Friday, May 24, 2013

Guru Ganti Di SMK Taman Johor Jaya 2 Pula...

Assalammualaikum dan selamat pagi...

 Pas kebenaran keluar kelas. Hari-hari EH bawa masuk ke dalam kelas untuk kegunaan pelajar. Heheeee


Syukur, EH diberi amanah untuk membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) ketika menjadi guru ganti di SMKTJJ2. Bekerjasama dengan dua orang guru kaunseling yang tidak lokek ilmu membantu EH iaitu Kak Lin dan Kak Bakyah. Menggunakan segala ilmu dan kemahiran kaunseling yang dipelajari di UPSI. 

 EH dan guru-guru yang lain menyanyikan lagu, " Kami Guru Malaysia" di pentas dewan tertutup ni kerana pagi 16hb Mei hujan. Meriah dan sungguh terkesima!


Acara sukaneka apakah ini? Ini adalah acara memasukkan air ke dalam botol. EH dan Cikgu Qamarul join acara makan epal. Yepi dapat nombor 2!


Dapat juga menjalankan perkhidmatan kaunseling individu dan kaunseling kelompok di negeri kelahiran EH ni. Walaupun situasinya tidak sama ketika berada di Perak, namun EH cuba melakukan yang terbaik. Ok semua, sekian dan sayonara! 


Segmen di pagi yang penuh barakah...



EH : Selamat bercuti kerana hari wesak!





No comments:

Post a Comment