Tuesday, December 25, 2012

Peperiksaan Semester Terakhir Di UPSI...

Assalammualaikum dan selamat petang....


Sejak zaman sekolah lagi suka conteng kertas lepas tu tampal kat dinding rumah. Tabiat ni terbawa-bawa sampai ke alam pengajian di Universiti...heheeee


Sekejap je masa empat tahun berlalu seperti tidak disedari. Minggu hadapan bermulalah minggu peperiksaan semester terakhir EH bagi program ISMP Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (AT 04) di UPSI ni. Semoga tenang dan dipermudahkan urusan ketika menjawab exam di kampus baharu nanti. Amin....


Disebabkan tiada kalendar untuk tahun baharu nanti, maka inilah takwim EH pada bulan Januari 2013 yang diletakkan di atas meja belajar di Kolej Za'ba....



Berkemungkinan besar EH akan pulang lewat ke rumah di JB sebab urusan untuk menyiapkan dan memurnikan tesis yang perlu dihantar kepada penyelia pada bulan 1 nanti. Apa-apa pun selamat maju jaya kepada Geng Extrovert UPSI yang akan mula menjawab peperiksaan dengan subjek Kaunseling Keluarga dan Keibubapaan (KKT 3063). Ok semua, sekian dan Sayonara!




Kejayaan hak milik setiap insan...



EH : Dapat tak aplikasi sepenuhnya ilmu dan kemahiran kaunseling selepas ni?






Lagu Di Saat Study Week...

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Seminggu merasakan nikmatnya Study Week di UPSI...


Hai semua! Seperti yang sedia maklum bermula sabtu lepas, EH telah berada pada minggu ulangkaji (study week) di UPSI selama seminggu. Lepas ni dah final exam pulak. Bagi menyegarkan otak yang tepu, mari kita layan lagu di saat study week ni. Ayuh!



Lagu yang sangat bermakna oleh Jamal Abdillah, Kasih Ibu...



Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dengan lagu Kasihnya Ibu. Lagu ini sungguh mendayu dan menusuk kalbu...Hayatilah.


Ok tak lagu di atas? Kedua-dua lagu ni mempunyai persamaan yang mengisahkan tentang kasih suci seorang insan yang bernama ibu. Semoga cuti yang ada ini memberi ketenangan daripada-Nya. Ok semua, sekian dan Sayonara!



Fitrah alam...



EH : Macam mana dengan lagu pilihan anda ketika study week ek?

Selamat Hari Natal 2012!



Assalammualaikum dan selamat pagi.... 

Hai semua! Tentu seronok sebab hari ni cuti umum. Sebelum tu EH nak ucapkan, "Selamat Hari Natal 2012!" terutamanya kepada masyarakat yang beragama kristian. Kepada coursemate EH iaitu Linda A/P Bah Meninyan, Amek A/P Arifin dan Justin Anak Devit. Semoga hari yang indah ini disirami dengan pancaran kegembiraan bersama keluarga, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh masyarakat yang meraikannya. Satu pertanyaan, banyak ke dapat hadiah ek? Heheeeee... Ok semua, sekian dan sayonara!


EH : Sekejap je rasa dah nak masuk tahun baharu 2013...

Monday, December 24, 2012

Meriah Lagu Selamat Hari Lahir Versi Arab!

Selamat Hari Lahir bagi yang meraikannya. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa diberkati Illahi....



Assalammualaikum dan selamat hari isnin....

Pernah dengar lagu Selamat Hari Lahir versi arab tak? Semalam search youtube terjumpa lagu ni. Pada EH lagu ni sangat meriah dan bermakna untuk didedikasikan kepada sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran.  Mari kita layan lagu ni...



Lain daripada yang lain lagu ni, Sanah Helwa Ya Gameel...




Walau apapun, satu mesej yang hendak disampaikan daripada lagu ini agar pertambahan usia dinikmati dengan rasa syukur. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Dua orang rakan muka buku sambut hari lahir pada hari ni...

Monday, December 10, 2012

Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Semoga diberi ketenangan menghadapi hari Isnin yang cukup indah ni. Ingat lagi tak yang EH bagitau EH perlu ikuti tiga bengkel untuk tugasan Dr Nasir?
Hari jumaat yang lepas selesai sudah untuk bengkel ketiga tersebut iaitu Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah.



 Nampak tak Cikgu Zulkifli Muhammad yang segak bergaya memakai songkok berwarna hitam tu? Tu la pensyarah kaunseling yang selesa digelar Cikgu sebagai penceramah bengkel ni. Seronok dengar ceramah Cikgu Zul . Tak kering gusi...heheeee




Antara AJK pelaksana yang menguruskan Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah ni. Seperti biasa, bengkel ni diadakan di Makmal Kaunseling, Kampus Baru...




Sebenarnya semenjak dua menjak ni, EH rasa hari jumaat sangat sibuk dengan kuliah dan pelbagai aktiviti. Pagi jumaat ada kuliah major dan sebelum pergi ke bengkel ni selepas solat Jumaat, EH dan  kawan EH perlu melakukan pembentangan subjek minor di kampus lama iaitu di bangunan E-Learning. Mujur ada inisiatif untuk menghadirkan diri menyertai bengkel ni. Syukur Alhamdullilah....Ok semua, sekian & sayonara!


Menarik Untuk Dibaca (Sila Klik)
Bengkel Kaunseling Individu 
Bengkel Kaunseling Kelompok




Cuba merasionalkan pemikiran ni...




EH : Yang sukar insyaAllah akan dipermudahkan oleh-Nya...

Sunday, December 9, 2012

Tamat Sudah Program Finishing School Siri 3...


Assalammualaikum dan selamat pagi...

Seronok bila tibanya hari minggu sebab boleh beristirehat dengan sepuas-puasnya menikmati hari cuti. Semalam, tamat sudah Program Finishing School Siri 3 yang EH ikuti. Ada tiga siri semuanya. Banyak tak? Heheeee....



Gelagat pelajar perempuan kelas EH yang gembira selepas tamat program ni. Agenda seterusnya memberi fokus pada tesis pula sebab pembentangan bab 4 akan dilakukan pada minggu hadapan. Cayok2!
(Sumber: Linda Lavigne)



Program semalam lebih berfokuskan kepada slot kemahiran komunikasi yang disampaikan oleh wakil konsultant yang dijemput oleh Bahagian Kaunseling & Kerjaya (BKK UPSI). Selepas waktu rehat tepat jam 2.30 petang pula, diadakan aktiviti LDK iaitu permainan sudoku yang sangat menguji minda. 



Tahniah kumpulan 6 berjaya menyelesaikan permainan ni dalam masa yang terpantas sekali. Apa yang penting di sini adalah semangat berpasukan dan mengaplikasikan kemahiran komunikasi diantara satu sama lain. EH berada dalam kumpulan 7.



Paling EH seronok dalam slot LDK ini adalah EH berada dalam satu kumpulan yang majoritinya terdiri daripada pelajar program Pendidikan Muzik. Syok sebab satu kepala dalam kumpulan 7 ni walaupun tidak berjaya menyelesaikan permainan sudoku. Sebelum berakhirnya program diadakan slot kerjaya bersama CEO Elite Wealth Management, Syarikat Unit Amanah yang sangat berjaya iaitu Pn. Afkariah Bt Hj Md Norani. Lepas ni dah tak perlu lagi ikuti Program Finishing School...Heheee. Ok semua, sekian dan sayonara!


Menarik Untuk Dibaca (Sila Klik)
Program Finishing School Siri 1
Program Finishing School Siri 2 









 
EH : Kadang-kadang rasa malas juga nak pergi program ni...

Friday, December 7, 2012

Syukur, Ada Perkhabaran Gembira...

Syukur, diberikan kemudahan oleh-Nya....



Assalammualaikum dan selamat pagi...

Pernah buat Invonteri Personaliti Warna (IPW) tak? Dalam IPW  menyatakan yang personaliti manusia ni berasakan empat warna samada warna emas, hijau, biru ataupun jingga. Warna-warna tersebut akan menerangkan personaliti-personaliti yang ada pada diri seseorang tu.



Persoalan telah terjawab...



Sebenarnya tak kisahlah personaliti kita warna apa, hijau ke? emas ke? yang penting EH nak ungkapkan rasa syukur sebab pensyarah EH memberi kata putus untuk menangguhkan sesi pembentangan hasil dapatan tesis bab 4 iaitu bukan minggu depan, 10 dan 11 Disember. Fuhh lega rasa!

