Assalammualaikum dan selamat hari khamis....
Nak balik bila sampai di pintu automatik keluar, kupon parkir kereta JPO salah diambil di mesin parkir. Bukan seperti pada gambar di atas. Abang security terpaksa meminta kereta di belakang mengundur kenderaan dan menggunakan laluan kedua. Anda pernah alami situasi sebegitu tak ek?
Panik, cemas dan menakutkan! Mungkin itulah yang EH rasakan bila kupon parkir kereta JPO hilang siang tadi. Akan tetapi, solusi perlu dicari untuk keluar bersama kereta yang dibawa masuk ke pusat membeli-belah.
Teruja nak balik dan menerima panggilan daripada rakan yang mendapat tawaran menjadi guru bimbingan dan kaunseling di MRSM Batu Pahat, sampaikan tersalah ambil kupon parkir kereta ni yang keluar di mesin pembayaran automatik. Lain kali double check biar tak devian. Heheeeee
Rasa buntu sampaikan nak membayar RM50 denda kehilangan kupon parkir tersebut. Mujur abang security tak putus asa suruh mencari kupon di mesin pembayaran. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga kupon itu. Ok semua, sekian dan sayonara!
Kejadian di JPO siang tadi dalam segmen Releksasi Minda...
EH : Terima kasih abang security JPO!
No comments:
Post a Comment