Sunday, December 9, 2012

Tamat Sudah Program Finishing School Siri 3...


Assalammualaikum dan selamat pagi...

Seronok bila tibanya hari minggu sebab boleh beristirehat dengan sepuas-puasnya menikmati hari cuti. Semalam, tamat sudah Program Finishing School Siri 3 yang EH ikuti. Ada tiga siri semuanya. Banyak tak? Heheeee....



Gelagat pelajar perempuan kelas EH yang gembira selepas tamat program ni. Agenda seterusnya memberi fokus pada tesis pula sebab pembentangan bab 4 akan dilakukan pada minggu hadapan. Cayok2!
(Sumber: Linda Lavigne)



Program semalam lebih berfokuskan kepada slot kemahiran komunikasi yang disampaikan oleh wakil konsultant yang dijemput oleh Bahagian Kaunseling & Kerjaya (BKK UPSI). Selepas waktu rehat tepat jam 2.30 petang pula, diadakan aktiviti LDK iaitu permainan sudoku yang sangat menguji minda. 



Tahniah kumpulan 6 berjaya menyelesaikan permainan ni dalam masa yang terpantas sekali. Apa yang penting di sini adalah semangat berpasukan dan mengaplikasikan kemahiran komunikasi diantara satu sama lain. EH berada dalam kumpulan 7.



Paling EH seronok dalam slot LDK ini adalah EH berada dalam satu kumpulan yang majoritinya terdiri daripada pelajar program Pendidikan Muzik. Syok sebab satu kepala dalam kumpulan 7 ni walaupun tidak berjaya menyelesaikan permainan sudoku. Sebelum berakhirnya program diadakan slot kerjaya bersama CEO Elite Wealth Management, Syarikat Unit Amanah yang sangat berjaya iaitu Pn. Afkariah Bt Hj Md Norani. Lepas ni dah tak perlu lagi ikuti Program Finishing School...Heheee. Ok semua, sekian dan sayonara!


Menarik Untuk Dibaca (Sila Klik)
Program Finishing School Siri 1
Program Finishing School Siri 2 









 
EH : Kadang-kadang rasa malas juga nak pergi program ni...

No comments:

Post a Comment