Wednesday, February 27, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Setiap Detik!


Friday, February 15, 2013

Suka Dengar Lagu Nasyid Ahmed Bukhatir...

Assalammualaikum dan selamat petang...


 
 Siapakah Ahmed Bukhatir?
Cc : Facebook Ahmed Bukhatir



Anda tak pernah dengar lagu nasyid daripada Ahmed Bukhatir? EH rasa anda pernah dengar, cuma mungkin anda tidak tahu siapa penyayinya.



 Segmen Terapi Entertaiment pada petang jumaat yang mendamaikan...
  


Ahmed Bukhatir merupakan seorang penyanyi nasyid yang popular di negara Emiriah Arab Bersatu yang kini berusia 38 tahun. Lahir pada 16 Oktober 1975 di Sharjah, UAE. Ayuh kita dengar lagu Ahmed Bukhatir ni!




Lagu ni pernah dimainkan dalam cerekarama TV3 lakonan hebat Shiela Rusly. Kalau idea tak tiba-tiba masa buat assignment kaunseling, cari ketenangan mendengar lagu Ya Ummi, Ahmed Bukhatir ni.




Lirik yang sungguh indah untuk pesanan insan yang tercinta oleh Ahmed Bukhatir, Taweel Al Shawq. Selamat mendengar lagu ni!




Dengar lagu Arab dapat memvariasikan pengetahuan bahasa kita. Anda tak percaya? Cuba anda hayati dan fahamkan maksud lirik lagu yang sangat puitis itu. Ok semua, sekian dan sayonara!



 Hari ini menjadi lukisan perjalanan cerita kehidupan yang indah.  
Cc : I Luv Islam



EH : Bahasa itu indah!






 

Wednesday, February 13, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Orang Munafik!


Sunday, February 10, 2013

Selamat Tahun Baharu Cina 2013!


Assalammualaikum dan selamat malam...


Naga sudah bertukar kepada ular? Ya, tiba masanya pada hari ini masyarakat Cina meraikan tahun baharu ular dalam kalendar mereka agar keuntungan sentiasa membaluti diri... 



 Gong Xi Fa Cai! Mari angpau...heheee



EH ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baharu Cina" kepada yang meraikannya tidak kira di mana jua berada terutamanya pembaca setia blog Ekslamasi Holistik yang berbangsa Cina. Mercun di kawasan rumah EH sudah berdentam-dentum. Boleh ke dapat angpau daripada rakan sekolah menengah EH ek? Ting ting ting....Ok semua, sekian dan sayonara!



EH :  Tak dapat angpau, limau pun jadi la...









 

Friday, February 8, 2013

Tinggal Di Kolej Za'ba, UPSI Sehingga Tamat Pengajian...

Assalammualaikum dan selamat petang...

Selesa dan tenang! Itulah perkataan yang boleh diungkapkan apabila tinggal di Kolej Za'ba dari semester 1 sehinggalah semester 8 lebih-lebih lagi nak menyiapkan assigment yang diberikan oleh pensyarah.



Tema bilik EH pada semester akhir pengajian di UPSI. Berapa banyak barang yang menggunakan tema warna hijau ek?




Pada awalnya merungut juga bila tinggal di Kolej Za'ba sebab berjauhan dengan kampus UPSI dan sukar untuk mendapatkan keperluan serta kemudahan harian. Alah bisa, tegal biasa! Sebelum tu, mari layan lagu tema cerita Aku Mahu Terbang sempena istimewa pada Maulidur Rasul yang lepas di TV3. Ok semua, sekian dan sayonara!




Lagu Terbang dari Vierra. Layan!




EH : Setiap kesukaran ada solusinya...

Thursday, February 7, 2013

Tesis Saya : Stres Dalam Kalangan Ibu Bapa Yang Memiliki Anak Istimewa

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Hari selasa lepas, EH dah tau keputusan peperiksaan semester lapan EH. Sepanjang empat tahun berada di perut "Ibu Kandung Suluh Budiman" EH peroleh banyak ilmu dan pengalaman di sana. Antara pengalaman dan ilmu yang signifikan serta tidak dapat dibeli dengan wang ringgit adalah....



Tesis EH yang sudah dijilid.



EH berharap sangat agar tidak tangguh semester bagi menyiapkan penulisan ilmiah ni dalam masa yang ditetapkan. Dugaan yang EH harus harungi adalah EH ditukarkan penyelia tesis dan mendapat tajuk tesis yang baru semuanya pada semester akhir juga.



Tiga jilid tesis untuk penyelia tesis, penyelaras tesis dan fakulti FPPM...



Perjuangan dilumati dalam kendiri ini untuk menyiapkan tesis lebih kurang 16 minggu masa yang diberikan. Syukur, Alhamdulillah... Ok semua, sekian dan sayonara!


 Pilihan hidup. 
Kredit : ceritarasaya.blogspot.com



EH : Dugaan menguji kesabaran...

Tuesday, February 5, 2013

Nasyid Ya Rasulullah Versi Cindai...

Assalammualaikum dan selamat malam...


 Suka tengok Berita TV9...


Alhamdulillah! Masih berkesempatan untuk menghadapi hari ini dengan penuh rasa syukur. Tepat jam 8.00 malam tadi tengok berita TV9. Di akhir berita itu, dipaparkan klip nasyid Ya Rasulullah Versi Cindai. Tak pernah dengar nasyid tersebut? Jom kita layan....


 Lagu Dato' Siti Nurhaliza diubahsuai menjadi alunan nasyid untuk nasyid Ya Rasulullah. Menarik!



Nasyid tersebut telah dinyanyikan semasa Konsert Khalifah Seni 2012 di Marina Island, Lumut, Perak. Semakin ramai artis yang telah berhijrah ke jalan yang lebih diredhai. Hijrah itu perjuangan! Ok semua, sekian dan sayonara!


Klik untuk LIKE fb :



 Segmen Terapi Entertaiment pada hari ini...



EH : Sentiasa ingin menjadi yang terbaik!