Tuesday, November 27, 2012

Program Finishing School, Siri 2...

Selesai sudah Program Finishing School, Siri 2...



Assalammualaikum dan selamat pagi...

Semoga sihat hendaknya walaupun cuaca tak menentu pada ketika ini. Kalau di Tg. Malim ni, kadang-kadang hujan waktu pagi. Macam semalam pulak hujan waktu petang sampai malam. Lena tidur oii!


 Segmen untuk hari ini...



Syukur, hari ahad lepas selesai sudah mengikuti Program Finishing School, Siri 2 untuk kumpulan EH dan beberapa kos yang lain bagi semester akhir ni. Program tu telah dijalankkan di Dewan Seri Tanjung dengan slot : Kepimpinan. Baru first time masuk dewan ni walaupun dah sem lapan. Heheeee



TNC bahagian Akademik, Prof. Dr Omar Bin Abdul Karim yang menyampaikan slot ini dari pagi hinggalah jam 5 petang. Lama tak ek?


Slot ni lebih santai jika dibandingkan dengan slot yang pertama dulu. Tak hairanlah Bahagian Kaunseling & Kerjaya (BKK) UPSI menghantar SMS kat hp semua peserta supaya memakai pakaian sukan untuk program ni. Selesa untuk bergerak....



 Tak perlu cari di mana EH. EH kumpulan 9. Wajah ceria ni adalah bakal-bakal guru Kemahiran Hidup & kaunselor dari kumpulan 6. Nama kumpulan mereka (8 : 2 : 2)



Banyak juga la input yang EH dapat daripada program ni. Paling suka, makanan yang disediakan oleh pihak penganjur. EH bagi empat per lima bintang. Banyak tak? Lepas tu kawan EH dari Program Pendidikan Muzik dengan confident nya dipilih untuk menyanyi lagu bahtera merdeka. Jujur akui, sedap dan berirama lenggok suara kawan EH tu..


 Seperti acara wajib. Sesi bergambar di akhir program sebagai kenangan lagi beberapa hari bakal menamatkan zaman belajar di UPSI ni.. Touching ke?



Ada lagi satu siri yang perlu EH lalui untuk program ni pada awal bulan 12 nanti. Sebelum akhiri coretan ini, terimalah lagu yang dinyanyikan oleh kami sebagai peserta dalam slot kepimpinan ini. Ok semua, sekian dan sayonara!


Menarik untuk dibaca (Sila klik) :
Program Finishing School Siri 1 
Program Finishing School Siri 3
 



 Lagu dari Ahmad Jais, Bahtera Merdeka. Renung-renungkan maksud yang tersurat dan tersirat lagu ini..




EH : Seronok satu kumpulan dengan bakal Cikgu KH!

No comments:

Post a Comment