Sebelum tu, mari kita layan lagu ni sambil key in SPSS. Semoga dipermudahkan urusan dan jalan untuk menyiapkan tesis dalam semester akhir ni juga. Amin... Ok semua, sekian dan sayonara! 




Lagu Ummi daripada Haddad Alwi dan Sulis....




EH : Sukar menduga keputusan pensyarah...

Tuesday, December 4, 2012

Bengkel Kaunseling Kelompok Pula...

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Lepas bengkel kaunseling individu, bengkel kaunseling kelompok pula. Tu dia....heheee



  Teha jadi MC masa hari tu. Berkelap-kelip baju dia. Nampak x?




Encik Che Anuar Bin Che Abdullah merupakan penceramah untuk bengkel ni. Kalau anda nak tahu, Encik Che Anuar ni la pensyarah penyelia tesis EH...




Genap seminggu sudah EH dan kumpulan EH mengendalikan serta mengikuti bengkel kaunseling kelompok yang merupakan satu tugasan untuk semester akhir ni.


 Corat-coret hari ini...



Berikut merupakan ahli kumpulan EH yang sangat sempoi dan sporting. Semuanya sepuluh orang je. Mari kita lihat!

  1. Wan
  2. Kiok
  3. Daus
  4. Justin
  5. Ijul
  6. Asma
  7. Safawati
  8. Jumaatun
  9. Teha
  10. Linda


 Gelagat rakan-rakan EH semasa bengkel dijalankan..



Cuba teka siapa yang ambil gambar ni? Jawapannya, EH yang tolong ambilkan gambar Radzi dan Asma ni. Heheeee


Respons ok tanda bengkel yang dihadiri oleh rakan-rakan EH ni memberi ilmu yang bermanfaat pada diri mereka...



Sebenarnya, kalau ingin mengendalikan sesuatu program atau bengkel mesti akan ada perkara-perkara yang tidak diduga berlaku. Contohnya, pengarah program iaitu Wan Ipoh tidak dapat hadir dan mengikuti bengkel ni sebab terkandas di lebuh raya ekoran hujan yang lebat pada petang itu selepas menghantar rakannya pergi ke Selayang. EH pula yang sepatutnya menjadi AJK PDI menjadi bidang terjun untuk AJK Makanan. Asam garam berprogram. Betul x?


 Asma sebagai penolong pengarah program menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada penceramah bengkel.




Selepas majlis penyampaian hadiah dan cenderamata, tibalah masa untuk menjamu selera. Yummy!



 Tu je la yang EH nak coretkan pada pagi ni. Ada lagi satu bengkel yang perlu EH ikuti untuk subjek Dr Nasir. Ok semua, sekian dan sayonara!

 
Menarik untuk dibaca (Sila klik) :
Semua individu memerlukan motivasi kendiri.




EH : Pada EH, kaunseling kelompok lagi susah dikendalikan berbanding kaunseling individu...

Saturday, December 1, 2012

Terbaik la Bengkel Kaunseling Individu!

Rakan EH mempraktiskan kemahiran konfrantasi dalam bengkel tersebut. 
Cayalah Amy Peneng!



Assalammualaikum dan selamat pagi...

Pernah ikuti bengkel kaunseling individu tak ek? Tak pe kalau tak pernah ikuti. Pada hari ni EH nak coretkan tentang Bengkel Kaunseling Individu yang EH ikuti pada bulan lepas di Makmal Kaunseling baru, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Memang terbaik la....



Slot pada pagi sabtu ni...


Sebenarnya bengkel ni merupakan tugasan kami untuk subjek Isu-Isu Dalam Perkhidmatan Kaunseling Sekolah (KKD 3073). Bengkel ni dikendalikan oleh rakan-rakan EH. Kumpulan EH ditugaskan untuk mengendalikan Bengkel Kaunseling Kelompok dan kumpulan yang seterusnya perlu melaksanakan Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah. Banyak tak bengkel yang EH perlu ikuti? Kena kuat dan sabar untuk semester akhir ni...



 Seronok mendengar penerangan Cik Fazura. Bayak juga ilmu kaunseling yang EH dapat daripada bengkel ni lebih-lebih lagi pengaplikasian teori dalam sesi kaunseling . Memang sporting  giler la Cik Fazura ni!



 Kesemua pelajar kelas EH wajib hadir ke bengkel ni sebab termasuk dalam jam kredit subjek Dr Nasir...




