Sunday, May 12, 2013

Khas Kek Sayang Bonda!

Assalammualaikum dan selamat malam...

EH setuju bahawa setiap hari merupakan hari ibu. Selain ada menu nasi ayam, ada juga sesuatu yang istimewa untuk dinikmati bersama. Apa ye? 

 Kek Sayang Bonda khas untuk emak EH, Pn. Sanah Bt Ali. "Selamat Hari Ibu!".

Semoga manisnya Kek Chocolate Indulgence ini dapat memberi kemanisan juga dalam hidup emak EH menempuhi hari-hari mendatang. Terasa kaya dengan coklatnya bila memasukkan kek ini ke dalam tekak dan bertambah sayang kepada bonda tercinta. Heheeee. Ok semua, sekian dan sayonara!

 Sebelum mengemas beg untuk ke sekolah esok, inilah segmen Releksasi Minda...


EH : Kenyang dengan menu hari ini. Syukur! 

2 comments:

  1. adalah 1 kenikmatan boleh suapkan sepotong kek ke mulut bonda :D
    ~kek tu menggiurkan lah..hehe

    ReplyDelete