Thursday, October 10, 2013

Ke Johor Premium Outlets (JPO)

Assalammualaikum dan selamat malam...

Siang tadi pergi ke Johor Premium Outlets (JPO) kat Kulai Indah lalu highway dari rumah. Walaupun kawasan di parkir kereta agak panas kerana kekurangan tumbuhan hijau sebagai kawasan tadahan pancaran matahari tetapi ramai pengunjung yang datang. Anda pernah ke sana?


 Pemandangan pusat membeli-belah JPO dari kawasan parkir kereta. Jangan risau kerana disediakan bas awam untuk pengunjung. Kalau yang perlukan perkhidmatan Teksi Eksekutif pun ada....


Antara bahagian dalam kawasan JPO. Konsepnya seolah-olah membeli-belah di luar negara. Banyak butik yang  popular di sini. Datanglah!


Sepanjang anda berada di JPO, anda dihidangkan dengan sajian muzik jazz yang berentak sentimental. Mungkin strategi pihak pengurusan supaya pengunjung berasa tenang untuk mencari dan membeli barang keperluan mereka. Betul tak? Ok semua, sekian dan sayonara!
 
 Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Ada bangunan JPO yang dibangunkan lagi... 



No comments:

Post a Comment