Saturday, November 10, 2012

Selesai Berprogram Di SK Datuk Nan Kaya..

 Sekolah yang berhampiran dengan UPSI...



Salam dan holahai!
Syukur selesai sudah siang tadi "Program Keluarga Bahagia, Anak Sejahtera" yang dijalankan di SK Datuk Nan Kaya, Kg Kelawar untuk tugasan Dr. Fauziah Hanim Bte Abdul Jalal, subjek Kaunseling Keluarga Dan Keibubapaan. Program ini berfokuskan kepada penyertaan ibu bapa bagi sesi konsultasi di sekolah untuk kecemerlangan dan kejayaan anak-anak mereka. 



 
 Pemandangan di hadapan pejabat sekolah. 
Terima kasih Tn. Guru Besar kerana kerjasama yang diberikan dan membenarkan menjalankan program walaupun agak kelam-kabut gerak kerja yang dilakukan...



Sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang sedikit tetapi penglibatan ibu bapa dalam program ni amat menggalakkan. Diluar jangkaan EH!


Menjalankan sesi bimbingan di blok baharu sekolah.


Secara jujurnya, program yang mempunyai slot sesi bimbingan kelompok bersama ibu bapa dan anak-anak mereka sungguh mencabar. Fuhh! EH sangat risau dengan slot ini kerana tidak pernah menjalankan sesi bersama ibu bapa. Kalau bersama pelajar agak selesa juga. Syukur dimurdahkan urusan. Alhamdulillah...



Menikmati santapan di kantin sekolah. Terima kasih kepada Ketua JKKK Kg Kelawar, Tn. Hj Safuan B Kamis kerana pertolongan yang diberikan termasuklah peralatan, persiapan tempat, makanan, jemputan penduduk kg dan banyak lagi.. TQ, TQ n TQ so much...



Padang sekolah tempat murid-murid dan penduduk kg bermain bola sepak dan bola tampar terutamanya pada waktu petang...


Sukar untuk mencari penceramah terutamanya dikalangan lecturer kaunseling dan akhirnya Guru Cemerlang SMK Behrang 2020, Cikgu Fozi sudi membantu kumpulan kami memberikan ceramah. Komitmen yang diberikan oleh kumpulan EH dalam mengendalikan dan menjayakan program ini hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya walaupun sibuk dengan tesis tahun akhir..



 Pemandangan dari pintu belakang sekolah. Sekolah ini hanya mempunyai 3 blok dan semuanya hanya setingkat sahaja. Tak perlu nak naik turun tangga!



Sebelum EH akhiri coretan ini, terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah EH yang meluangkan masa menghadiri program ini. Sangat terharu. Semoga ilmu daripada program ini memberi manfaat kepada EH dan semua yang terlibat. Ok semua & Sayonara!



Kenangan bergambar bersama Dr Fauziah, Tn. Hj Safuan, Cikgu Fozi, ibu bapa, pelajar sekolah dan ahli kumpulan EH. Cuba cari dimana EH ek? heheeee...



EH : Ada lagi satu program untuk tugasan semester akhir ni...










No comments:

Post a Comment