Wednesday, January 30, 2013

Genap Setahun Berpraktikum Di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan...

Assalammualaikum dan selamat malam...

 

 
 Banyak mempelajari erti dunia seorang cikgu kaunseling di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan...



Genaplah setahun EH berpraktikum di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan pada hari ini. Bagi memenuhi syarat bergraduasi, pada semester tujuh EH telah menjalani latihan internship kaunseling bersama seorang rakan EH di sekolah ini.



 Pada asalnya, EH telah memilih SMK Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia, Lumut untuk berpraktikum. Disebabkan atas masalah tertentu pihak Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI telah menukarkan penempatan praktikum EH pada saat-saat akhir di SMKBS. EH menganggap ianya sebagai satu cabaran.



  Corat-coret dalam segmen Bimbingan dan Kaunseling (B&K) pada hari ini...



Sekitar sekolah negeri Perak sahaja yang ditetapkan oleh fakulti EH bagi program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan internship ini. Bagi memudahkan urusan EH, sekolah di daerah Manjung, Perak menjadi tumpuan. Tepat jam 7.00 pagi pada 30hb Januari 2012 bermulah ceritera EH melaporkan diri sebagai cikgu praktikum. Heheee...



 Cantik tak pentas di atas? Inilah hasil idea cikgu pembimbing EH, Cikgu Shamsul Hisham Bin Md. Sharif. EH diminta untuk memasangkan lampu kalimantang yang berwarna biru pancaran indah itu. 



EH dan rakan EH menggenakan tema berwarna hijau  sempena pelancaran Program Guru Penyayang SMKBS. Nampak tak gambar Cikgu Shamsul Hisham di hujung sekali?



Yang menariknya selain Cikgu Shamsul, EH mempunyai 2 oarang lagi cikgu pembimbing iaitu Cikgu Karimah Bt Hamat dan Cikgu Siti Jurizaini Bt Ag. Awang Hamat. Mereka sangat spoting! Cikgu Karimah duduk paling kanan dalam gambar kenangan selepas Program Kepemimpinan Perdana SMKBS...



 Selain sesi bimbingan dan kaunseling, program yang dijalankan oleh kaunselor pelatih dinilai dalam internship ini. Terpaksa menolak permintaan Guru Penyelaras Praktikum, Cikgu Norainee Bt Yusop agar EH mengajar minor EH iaitu Bahasa Melayu. Tak menang tangan nak selesaikan jam kredit internship kaunseling. Fuhh!



Ada pelajar yang menyangkakan EH adalah pelajar baharu di sekolah tersebut semasa hari pertama berada di SMKBS. Mungkinkah penangan EH memakai kemeja putih berlengan panjang, berseluar slack hitam serta bertali leher jalur-jalur pada isnin yang berbahagia itu? Ok semua, sekian dan sayonara!



  Gelagat pelajar SMKBS...



EH : Setuju, don't judge book by it's cover! 

Rabu Tanpa Bicara : Tidak Perlulah Sihir-Menyihir!



Monday, January 28, 2013

EH Menanti Cek Daripada Pihak Nuffnang...

Assalammualaikum dan selamat hari isnin...

Selain dapat meluahkan segala yang tersurat dan tersirat dalam blog, kita juga boleh dapat duit daripada pihak Nuffnang apabila meletakkan iklan Nuffnang dalam blog. Seronoknya!



 Giliran EH menanti cek daripada pihak Nuffnang...



EH dah cashout akaun Nuffnang EH. Terima kasih kepada pembaca dan blogger yang sentiasa memberi sokongan kepada EH untuk terus berblog dalam dunia maya ni. Terima kasih juga kepada yang sudi klik iklan Nuffnang dalam blog Ekslamasi Holistik. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Syok berblog... 



Saturday, January 26, 2013

Ke Pulau Pangkor Bersama Rakan Praktikum

Assalammualaikum dan selamat pagi...



 Menaiki perkhidmatan bot untuk mengelilingi dan menikmati keindahan Pulau Pangkor. Apa makna bahasa badan yang ditunjukkan oleh rakan EH tu ek?


