Thursday, August 30, 2012

55 Tahun Malaysia Merdeka..



Salam dan holahai!
Pada hari jumaat ni Malaysia genap menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tahun. Semoga kita meraikannya dengan penuh kesyukuran berada di bumi ciptaan yang Maha Esa ini. Syukur Alhamdulillah...




Dalam segmen Terapi Entertaiment kali ni, EH nak bawa anda mengimbas kembali iklan-iklan merdeka yang dipaparkan di kaca televisyen. Masihkah anda ingat? Macam raya juga, bila tibanya merdeka sudah pasti akan adanya iklan merdeka. Barulah ada umphh.. heheee. Mari kita lihat iklan merdeka tersebut. Jom!



Iklan pada tahun 2005, Kasut Special daripada PETRONAS... Hidup penuh dengan dugaan untuk mencapai kejayaan.





Berkhatan & merdeka. Macam mana tu ek? Saksikan iklan merdeka pada tahun 2006 ni. Nilai persahabatan tetap terjalin walaupun sudah menjangkau usia...





Bagaimana pula iklan merdeka tahun 2007 ek? Memupuk semangat patriotisme masyarakat Malaysia...





Seorang anak yang meminta ayahnya membelikan jala ikan. Bagaimana kisahnya? Inilah ikalan daripada PRTRONAS sempena hari merdeka pada tahun 2008. Banyak pengajaran yang dapat diperolehi...





Ikalan Merdeka 2010 yang memaparkan nilai persahabatan tiga bangsa utama di Malaysia...




Walaubagaimanapun iklan yang disiarkan, namun ia membawa mesej yang sangat berguna kepada kita agar meraikan hari yang keramat ini dengan mengingat kembali jasa dan pengorbanan perwira-perwira yang membebaskan negara Malaysia daripada terus dijajah. Bagaimana pula iklan merdeka pada tahun ini? Idea yang kreatif dan inovatif sudah pasti memberi kelainan dalam menyambut tarikh 31 Ogos dalam iklan tersebut. Cewah... Sebelum EH akhiri coretan ini, terimalah lagu Tanggal 31 daripada Allahyarham Sudirman. Sayonara semua!



Lagu wajib untuk hari kebangsaan, Tanggal 31 daripada Allahyarham Sudirman..




EH : Merdeka, merdeka, merdeka!

4 comments: