Thursday, November 22, 2012

Selamat Hari Keputeraan Sultan Johor

Assalammualaikum dan selamat pagi... 


Sekejap je masa berlalu. Pejam, celik, pejam celik dah nak hampir empat tahun berada di bumi Tanjung Malim ni. Betul la orang kata, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Apa-apa pun tempat kelahiran EH di negeri Johor juga yang signifikan dengan diri ni. Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor pada hari ini, EH ada ucapan khas...



 Ucapan khas dari Tanjung Malim, Perak...



Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI AL MARHUM SULTAN ISKANDAR, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim sempena Hari Keputeraan Baginda pada hari ini iaitu 22 November 2012 bersamaan 8 Muharam 1434H. Semoga Allah lanjutkan usia tuanku, merahmati pemerintahan tuanku dan memelihara tuanku di bawah naungannya agar terus mentadbir Negeri Johor dengan adil dan saksama.


"DAULAT TUANKU"


"DIRGAHAYU TUANKU"

 

Ok itu saja catatan pada hari ini. Sekian, wassalam dan sayonara semua!




EH : Seronok bila balik ke Johor....

 


2 comments: