Thursday, January 10, 2013

Suara Tasha Manshahar Dan Syed Shanim Unik!

Assalammualaikum dan selamat malam....



 Sumber : Fanpages Facebook Tasha Manshahar



Petang-petang suka dengar radio Suria fm sebab ada DJ Linda Onn yang gaya penyampaiannya sangat bersahaja. Kali pertama dengar lagu Tasha Manshahar kat radio Suria fm terus terpaut dengan keunikan lagunya. Suara Tasha Manshahar dan Syed Shanim ni unik. Anda tak percaya? Mari kita layan lagu mereka. Ayuh!



Video klip yang sangat menarik. Lagu Be Mine oleh Tasha Manshahar dan Syed Syanim...



Suka nyanyian mereka berdua. Tak jemu dengar lagu ni walaupun berulang kali. Tasha Manshahar dan Syed Shanim menyanyikan lagu Mr. Saxobeat dengan gaya mereka yang sangat tersendiri. Tahniah!



Lagu ni bakal menjadi Hits dan fenomena. Tercetus ilham Tasha Manshahar untuk membuat lagu yang berentak slow melodinya semasa dia dalam perjalanan pulang ke KL selepas mengikuti Program Bina Insan Guru di Sitiawan. EH sangat suka lagu ni, Cuba Teka...



Tasha Manshahar ni merupakan penuntut ISMP di IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Macam mana agaknya kalau Tasha Manshahar yang sangat berbakat ni mengajar di dalam kelas ek? Cuba bayangkan... Ok semua, sekian dan sayonara!



Layan segmen Terapi Entertainment malam yang damai ni...



EH : Support Tasha Manshahar dan Syed Shanim!



No comments:

Post a Comment