Monday, October 15, 2012

Enaknya Tidur!

Salam dan holahai...


Selamat malam semua! Anda masih belum tidur lagi ke blogger ek? Tidur merupakan satu nikmat yang dapat merehatkan kognitif, emosi dan tingkah laku kita setelah melakukan aktiviti seharian. Student kadang-kadang harus mengorbankan waktu tidur demi menyiapkan tuntutan sebagai seorang pelajar.



Tidur yang mencukupi dapat mengekalkan kesihatan kita..




Sebelum EH tidur, EH nak kongsikan beberapa kesan buruk kalau kita kurang tidur. Agak-agaknya apa kesannya ek? Mari kita lihat..

  • peningkatan berat badan
  • tekanan darah tinggi
  • sistem imun kurang berkesan
  • badan jadi lemah dan lesu
  • muka jadi tak ceria dan pucat
  • pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
  • mudah tumbuh jerawat pada muka
  • otak berserabut dan tertekan
  • mudah pening kepala 



Banyak juga kesan buruk kurang tidur ye. Manusia memerlukan tujuh hingga lapan jam waktu tidur dalam sehari. So, jangan la tidur lambat sangat, nanti bangun pun lambat juga. Ok semua bantal dan tilam dah memanggil ni. Mimpi yang indah n sayonara!
(Sumber : Portal Rasmi Unit Penilaian dan Kompetensi Jabatan Pelajaran Negeri Kedah)



Berdoa agar diberkati Illahi..





EH : Esok pagi ada temujanji dengan pensyarah penyelia tesis...

1 comment:

  1. Betul jugak, kalau tido lambat gerenti jerawat tumbuh <-- Paling ditakuti tu.. heheh

    ReplyDelete