Thursday, January 3, 2013

Hoorey, Selesai Peperiksaan Terakhir Di UPSI...

Assalammualaikum dan selamat tengahari....



Slip peperiksaan terakhir untuk semester yang banyak mengajar erti kesabaran dan ketabahan ketika berada di UPSI ni..



Semuanya berjalan dengan lancar. Setelah lapan semester menghadapi peperiksaan di UPSI, hari ni tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk mengucapkan rasa syukur kepada-Nya kerana bahang peperiksaan telah melabuhkan tirai bagi diri EH dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Syukur, Alhamdulillah....



 Antara rakan-rakan sekelas EH yang menghidupkan lagi watak-watak dalam album Geng Ekstovert...



Jujur diakui bahawa peperiksaan minor tadi sangat susah untuk dijawab bukan sahaja diri EH, tapi rakan-rakan yang lain juga. EH sempat berkhayal semasa menjawab peperiksaan di Dewan Besar UPSI tadi akan melakar sejarah untuk diri EH pada beberapa bulan lagi. Apa yang penting, usaha yang dituai akan membuahkan hasil daripada-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!




Sumber : Aspiring Malaysian Rijal (AMIR)



EH : Pra Merdeka!

No comments:

Post a Comment