Dah minum separuh. Air Nescafe menghangatkan badan di pagi Aidil Adha...
Salam dan holahai!
Selamat hari raya haji kepada rakan - rakan kuliah termasuk juga bloggers yang wish pada EH. Terima kasih daun keladi. Kenapa pulak dengan daun keladi ek?
Coretan dalam segmen Releksasi Minda..
Daun keladi sejenis tumbuhan dan batangnya boleh dibuat sajian makanan. Batang keladi masak sambal pedas masam manis sangat so lazat.. Heheeee. Mari kita lihat menu hari Raya Haji di rumah EH pada hari ni. Ayuh!
Nampak tak nasi ni berderai sebab menggunakan beras Basmathi.
Inilah nasi ayam yang emak EH buat...
Makanan kesukaan EH, ayam masak merah.
Seriously enak yummy!
Kalau kat UPSI kepingin nak makan daging rendang masakan mak EH.
Terasa rempah-rempah rendangnya...
Makan nasi ayam mesti ada kuah supnya..
Kuah sos hasil tangan abang EH. Pedas ke?
Buah tomato dan timun yang menambahkan khasiat menu hari ni...
EH suka makan daun salad..
Selain menu nasi ayam, ada juga nasi empit dan serunding. Nak variasikan juadah. Boleh makan nasi empit dengan ayam masak merah & rendang yang ada. Syukur dengan rezeki yang ada...
Ketupat digantikan dengan nasi empit. Baharu terasa suasana raya...
Serunding yang baru sahaja dimasak sebab tu nampak lembap sikit.
Emak jarang buat serunding masa raya...
Emak jarang buat serunding masa raya...
Yang tak boleh lupa, EH cuba menghidupkan bara api untuk merebus nasi empit kat dapur kayu. Ayam masak merah & rendang daging juga di masak menggunakan dapur kayu kat belakang rumah. Menggunakan kudrat untuk menghidupkan bara masa mula - mula hendak menyalakan api. Beginilah suasana menyambut raya di rumah EH!
Sesudah menggunakan dapur kayu untuk memasak juadah raya..
EH tak tahu macam mana anda menyambut hari raya haji bersama keluarga anda. Yang penting, hargailah detik-detik manis bersama insan yang tersayang tak kira sama ada pada musim perayaan ataupun tidak. Makanan dapat merapatkan ukhuwah sesama insan. Sayonara semua!
Berbagi nikmat Illahi bersama umat Islam yang dikasihi. Inilah kelebihan Hari Raya Haji!
EH : Menu Mak Cik kat Johor Jaya pun nasi ayam juga!