Wednesday, December 24, 2014

Program Pasca PT3 STAR 2014 : Projek Inovasi Tong Sampah

Assalammualaikum dan selamat petang...



Setelah membuat lakaran dan ukuran tong sampah, para pelajar menggergaji papan lapis untuk menghasilkan inovasi produk mereka.



Hi! Tahniah kepada semua para pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia yang telah mendapat keputusan PT3 mereka pada hari isnin yang lalu. EH ingin berkongsi Program Pasca PT3 di sekolah EH iaitu Projek Inovasi Tong Sampah yang berlangsung pada bulan sepuluh sejurus tamat peperiksaan PT3 yang lepas.



Sebelum bermulanya tugasan, semua pelajar diberi penerangan oleh beberapa orang guru untuk menghasilkan sebuah tong sampah yang berguna untuk sekolah EH. 





Semangat kerjasama dalam pasukan ditonjolkan oleh semua pelajar bagi mencuri hati panel hakim sekaligus dinobatkan johan untuk projek tersebut. Pembelajaran sepanjang hayat. Heheeeee



Biasalah, pada permulaannya para pelajar agak kekok dengan peralatan menukang tetapi setelah projek inovasi tong sampah mereka siap itulah harga yang dibayar setelah penat lelah berusaha bersama. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling



EH : Kelompok jelekit...

No comments:

Post a Comment