Sunday, May 26, 2013

Istikharah Cinta Daripada Kumpulan Sigma

Assalammualaikum dan selamat hari minggu...

Partner praktikum EH di SMKBS yang memakai cermin mata di baris kedua? Itulah dia Si Cikgu Adib... Heheee..


Dalam sibuk menyiapkan laporan sesi kaunseling masa praktikum di dalam bilik rumah sewa Taman Seri Kayan, tiba-tiba terdengar lagu yang dimainkan di laptop Cikgu Adib. Kebetulan EH menyewa berdua sahaja. Inilah dia lagunya...


 Lagu Istikharah Cinta oleh kumpulan nasyid Sigma. Mungkinkah artis nasyid ini dari seberang?


Bila lagu ni dimainkan banyak kali dekat rumah sewa yang penuh dengan misteri pada tahun lepas, menjadi nostalgia pula sampai ke hari ini. Semoga terhibur dengan lagu ini. Ok semua, sekian dan sayonara!



Lagu ini dalam segmen Terapi Entertaiment...



EH : Susah cari rumah sewa masa praktikum...

Saturday, May 25, 2013

Perjumpaan Pembimbing Rakan Sebaya SMKTJJ2

Assalammualaikum dan selamat pagi...

 Wajah-wajah ceria PRS SMKTJJ2. Bantu diri untuk bantu rakan!


Setiap hari khamis selepas waktu persekolahan diadakan perjumpaan PRS di pusat sumber SMKTJJ2. Di situlah mereka menjalani aktiviti daripada modul-modul yang disediakan. Apakah aktiviti itu?


Selain modul ice-breaking, mereka juga telah menjalani modul komunikasi, modul team building, modul asertif dan banyak lagi. Pakaian seragam PRS SMKTJJ2 berwarna unggu. Nampak tak?


 Bekerjasama antara satu sama lain. Setiap PRS mendengar arahan dengan teliti daripada fasilitator yang bertugas...


Diharapkan perjumpaan ini memberi input yang positif kepada semua PRS SMKTJJ2 dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka untuk menjadi pelajar yang berjaya. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Bimbingan & Kaunseling...


EH : Kita ENJOY!







Friday, May 24, 2013

Guru Ganti Di SMK Taman Johor Jaya 2 Pula...

Assalammualaikum dan selamat pagi...

 Pas kebenaran keluar kelas. Hari-hari EH bawa masuk ke dalam kelas untuk kegunaan pelajar. Heheeee


Syukur, EH diberi amanah untuk membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) ketika menjadi guru ganti di SMKTJJ2. Bekerjasama dengan dua orang guru kaunseling yang tidak lokek ilmu membantu EH iaitu Kak Lin dan Kak Bakyah. Menggunakan segala ilmu dan kemahiran kaunseling yang dipelajari di UPSI. 

 EH dan guru-guru yang lain menyanyikan lagu, " Kami Guru Malaysia" di pentas dewan tertutup ni kerana pagi 16hb Mei hujan. Meriah dan sungguh terkesima!


Acara sukaneka apakah ini? Ini adalah acara memasukkan air ke dalam botol. EH dan Cikgu Qamarul join acara makan epal. Yepi dapat nombor 2!


Dapat juga menjalankan perkhidmatan kaunseling individu dan kaunseling kelompok di negeri kelahiran EH ni. Walaupun situasinya tidak sama ketika berada di Perak, namun EH cuba melakukan yang terbaik. Ok semua, sekian dan sayonara! 


Segmen di pagi yang penuh barakah...



EH : Selamat bercuti kerana hari wesak!





Sunday, May 19, 2013

Hadiah Sempena Hari Guru...

Assalammualaikum dan selamat hari minggu...

 Cuba teka, hadiah yang mana satu menjadi pilihan dan signifikan guru pembimbing EH masa praktikum tahun lepas ek? Jawapannya...


Kenangan! Tahun lepas, EH dan partner internship kaunseling EH sibuk mencari hadiah yang sesuai untuk guru pembimbing EH semasa tanggal 16 Mei. Seperti yang sedia maklum, EH mempunyai 3 orang guru pembimbing. Ramai tak?


 Gambar hasil tangan EH dan Cikgu Adib yang ada dalam frame di atas menjadi pilihan & sungguh bermakna bagi Cikgu Shamsul Hisham...


Hadiah-hadiah tersebut EH bagi kepada sifu-sifu kami pada pagi khamis hari guru tahun lepas. Imbalannya, EH pun dapat hadiah yang sungguh bermakna daripada mereka. Yuhuuu, seronoknya! Ok semua, sekian dan sayonara!  


 Segmen Bimbingan dan Kaunseling...


EH : 1st time nyanyi lagu, " Kami Guru Malaysia" di dataran perhimpunan SMKBS...

Lagu Sempena Hari Guru..

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Tarikh keramat 16 Mei setiap tahun bagi meraikan warga pendidik..


Syukur, EH dapat meraikan Hari Guru tahun ni lagi walaupun bukan di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan. Walaupun hujan pada hari tersebut, guru-guru tetap diraikan dengan sungguh meriah. Jom kita dengar lagu-lagu yang dimainkan bagi warga pendidik. Ayuh!


