Saturday, December 1, 2012

Terbaik la Bengkel Kaunseling Individu!

Rakan EH mempraktiskan kemahiran konfrantasi dalam bengkel tersebut. 
Cayalah Amy Peneng!



Assalammualaikum dan selamat pagi...

Pernah ikuti bengkel kaunseling individu tak ek? Tak pe kalau tak pernah ikuti. Pada hari ni EH nak coretkan tentang Bengkel Kaunseling Individu yang EH ikuti pada bulan lepas di Makmal Kaunseling baru, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Memang terbaik la....



Slot pada pagi sabtu ni...


Sebenarnya bengkel ni merupakan tugasan kami untuk subjek Isu-Isu Dalam Perkhidmatan Kaunseling Sekolah (KKD 3073). Bengkel ni dikendalikan oleh rakan-rakan EH. Kumpulan EH ditugaskan untuk mengendalikan Bengkel Kaunseling Kelompok dan kumpulan yang seterusnya perlu melaksanakan Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah. Banyak tak bengkel yang EH perlu ikuti? Kena kuat dan sabar untuk semester akhir ni...



 Seronok mendengar penerangan Cik Fazura. Bayak juga ilmu kaunseling yang EH dapat daripada bengkel ni lebih-lebih lagi pengaplikasian teori dalam sesi kaunseling . Memang sporting  giler la Cik Fazura ni!



 Kesemua pelajar kelas EH wajib hadir ke bengkel ni sebab termasuk dalam jam kredit subjek Dr Nasir...




 Cik Fazura sedaya upaya membantu Wan memahami kemahiran asas kaunseling iaitu kemahiran membuat refleksi semasa demo di hadapan makmal...



Respons yang positif bagi kemahiran mendengar daripada rakan-rakan EH...  



Dalam bengkel ni, Cik Fazura hanya menekankan dua jenis teori sahaja dalam mengendalikan sesi kaunseling individu iaitu Rasional Emotif Behavior Therapy (REBT) dan Choice Theory Reality Therapy (CTRT). Yang guna Teori Carls Rogers jangan berkecil hati ye sebab pemilihan dibuat berdasarkan suara majoriti di facebook Group Ekstrovert.



 Ambil mood untuk mengaplikasikan kemahiran kaunseling supaya betul-betul  berada dalam ruang rujuk klien dalam sesi tersebut. Walaupun agak sukar, inilah proses pembelajaran. Betul x?



Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata daripada Pengarah Program, Saudara Amirul Muthaqim kepada Cik Fazura. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Fazura.



Walaupun sudah menjalani Internship Kaunseling selama 16 minggu di setting sekolah pada semester lepas, tetapi bengkel ni sangat berguna dan bermanfaat kepada kami semua. Jujur, EH suka bengkel ni. Ok semua, sekian dan sayonara!


Menarik Untuk Dibaca (Sila Klik)
Bengkel Kaunseling Kelompok  
Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah


 
Renungan bersama. 
 Sumber : akuhivpositif.blogspot.com



EH : Semoga menjadi kaunselar yang kompeten dalam semua aspek....
 

No comments:

Post a Comment