Menyelam sambil minum air! Alang-alang dah berpraktikum di SMK Batu Sepuluh Lekir Sitiawan, masa cuti hujung minggu yang ada digunakan untuk mereleksasikan minda ini di Pulau Pangkor bersama rakan-rakan praktikum yang lain di sekolah yang berhampiran. Syoknya!



Perancangan awal sekadar ingin bersantai di Teluk Batik sahaja. Setelah puas mengelilingi Teluk Batik dengan perkhidmatan bot yang disediakan, kami semua meneruskan misi untuk membeli tiket feri yang terakhir sekitar jam 8.00 malam untuk pergi ke Pulau Pangkor. 



Mujur masih ada chalet kosong untuk kami diami walaupun check-in pada waktu malam. Aktiviti malam minggu sebelum tibanya sang mentari dipenuhi dengan agenda social-talk. Pelbagai perkongsian cerita internship kaunseling diluahkan.



Melupakan tugas praktikum seketika apabila dapat menyelam ke dasar laut. Hilang stres!




Aktiviti terakhir selepas check-out chalet adalah mengelilingi daratan Pulau Pangkor dengan menaiki van berwarna pink dengan harga RM70 per van. Ada ke rakan-rakan EH yang secara sukarela ingin mengajar di sekolah Pangkor selepas ni ek? Heheeee...



Aktiviti sebegini dapat mengeratkan ukhwah sesama rakan. Secara tidak langsung dapat mempelajari ilmu untuk mendekatkan diri bersama pelajar apabila rakan-rakan yang lain memberikan beberapa tips kepada EH. Gracias! Ok semua, sekian dan sayonara...



Segmen untuk entri kali ini. Teruskan untuk menyokong blog EH! Heheeee



EH : Cikgu pembimbing kata boleh naik motor pergi Pulau Pangkor...

Thursday, January 24, 2013

Lagu Nasyid Sempena Maulidur Rasul 1434H...

Assalammualaikum dan Salam Maulidur Rasul...


  
Hari ini merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Kita disuruh untuk berselawat tanda rasa cinta kepada nabi utusan Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Mari layan lagu nasyid pilihan EH sempena hari Maulidur Rasul pada khamis yang berbahagia ini.  Lagu nasyid apa agak-agaknya ek?



 Kumpulan nasyid Hijjaz dengan lagunya, Rasulullah...



 
 Kumpulan nasyid yang popular dengan lagu Nur Kasih iaitu In-team, Selawat Junjungan...


Teruskan untuk membaca entri ni. Lagu seterusnya adalah : 


Salam 12 Rabbiul Awal 1434H...
 



 
Opick merupakan artis dari Indonesia yang banyak menyanyikan lagu-lagu berunsurkan santapan kerohanian. Terimalah lagu Ya Nabi Salam...




 Lagu Rindu Muhammad daripada Hadad Alwi. Seronok dan sangat terhibur bila dengar lagu ni..



Ya Nabi Salamun Alaika - Hijjaz,Raihan,Yassin,Brothers,Rabbani 




Itulah senarai lagu nasyid pilihan EH yang kerap didengar lebih-lebih lagi masa membuat assignment. Siapa kata lagu nasyid tak sedap didengar? Muzik itu bervariasi. Ok semua, sekian dan sayonara!



Nabi Muhammad S.A.W ikutan dan idola sepanjang zaman... 



EH : Menyanyi & berselawat...
 

Salam Maulidur Rasul 1434H...

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Syukur, masih diberi kesempatan untuk menikmati hari yang sangat indah pada hari ini iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdulillah.... 

Nabi utusan Illahi yang terakhir dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan dengan 23 April 571 M di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim. Rasulullah S.A.W namanya Muhammad bin Abdulah bin Abd Muthalib bin Hasyim bin Manaf. Antara peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika beliau dilahirkan adalah 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur, api sembahan orang Majusi terpadam dan gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh


 Selamat Menyambut Hari Kelahiran Rasullullah S.A.W...



EH dengan penuh rendah diri mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1434 H kepada semua umat Islam di dunia ini. Semoga sifat terpuji baginda sentiasa dicontohi serta diteladani. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Ok semua, sekian dan sayonara!


EH : Mari berselawat... 

Thursday, January 17, 2013

Lagu Hits Cakra Khan, Harus Terpisah...

Assalammualaikum dan selamat tengah hari...


Artis dari Seberang iaitu Cakra Khan yang lagu Hitsnya kerap diputarkan di corong-corong radio, Harus Terpisah. (Sumber : aelovebel.blogspot.com)



Kenal tak artis ni? EH mula mendengar lagu Harus Terpisah ini daripada Cakra Khan di radio Suria FM bila layan L.O petang-petang yang mendamaikan. EH sangkakan artis ni dari Malaysia. Salah sangkaan EH rupa-rupanya. Heheeee



  Nama penuh artis yang berusia 21 tahun ni ialah Cakra Konta Paryaman. Lahir pada 27 Febuari 1992 berbintang Pisces.



Anak bongsu daripada dua orang adik beradik yang sedang mengikuti pengajian di Sekolah Tinggi Musik Bandung dalam jurusan Seni Vokal.


Mungkin lagu ni sesuai untuk sesiapa yang ada konflik dengan pasangannya. Jangan buang masa. Jom kita layan lagu Cakra Khan. Mari!



Pelantun vokal yang sangat hebat daripada Cakra Khan dengan lagu yang sangat mendayu-dayu lirik lagunya iaitu Harus Terpisah...




Semoga dengan kehadiran penyanyi baharu dari Indonesia ini dapat memberi inspirasi kepada komposer di Malaysia untuk menghasilkan karya seni yang lebih baik dan bermutu lagi. Ok semua, sekian dan sayonara!



Kulit album Cakra Khan. 
Twitter fans : @CakraHolic
Twitter officeial : @CakraKhanz  Foto Cakra Khan
 (Sumber : aelovebel.blogspot.com)



EH : Adakah Cakra Khan berdarah campuran?

 

Bahagian 2 : Lelaki Lebih Cepat Mengalami Keguguran Rambut?

Assalammualaikum dan selamat hari khamis...


Hai! Kita bersambung pula dalam bahagian 2 untuk topik pada hari ini. Realitinya, keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehelai masih dalam kategori normal. Namun, jika masalah ini tidak diambil berat boleh berlarutan ke tahap serius sehingga menyebabkan rambut semakin nipis dan akhirnya botak yang berkekalan. Alamak!


Terdapat beberapa faktor risiko di kalangan mereka yang menghadapi Alopesia Androgenetik. Antaranya :



Kenapa lelaki lebih cenderung mengalami keguguran rambut ek? Teruskan membaca entri ini kerana jawapan kepada persoalan tersebut ada di bawah ini...Heheeee



  • Jantina - Lelaki secara umumnya lebih cenderung menderita masalah keguguran rambut disebabkan oleh jumlah hormon testosteron yang lebih banyak mereka hasilkan.

  • Sejarah keluarga - Kejadian Alopesia Androgenetik di kalangan bapa, bapa saudara, datuk dan kedua-dua belah ibu dan bapa boleh mendedahkan seseorang kepada keadaan ini.



 Stres boleh menyebabkan rambut gugur. Percaya tak?



  • Tekanan - Stres yang kronik dan berterusan boleh mempercepatkan kejadian Alopesia Androgenetik.
 
  • Usia - Dianggarkan kira-kira 30 peratus lelaki yang berumur 30 tahun akan mendapat beberapa bentuk keguguran rambut manakala 50 peratus akan mengalaminya tatkala umur mencecah 50 tahun.  


Jika menginginkan rambut yang sihat maka disarankan mengamalkan pemakanan yang seimbang, meninggalkan diet keterlaluan atau mendadak kerana boleh menyebabkan keguguran rambut. Hampir 90 peratus komponen penting rambut ialah protein. Ok semua, sekian dan sayonara!


(Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Bil 1397)

Menarik untuk dibaca :
Bahagian 1 : Lelaki Lebih Cepat Mengalami Keguguran Rambut? (Sila Klik)




 Segmen untuk perkongsian info pada pagi yang cukup indah ini...



EH : Lega lepas syampu rambut....

Bahagian 1 : Lelaki Lebih Cepat Mengalami Keguguran Rambut?