 
 Tenang mendengarkan lagu The Teacher daripada Sami Yusuf artis negara Timur Tengah. Cikgu pembimbing masa praktikal pun suka lagu ni..


 
 Semua guru pasti tersenyum mendengar lagu rock daripada Kumpualn Khalifah, Cikgu Ayu. Siapakah gerangan Cikgu Ayu ni ek?



 Lagu yang dinyanyikan EH serta guru-guru yang lain pada tahun lepas dan juga pada tahun ini. Lagu, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara." Meriah dinyayikan beramai-ramai!



 Lagu keramat setiap tahun yang sinonim dengan sambutan Hari Guru , "Kami Guru Malaysia".


Ada lagi lagu lain yang pernah anda dengar semasa meraikan hari guru? Apa pun lagu yang anda dengar, semuanya membawa mesej menghargai pengorbanan dan jasa warga pendidik. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen di pagi ahad yang indah ini...


EH : Selamat hari guru juga buat pensyarah EH!


Sunday, May 12, 2013

Khas Kek Sayang Bonda!

Assalammualaikum dan selamat malam...

EH setuju bahawa setiap hari merupakan hari ibu. Selain ada menu nasi ayam, ada juga sesuatu yang istimewa untuk dinikmati bersama. Apa ye? 

 Kek Sayang Bonda khas untuk emak EH, Pn. Sanah Bt Ali. "Selamat Hari Ibu!".

Semoga manisnya Kek Chocolate Indulgence ini dapat memberi kemanisan juga dalam hidup emak EH menempuhi hari-hari mendatang. Terasa kaya dengan coklatnya bila memasukkan kek ini ke dalam tekak dan bertambah sayang kepada bonda tercinta. Heheeee. Ok semua, sekian dan sayonara!

 Sebelum mengemas beg untuk ke sekolah esok, inilah segmen Releksasi Minda...


EH : Kenyang dengan menu hari ini. Syukur! 

Lagu Untukmu Ibu...

Assalammualaikum dan selamat petang...

Sayang ibu saya!

Semestinya anda akan menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada orang yang disayangi termasuklah ibu anda. Bagi meraikan hari yang indah ini, mari kita lihat lagu untukmu ibu. Lagu apakah pilihan EH? Jom kita layan!

Lagu yang menyentuh emosi pendengar. Terimalah Mamat Exist dengan lagunya Untukmu Ibu...


Lagu kesukaan EH semasa di tingkatan 2. Lagu ibu oleh Shahila @ Shila Tekno @ sekarang dikenali dengan Shila Hamzah..


Mempelajari bahasa Arab dengan mendengar lagu Ummi daripada Hadad Alwi dan Sulis. Lirik lagu yang indah lagi sungguh bermakna.


Lagu yang kerap dimainkan ketika mengadakan program-program di sekolah bersama pelajar. Mari hayati lagu ini, Buatmu Ibu oleh artis nasyid Aeman.


Besar sungguh pengorbanan ibu. Tanpa ibu siapalah kita ketika ini. Hargailah mereka agar mereka tersenyum melihat kejayaan anak-anaknya. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Terapi Entertaiment di petang minggu ini...



EH : Suka sangat masakan ibu...

Thursday, May 2, 2013

Bahang Pilihan Raya Ke-13...

Assalammualaikum dan selamat pagi...

 Sumber : Kujie2.com

Hi semua! Lagi 3 hari akan dijalankan Pilihan Raya ke-13 di Malaysia. Semua rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab untuk menentukan corak pentadbiran di negara berdemokrasi ini. Mari kita rasai bahang PRU 13 dengan lagu-lagu di bawah ini. Ayuh!


 Lagu ni sinonim dengan PRU di Malaysia. Pernah dengar tak?


 Lagu Jom Mengundi daripada Tomok, Black, Ayu OIM & Shiha MENTOR. Jangan lupa hari ahad ni, 5.5.2013. Jom kita mengundi!


Kepada yang layak mengundi, jangan mempersia-siakan PRU kali ini. Undi anda sangat berharga. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen pada hari ini...



EH : Undi itu rahsia..  


Wednesday, May 1, 2013

Menggunakan Baucar Buku BB1M Di Harris, Aeon Tebrau City...

Assalammualaikum dan selamat malam...

EH baharu pulang dari Harris, Aeon Tebrau City. Cuti umum sebegini masa yang sesuai untuk bershoping majalah, buku, alat tulis dan sebagainya dengan menggunakan baucar buku BB1M. Jom lihat apa yang EH beli di sana!

 Cuba tengok buku apa yang ada ek?

Disebabkan bulan Ramdhan kian tiba, EH membeli Tafsir Al-quran dan membeli buku juadah perayaan. Dekat tv dah berkumandang lagu raya sekarang ni. Heheee.. Ok semua, sekian dan sayonara.


 Segmen Releksasi Minda...


EH : Guna baucar dapat baucar lagi dan kad keahlian percuma...

 



Rabu Tanpa Bicara : Selamat Hari Pekerja 2013!