Monday, October 7, 2013

Singgah Sebentar Di Pantai Tanjung Leman, Mersing...

Assalammualaikum dan selamat malam...


 Nampak tak apa yang tertulis tu? Tolong abaikan kerana papan tanda tersebut tidak berfungsi. Sememangnya ada tempat parkir percuma di Pantai Tanjung Leman.


Sebelum sampai di rumah Pak Ngah semalam, EH sekeluarga singgah sebentar ke Pantai Tanjung Leman, Mersing. Lebih kurang 25 minit dari Felda Tenggaroh 5 untuk sampai ke pantai tersebut. Anda pernah pergi ke sana?


 Sekadar bermain air, menghirup udara pantai dan bergambar seketika di Pantai Tanjung Leman. Ada juga pengunjung yang bermandi-manda. Berteduh di bawah pokok rendang....


Teringat kenangan semasa berpraktikum. Suka melihat keindahan air laut dan ombak. Ada kalanya menghabiskan masa di Teluk Batik, Lumut, Perak. Oh kenangan!


Bergambar bersama emak dan adik-beradik yang lain sebelum pergi ke rumah Pak Ngah.



Mujur cuaca semalam cerah. Bila sampai di Pantai Tanjung Leman pun kelihatan ramai pengunjung yang datang. Siap ada yang memasang khemah lagi di sana. Ok semua, sekian dan sayonara!



    Segmen Ekspresi Interaksi...


EH : Dekat dengan Pulau Sibu...
  

No comments:

Post a Comment