Monday, June 23, 2014

Ke SMK Permas Jaya 3, Karnival Peralihan 2014

Assalammualaikum dan selamat malam...


 Di Dewan Al-Falah inilah dijalankan Pertandingna Bercerita Bahasa Melayu serta Majlis Perasmian dan Penutupan Program. Nampak tak gelagat pelajar peralihan bercerita di atas pentas? Yang penting berani mencuba dan bercakap dikhalayak ramai...Tahniah!



Hi! Pagi tadi EH dan Cikgu Ain pergi ke SMK Permas Jaya 3, menghantar 3 orang wakil pelajar Peralihan mengikuti Pertandingan Bercerita dan Mengeja Bahasa Melayu dan Mengeja Bahasa Inggeris peringkat PPD Pasir Gudang. Besar juga sekolah tu...


Buku program majlis tersebut. SMK Taman Desa Tebrau diberi kepercayaan oleh AJK pengelola untuk menjadi pengerusi majlis perasmian dan penutupan program yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai BI (Men), PPD Pasir Gudang iaitu Encik Baharudin Bin Ishak.



Rezeki tidak berpihak kepada sekolah EH. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan cuba lagi kepada pelajar yang tidak berjaya. Belajarlah sesuatu daripada kehidupan ini. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Jadi pengerusi majlis?


2 comments:

  1. rindunya nk tgk org bertanding bercerita nih..mesti seronok..xpe EH next time boleh cuba lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niesa, kalau sekolah rendah pertandingan bercerita meriah...;)

      Delete