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Tekanan perasaan punca lelaki botak?


Botak. Perkataan yang satu ini pastinya menakutkan. Kalau boleh tidak diingini langsung singgah di fikiran ini, tetapi tidak mustahil terjadi sekiranya mengambil mudah perihal penjagaan rambut khususnya dari segi kesihatan dan kebersihan. 


 Apa faktor lelaki cepat kehilangan rambut ek?



Alopesia Androgenetik merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa berlaku, mewakili lebih 80 peratus daripada kesemua kes keguguran rambut di kalangan lelaki. Terdapat pelbagai faktor menjurus kepada keguguran rambut akhirnya membawa kepada botak kekal. Apakah faktor kehilangan rambut ek? Jawapannya ada di bawah ini...



  • Telogen effulvium - satu keadaan sementara yang selalunya terjadi disebabkan oleh tekanan seperti trauma atau pembedahan.

  • Areata alopesia - satu keadaan, sistem imun badan sendiri menekan peringkat pertumbuhan akar rambut (bahagian rambut yang tertanam di dalam folikel di bawah kulit). Situasi ini menyebabkan rambut gugur dalam bentuk setompok dan boleh menjejaskan keseluruhan tubuh badan termasuk rambut pada anggota muka dan alat sulit.

  • Keadaan kulit kepala - jangkitan kulat atau penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit yang kronik pada kulit kepala juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

  • Masalah perubatan sedia ada - penyakit-penyakit seperti hipotiroidisme. 



Wow! risau dengan faktor yang menggerunkan ini. Ada lagi faktor tersebut pada entri yang seterusnya. Tunggu ye... Ok semua, sekian dan sayonara!

(Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Bil 1397)

Menarik untuk dibaca :
Bahagian 2 : Lelaki Lebih Cepat Mengalami Keguguran Rambut? (Sila Klik) 



Sumber : sayangkamubanyaklaut.blogspot.com






 EH : Manusia dicipta dengan pelbagai jenis rambut...



Saturday, January 12, 2013

Santai Bersama Housemate E103 Kolej Za'ba, UPSI...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



 Wajah penghuni rumah E103 Kolej Za'ba


Semuanya terjadi tanpa sebarang perancangan yang rapi. Walaupun ianya sangat sederhana tetapi sungguh bermakna buat kami semua. Apakah itu? Mari kita layan gambar santai bersama housemate E103 Kolej Za'ba, UPSI...



Seronok makan di luar bersama housemate. Cuba tengak, apa yang kami makan? Heheee



Makan di kedai makan kawasan Pekan, Tg. Malim.



Housemate bilik No 3 yang sangat bergaya. Bakal Cikgu Ekonomi dan Cikgu PJK.



Wajah kekenyangan selepas makan. Syukur, Alhamdulillah...


Pada keesokkan harinya, pergi mandi-manda pula di Sg. Samak. Cari ketenangan dan kedamaian. Tak jauh dengan kampus lama UPSI.


Bergambar dahulu sebelum mandi. Jernih tak air sungai ni?



Seronok bila semua dah berendam dalam air. Siapa agaknya yang paling seronok? Cuba teka...



Menghilangkan stres seketika.


Hampir dua jam bersantai di Sg. Samak ni...
 
 
 
Selepas puas berendam, tiba masanya untuk aktiviti seterusnya. Ke mana?



Lepas mengenyangkan diri di Restoran Nazz, pergi ke Tasik Proton City untuk mencipta memori bersama. 
 
 
 Kami tetap berenam ke sana-sini pada hari yang sungguh menawan hati..


Berehat seketika menanti detik yang sangat abadi untuk kami.



Ke mana hilangnya seorang rakan rumah EH ek?



Cantik pemandangan dengan kehijauan pokok di sekitar tasik ini...
 
 
Seronok sangat bila dapat berkumpul macam ni. Dapat tak berkumpul lagi seperti dalam gambar di atas selepas ni ek? InsyaAllah... Ok semua, sekian dan sayonara!
 
 
Gambar terakhir sebelum kami pergi menuju kejayaan pada hari segala penghulu hari. Heheeeee



EH : Menambahkan lagi intipati buku dalam kehidupan ini...