Wednesday, July 31, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Salam Nurramadhan!


Monday, July 29, 2013

Selamat Menyambut Malam Lailatur Qadar...

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Hari ini sudah masuk Ramadhan yang kedua puluh hari. Sepuluh malam terakhir ni dijanjikan malam Lailatur Qadar. Ada yang mengatakan malam tersebut berlaku pada malam yang ganjil.

 Salam malam Lailatur Qadar! Bulan puasa mengajar kita menginsafi diri dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya...


Jika di kawasan perkampungan sudah tentu indah dihiasi dengan lampu liko mengelilingi kawasan halaman. Semuanya kerana ingin menyambut malam tujuh liko. Tempat siapa yang paling banyak diterangi lampu liko ek? Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Releksasi Minda...


EH : Lampu liko atau lampu kelap-kelip?



Sunday, July 28, 2013

Sambut Ramadhan Di Bumi Tanjung Malim...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Setiap orang pasti ada memori  tersendiri di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kisah EH berlaku di bumi Tanjung Malim semasa semester 2. Apakah kisahnya?


 Cerita yang berlaku di Kolej Za'ba...


Bila berjauhan dengan keluarga, waktu sahur dan berbuka kena uruskan sendiri. EH dan housemate memasak untuk sahur secara bergilir menggunakan multi cooker walaupun peraturan kolej tak benarkan pelajar memasak di kolej kediaman. Pernah EH memasak sambal tumis yang kelihatan tak seperti sambal tumis. Risau dan gelabah akhirnya Nekman tolong modified sambal tumis tu. Sampai sekarang tak boleh lupa peristiwa tu. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...


EH : Kena ambil kursus masakan...


Layan lagu Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon, Kumpulan Al-Mizan...

Assalammualaikum dan selamat hari minggu...

 Seronoknya dengar lagu raya pada waktu ni...


Sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal menjelma ke? Sambil-sambil mengemas atau mengecat rumah cuba anda layan lagu raya daripada kumpulan era 70-an ni...

Kumpulan era 70-an yang popular di Malaysia dan Singapura iaitu Kumpulan Al-Mizan dengan lagunya, "Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta" Apa perasaan anda bila dengar lagu ni ek?


Ada yang berpendapat bahawa lagu raya dulu-dulu lagi menyengat berbanding lagu raya masa kini. Tepuk dada tanya selera. Lambat lagi nak berbuka. Di kawasan EH hari ni waktu berbuka pukul 7.19 malam. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Layan segmen terapi entertaiment...


EH : Bersederhana menyambut hari raya...


 


Bersabarlah Sayang daripada Anuar Zain...

Assalammualaikum dan selamat hari ahad....

 Macam baru semalam kita menunaikan ibadah puasa. Sekejap sahaja masa berlalu untuk bertemu dengan bulan Syawal....

Hi semua! Hari rabu tu ada sesetengah stesen radio dah mula memainkan lagu raya. Seronok je bila memulakan urusan pagi dengar lagu raya di radio Suria FM sambil dengar celoteh Halim Othman dan Kak Deeba. Inilah lagu raya yang pertama EH dengar di radio pada tahun ini...


 Lagu bersabarlah sayang daripada adik Ziana Zain iaitu Anuar Zain....

Ada banyak versi lagu bersabarlah sayang pada masa kini. Anda boleh dengar di Youtube versi-versi tersebut untuk rasai kemeriahan menyambut Aidilfitri nanti. Heheeee... Ok semua. sekian dan sayonara!

Segmen Refleksi Minda...


EH : Sekadar perkongsian je...
 

Lagu Ramadhan 2013 Pilihan EH!

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Nak tahu lagu Ramdhan 2013 pilihan EH? Teruskan membaca entri ini. Heheeee

Bersyukur pada Illahi kerana masih dapat meneruskan dan menunaikan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini. Bila tiba bulan yang mulia ini, anda pasti ada lagu-lagu bertemakan bulan Ramadhan kesukaan anda. Jom layan lagu pilihan EH. Lagu apakah?


 Tahun ni EH suka lagu ni. Kemuliaan Ramdhan daripada Kumpulan In-Team dan UNIC. Tak jemu dengar lagu ni. Anda suka tak?

Suka dengan lirik, "bulan kesabaran dan keinsafan". Semoga sentiasa diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh segala cabaran dan dugaan daripada-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Terapi Entertaiment


EH : Selamat berpuasa!