Friday, January 11, 2013

Lagu Untuk Sahabat..

Assalammualaikum dan selamat hari jumaat...


 Maksud yang sangat mendalam untuk sahabat...


Semakin kita mengenali seseorang sahabat, semakin kita mengetahui karekter yang terbentuk dalam dirinya. Anda setuju? Khas untuk anda lagu sahabat pilihan EH. Mari kita layan!


Lirik yang sangat bermakna. Seronok dengar lagu ni masa dalam perjalanan nak pergi ke Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Lagu Sahabat daripada Najwa Latif feat Kumpulan Sleeq dan Syamkarul. Hayatilah...



Lagu sebelum memulakan internship kaunseling. Terimalah Kumpulan dari Indonesia, Kumpulan Padi lagunya Sahabat Selamanya...



 
Kenangan lagu ni masa ikuti Program Prodigy, Tn Hj Aziz Yatim. Kumpulan Nasyid Hijjaz, Kau Sahabat Kau Teman. Bila dah dengar OK tak?




  Masa semester 1 dulu bila kuliah subjek Intervensi Perkembangan dan Strategi Belajar (KKD 1023), Dr Aziz Shah selalu tayangkan video klip lagu ni. Bermulalah mengenali sahabat antara satu sama lain. Kumpulan nasyid Rast dengan lagunya Masih Ada Waktu.Syoknya dengar lagu ni...



Sahabat banyak mengajar mengenali kehidupan ini. Semuanya tersimpan dalam memori yang tak akan pernah pudar walau sedetik pun. Sahabat dikala waktu suka, duka, bangun, jatuh dan dalam pelbagai keadaan sekalipun. Ok semua, sekian dan Sayonara!


  Sumber : bingkisanfirdaus.blogspot.com



EH : Terima kasih sahabat!

1 comment: