. Umpama langkah kanan sebab musim buah pelam di sana. Rupa luaran tidak menggambarkan kemanisan isi buah pelam. Ternyata sungguh manis dan lazat buah pelam di kampung. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Berguni bawa balik buah pelam...


Selamat Pengantin Baharu Jojoi Dan Pasangannya...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Sepupu EH di Kampung Parit Setan, Benut baharu sahaja mendirikan masjid. Tahniah!



Hi ! Cuti sekolah semestinya ada diantara kita yang mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang tercinta. Termasuk juga sepupu EH yang selamat diijab kabulkan untuk melayari bahtera kehidupan bersama iaitu Jojoi dan pasangannya. Berapa banyak undangan walimatul urus anda pada cuti sekolah ini ek? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda...



EH : Aktiviti rewang...