Tuesday, October 15, 2013

Menu Hari Raya Haji Tahun Ni...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Menghidupkan bara api. Menguji kesabaran dan ketekunan...


Tahun ni, emak EH tidak merebus ketupat atau nasi empit. Tetapi kami semua bersetuju untuk menempah menu satay daging dan otak-otak Kempas sebagai santapan di Hari Raya Aidil Adha tadi.


Selepas menghidupkan bara api, bolehlah membakar otak-otak Kempas. Jangan leka ye!


Nampak tak? Otak-otak Kempas dan satay daging yang telah siap dibakar. Nyummy!


Pakej! Menempah satay dan disediakan kuah kacangnya sekali. Tak perlu mengisar kacang tanah di dapur. Jimat kudrat...Heheeee


Nasi empit dan timun yang dibeli di Pasar S'mart, Pandan. Ada juga air kopi O hangat. Masa untuk makan. Jom makan!


Pencuci mulut, agar-agar gula merah. Segarkan badan dan maniskan mulut...


Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam apa jua keadaan. Bersesuaian dengan tema menu siang tadi iaitu bersederhana dengan nikmat-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...



EH : Pedih mata bakar satay dan otak-otak....

No comments:

Post a Comment