 Cik Fazura sedaya upaya membantu Wan memahami kemahiran asas kaunseling iaitu kemahiran membuat refleksi semasa demo di hadapan makmal...



Respons yang positif bagi kemahiran mendengar daripada rakan-rakan EH...  



Dalam bengkel ni, Cik Fazura hanya menekankan dua jenis teori sahaja dalam mengendalikan sesi kaunseling individu iaitu Rasional Emotif Behavior Therapy (REBT) dan Choice Theory Reality Therapy (CTRT). Yang guna Teori Carls Rogers jangan berkecil hati ye sebab pemilihan dibuat berdasarkan suara majoriti di facebook Group Ekstrovert.



 Ambil mood untuk mengaplikasikan kemahiran kaunseling supaya betul-betul  berada dalam ruang rujuk klien dalam sesi tersebut. Walaupun agak sukar, inilah proses pembelajaran. Betul x?



Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata daripada Pengarah Program, Saudara Amirul Muthaqim kepada Cik Fazura. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Fazura.



Walaupun sudah menjalani Internship Kaunseling selama 16 minggu di setting sekolah pada semester lepas, tetapi bengkel ni sangat berguna dan bermanfaat kepada kami semua. Jujur, EH suka bengkel ni. Ok semua, sekian dan sayonara!


Menarik Untuk Dibaca (Sila Klik)
Bengkel Kaunseling Kelompok  
Bengkel Pelajar Bertingkah Laku Masalah


 
Renungan bersama. 
 Sumber : akuhivpositif.blogspot.com



EH : Semoga menjadi kaunselar yang kompeten dalam semua aspek....
 

Tuesday, November 27, 2012

Program Finishing School, Siri 2...

Selesai sudah Program Finishing School, Siri 2...



Assalammualaikum dan selamat pagi...

Semoga sihat hendaknya walaupun cuaca tak menentu pada ketika ini. Kalau di Tg. Malim ni, kadang-kadang hujan waktu pagi. Macam semalam pulak hujan waktu petang sampai malam. Lena tidur oii!


 Segmen untuk hari ini...



Syukur, hari ahad lepas selesai sudah mengikuti Program Finishing School, Siri 2 untuk kumpulan EH dan beberapa kos yang lain bagi semester akhir ni. Program tu telah dijalankkan di Dewan Seri Tanjung dengan slot : Kepimpinan. Baru first time masuk dewan ni walaupun dah sem lapan. Heheeee



TNC bahagian Akademik, Prof. Dr Omar Bin Abdul Karim yang menyampaikan slot ini dari pagi hinggalah jam 5 petang. Lama tak ek?


Slot ni lebih santai jika dibandingkan dengan slot yang pertama dulu. Tak hairanlah Bahagian Kaunseling & Kerjaya (BKK) UPSI menghantar SMS kat hp semua peserta supaya memakai pakaian sukan untuk program ni. Selesa untuk bergerak....



 Tak perlu cari di mana EH. EH kumpulan 9. Wajah ceria ni adalah bakal-bakal guru Kemahiran Hidup & kaunselor dari kumpulan 6. Nama kumpulan mereka (8 : 2 : 2)



Banyak juga la input yang EH dapat daripada program ni. Paling suka, makanan yang disediakan oleh pihak penganjur. EH bagi empat per lima bintang. Banyak tak? Lepas tu kawan EH dari Program Pendidikan Muzik dengan confident nya dipilih untuk menyanyi lagu bahtera merdeka. Jujur akui, sedap dan berirama lenggok suara kawan EH tu..


 Seperti acara wajib. Sesi bergambar di akhir program sebagai kenangan lagi beberapa hari bakal menamatkan zaman belajar di UPSI ni.. Touching ke?



Ada lagi satu siri yang perlu EH lalui untuk program ni pada awal bulan 12 nanti. Sebelum akhiri coretan ini, terimalah lagu yang dinyanyikan oleh kami sebagai peserta dalam slot kepimpinan ini. Ok semua, sekian dan sayonara!


Menarik untuk dibaca (Sila klik) :
Program Finishing School Siri 1 
Program Finishing School Siri 3
 



 Lagu dari Ahmad Jais, Bahtera Merdeka. Renung-renungkan maksud yang tersurat dan tersirat lagu ini..




EH : Seronok satu kumpulan dengan bakal Cikgu KH!