Tuesday, December 4, 2012

Bengkel Kaunseling Kelompok Pula...

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Lepas bengkel kaunseling individu, bengkel kaunseling kelompok pula. Tu dia....heheee



  Teha jadi MC masa hari tu. Berkelap-kelip baju dia. Nampak x?




Encik Che Anuar Bin Che Abdullah merupakan penceramah untuk bengkel ni. Kalau anda nak tahu, Encik Che Anuar ni la pensyarah penyelia tesis EH...




Genap seminggu sudah EH dan kumpulan EH mengendalikan serta mengikuti bengkel kaunseling kelompok yang merupakan satu tugasan untuk semester akhir ni.


 Corat-coret hari ini...



Berikut merupakan ahli kumpulan EH yang sangat sempoi dan sporting. Semuanya sepuluh orang je. Mari kita lihat!

  1. Wan
  2. Kiok
  3. Daus
  4. Justin
  5. Ijul
  6. Asma
  7. Safawati
  8. Jumaatun
  9. Teha
  10. Linda


 Gelagat rakan-rakan EH semasa bengkel dijalankan..



Cuba teka siapa yang ambil gambar ni? Jawapannya, EH yang tolong ambilkan gambar Radzi dan Asma ni. Heheeee


Respons ok tanda bengkel yang dihadiri oleh rakan-rakan EH ni memberi ilmu yang bermanfaat pada diri mereka...



Sebenarnya, kalau ingin mengendalikan sesuatu program atau bengkel mesti akan ada perkara-perkara yang tidak diduga berlaku. Contohnya, pengarah program iaitu Wan Ipoh tidak dapat hadir dan mengikuti bengkel ni sebab terkandas di lebuh raya ekoran hujan yang lebat pada petang itu selepas menghantar rakannya pergi ke Selayang. EH pula yang sepatutnya menjadi AJK PDI menjadi bidang terjun untuk AJK Makanan. Asam garam berprogram. Betul x?


 Asma sebagai penolong pengarah program menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada penceramah bengkel.




Selepas majlis penyampaian hadiah dan cenderamata, tibalah masa untuk menjamu selera. Yummy!



 Tu je la yang EH nak coretkan pada pagi ni. Ada lagi satu bengkel yang perlu EH ikuti untuk subjek Dr Nasir. Ok semua, sekian dan sayonara!

 
Menarik untuk dibaca (Sila klik) :
Semua individu memerlukan motivasi kendiri.




EH : Pada EH, kaunseling kelompok lagi susah dikendalikan berbanding kaunseling individu...

No comments:

Post a Comment