Saturday, October 19, 2013

Hadiah Istimewa Hari Konvokesyen Saya!

Assalammualaikum dan selamat pagi...



 Berdiri di tengah yang berbaju kemeja kelabu itulah dia Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin Bin Jusoh. Kenangan semasa kelas terakhir subjek Seminar Refleksi Latihan Mengajar di Makmal Kaunseling pada semester 8. Terbaikkkk!


Khayal semasa berada di Dewan Besar UPSI ketika hari konvokesyen, EH tidak sedar menerima hadiah istimewa. Ketika selesai majlis tersebut baharulah EH menyedarinya. Apakah hadiah istimewa tersebut ek?


Menerima ucapan "Tahniah" daripada pensyarah kaunseling EH iaitu Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin. EH biasa memanggil beliau Dr J. Lihat tarikh dan masa SMS tersebut dihantar iaitu pada sidang EH bergraduasi, 12 September 2013 sesi pagi...




Sebenarnya EH baharu tahu bulan ni semasa membaca keratan surat khabar Harian Metro bahawa Dr J menerima gelaran Prof. Madya. Email yang dibalas oleh Dr. J ketika EH menghantar ucapan tahniah atas gelaran yang beliau perolehi. Syabas Dr J!


EH takkan lupa dan padam SMS tahniah Dr. J yang dihantar kepada EH semasa hari konvokesyen walaupun ketika itu, Dr. J duduk di atas pentas bersama ahli akedemik yang lain. Itulah hadiah yang sungguh istimewa! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Choice Theory Reality Therapy (CTRT)




















3 comments: