Monday, December 10, 2012

Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Semoga diberi ketenangan menghadapi hari Isnin yang cukup indah ni. Ingat lagi tak yang EH bagitau EH perlu ikuti tiga bengkel untuk tugasan Dr Nasir?
Hari jumaat yang lepas selesai sudah untuk bengkel ketiga tersebut iaitu Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah.



 Nampak tak Cikgu Zulkifli Muhammad yang segak bergaya memakai songkok berwarna hitam tu? Tu la pensyarah kaunseling yang selesa digelar Cikgu sebagai penceramah bengkel ni. Seronok dengar ceramah Cikgu Zul . Tak kering gusi...heheeee




Antara AJK pelaksana yang menguruskan Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah ni. Seperti biasa, bengkel ni diadakan di Makmal Kaunseling, Kampus Baru...




Sebenarnya semenjak dua menjak ni, EH rasa hari jumaat sangat sibuk dengan kuliah dan pelbagai aktiviti. Pagi jumaat ada kuliah major dan sebelum pergi ke bengkel ni selepas solat Jumaat, EH dan  kawan EH perlu melakukan pembentangan subjek minor di kampus lama iaitu di bangunan E-Learning. Mujur ada inisiatif untuk menghadirkan diri menyertai bengkel ni. Syukur Alhamdullilah....Ok semua, sekian & sayonara!


Menarik Untuk Dibaca (Sila Klik)
Bengkel Kaunseling Individu 
Bengkel Kaunseling Kelompok




Cuba merasionalkan pemikiran ni...




EH : Yang sukar insyaAllah akan dipermudahkan oleh-Nya...

No comments:

Post a Comment