Tuesday, December 25, 2012

Peperiksaan Semester Terakhir Di UPSI...

Assalammualaikum dan selamat petang....


Sejak zaman sekolah lagi suka conteng kertas lepas tu tampal kat dinding rumah. Tabiat ni terbawa-bawa sampai ke alam pengajian di Universiti...heheeee


Sekejap je masa empat tahun berlalu seperti tidak disedari. Minggu hadapan bermulalah minggu peperiksaan semester terakhir EH bagi program ISMP Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (AT 04) di UPSI ni. Semoga tenang dan dipermudahkan urusan ketika menjawab exam di kampus baharu nanti. Amin....


Disebabkan tiada kalendar untuk tahun baharu nanti, maka inilah takwim EH pada bulan Januari 2013 yang diletakkan di atas meja belajar di Kolej Za'ba....



Berkemungkinan besar EH akan pulang lewat ke rumah di JB sebab urusan untuk menyiapkan dan memurnikan tesis yang perlu dihantar kepada penyelia pada bulan 1 nanti. Apa-apa pun selamat maju jaya kepada Geng Extrovert UPSI yang akan mula menjawab peperiksaan dengan subjek Kaunseling Keluarga dan Keibubapaan (KKT 3063). Ok semua, sekian dan Sayonara!




Kejayaan hak milik setiap insan...



EH : Dapat tak aplikasi sepenuhnya ilmu dan kemahiran kaunseling selepas ni?






1 comment: