Friday, June 8, 2018

PTM : Batch Terakhir Yang Mengikuti Kursus Ini...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Salah satu aktiviti PTM iaitu senamrobik sebelum mengikuti ceramah slot daripada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI), Larkin.




Hai! PTM singkatan bagi Program Transformasi Minda yang diadakan untuk penjawat-penjawat awam seperti cikgu bagi mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam di IPTI. Umum mengetahui EH dan rakan-rakan guru yang lain merupakan batch terakhir yang mengikuti program PTM pada ketika itu manakala batch junior EH berkursus dengan menjawab soalan secara online iaitu EPSA. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Cerita tahun 2017....

Thursday, June 7, 2018

PRU14 : Mengundi Secara Pos...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Kertas undi yang dipos kepada alamat penerima.




Hai! Mengimbas kembali kisah Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 bulan lepas. Menerima kertas undi parlimen dan adun yang sedia untuk dipangkah. Selepas itu, kertas undi tersebut boleh dipos semula di pejabat pos yang terdekat. Mudah tak? Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Undi itu rahsia!

Wednesday, June 6, 2018

Corat-Coret : Ubat Cacing Pilihan EH...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Ubat cacing jenama Champs inilah pilihan EH. Ada 2 tablet di dalamnya dan berperisa coklat.




Hai! Ubat cacing bagi orang dewasa perlu diambil enam bulan sekali supaya cacing-cacing di dalam perut dapat dihapuskan. Selepas memakan ubat cacing ini atau pada keesokan harinya akan rasa ingin membuang air besar. Cacing-cacing di dalam badan akan terhapus melalui proses membuang air besar tersebut. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Ubat cacing jenama apa pilihan anda?

Tuesday, June 5, 2018

Sekolah : Dibimbing Oleh Pegawai SISC+ BM...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Sijil penghargaan yang dikeluarkan daripada pihak PPD setelah EH tamat dibimbing oleh Puan Asmah.




Hai! Kena bimbing dengan SISC+ BM? Tak dinafikan agak gusar dan gementar apabila terpilih untuk dilihat oleh Puan Asmah bagaimana pedagogi PAK 21 yang EH gunakan dalam PdPC BM di dalam kelas. Berfikiran positif serta sematkan di dalam fikiran untuk menimba ilmu baru semasa dibimbing sebanyak tiga kali pada tahun lepas. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Menanti sijil penghargaan yang sebenar bukannya berdasarkan sijil dalam alam maya....

Sunday, June 3, 2018

Agenda : Ke Bazar Ramadan Bandar Putra, Kulai

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Mencari juadah berbuka puasa sambil melihat gelagat manusia di bulan yang penuh berkat ini.




Hai! Bazar Ramadan Bandar Putra, Kulai merupakan bazar yang kedua EH kunjungi sepanjang bulan puasa ini. Mungkin sibuk bekerja di bulan puasa merupakan salah satu alasan tidak sempat untuk singgah ke bazar Ramadan. Biasanya membeli kuih-muih untuk berbuka di kedai tepi jalan sahaja di tempat kawasan rumah EH sewaktu balik dari sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Qadaq pergi bazar Ramadan waktu cuti sekolah minggu hadapan nanti....

Saturday, June 2, 2018

Corat-Coret : Salam Nuzul Al-quran 1439 Hijrah...

Assalammualaikum dan selamat petang...



Tenang apabila membaca Kalam Allah...




Hai! Apabila tibanya fasa keampunan pada bulan Ramadan pasti akan teringat peristiwa indah Islam di Gua Hiraq. Peristiwa turunnya ayat Al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dikesempatan ini EH ingin mengucapkan, "Salam Nuzul Al-quran 1439H !". Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Besar ganjaran membaca Al-quran di bulan yang mulia ini.... 





Sekolah : Melepaskan Jawatan Setiausaha PIBG...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Bendahari PIBG sedang membacakan laporan penyata kewangan semasa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-14 tempoh hari.




Hai! Syukur Alhamdulillah sejak posting sehingga tahun ini baru boleh melepaskan jawatan setiausaha PIBG di sekolah. Jawatan yang memerlukan kesabaran yang tinggi ekoran berurusan dengan pihak di luar sekolah. Semoga jawatan yang pernah digalas selama ini akan menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan amanah mendidik anak bangsa kerana Allah Taala. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mesyuarat AJK PIBG hari ahad pukul 2.00 petang...

Friday, June 1, 2018

PRU14 : Menjadi Petugas Saluran 1

Assalammualaikum dan selamat petang...



Sempat bergambar bersama-sama rakan setugas EH yang menjaga bilik saluran 1 sebelum orang awam mula memilih wakil rakyat mereka.




Hai! Pengalaman pertama menjadi kerani pengundian dan mengira undi semasa Pilihan Raya Ke-14 yang lepas. Bersyukur kerana ditugaskan untuk bilik saluran satu iaitu saluran warga emas. EH duduk dan bertugas bagi jawatan kerani nombor dua, mencelup jari telunjuk para pengundi ke dalam dakwat kekal yang dibekalkan. Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Ada lagi tak kesan inai dakwat kekal pada kuku anda?