Monday, October 8, 2012

Viva Projek Tahun Akhir..

Salam dan holahai...


Syukur Alhamdulillah, hari ni EH telah membentangkan proposal projek tahun akhir EH. Tension jugak sebab asyik menghadap tesis je. Tapi apakan daya
nak habiskan pengajian, semua tu harus dilalui dengan penuh kesabaran. Berbalik pada viva siang hari tadi, EH telah dinilai oleh penyelaras projek tahun akhir Jabatan Psikologi dan Kaunseling iaitu Dr. Ahmad Jazimin Bin Jusoh. Bergetar juga masa nak bentang proposal lebih-lebih lagi EH kena giliran no dua. Apa yang boleh EH kongsikan pengalaman viva bersama Dr. J jauh lebih mencabar berbanding praktikum kaunseling masa tu. Bayangkan idea boleh hilang walaupun pensyarah penyelia dah bagi tips untuk viva ni. Dahsyat, dahsyat... 

Ini adalah saat yang paling EH tak dapat lupakan. Macam dalam program Malaysian Idol la pulak. Hehee. Apakah dia? Lihat ganbar di bawah ni...



Ulasan pensyarah penilai : perbaiki dan boleh ke lapangan kajian. Syukur, setelah dinilai oleh Dr. J, EH dapat meneruskan tesis untuk kumpul data bagi bab 4 & 5...




EH : Susah pasti akan ada senangnya...

No comments:

Post a Comment