Friday, May 30, 2014

Fan Pages : Pemain Simpanan SPP KPM FC

Assalammualaikum dan selamat hari jumaat...


Semua ISMP yang mendapat keputusan temuduga posting berstatus "Calon Simpanan" bergabung dan menyumbangkan idea untuk posting secepat mungkin dalam fan pages facebook "Pemain Simpanan SPP KPM FC" Maaf fan pages ini merupakan fan pages tertutup.



Rentetan daripada ramai calon ISMP yang mendapat status calon simpanan dalam keputusan temuduga posting mereka, petang semalam juga secara rasminya telah ditubuhkan satu fan pages dalam muka buku. Rasionalnya, fan pages ini dapat memudahkan semua calon simpanan ISMP berkomunikasi dan bekerjasama untuk mempercepatkan urusan posting di sekolah. Terima kasih semua ahli jawatankuasa. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : InsyaAllah keruh kepada jernih....

Thursday, May 29, 2014

Keputusan Temuduga Posting : Calon Simpanan

Assalammualaikum dan selamat malam...



Alhamdulillah keluar juga keputusan temuduga posting EH petang tadi. Bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41, EH dan rakan-rakan kaunseling yang lain mendapat status, "Calon Simpanan".
Nampak tak gambar di atas?



Terungkai sudah segala persoalan mengenai keputusan temuduga posting yang ditunggu selama ini. Jangan terkejut, untuk kos Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dari UPSI, UPM, UIAM dan UUM semua mendapat keputusan yang sama seperti EH. Tahniah bagi rakan-rakan yang akan melapor diri di sekolah pada bulan Julai nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Posting secara berperingkat...

Bermain Bowling Di Daiman Bowl Johor Jaya

Assalammualaikum dan selamat pagi...



 Selepas menanda kertas peperiksaan dan memasukkan markah tersebut ke dalam sistem SAPS, kini tiba pula giliran EH memasukkan bola bowling untuk menjatuhkan pin dan mendapatkan 'strike'. Boleh ke dapat 'strike'?


Hi! Cuti sekolah telah tiba dan anda pasti ada aktiviti yang dilakukan untuk memanfaatkan masa cuti ini. Betul tak?


Di sinilah EH pergi bermain bowling iaitu di Pusat Bowling Daiman, Johor Jaya. EH pergi ke sana jam 10.30 malam dan hampir satu jam juga menghabiskan dua 'game' di sana. Adakah EH jaguh bowling? Jeng jeng jeng....



Setibanya di sana, semua tempat telah dipenuhi dengan orang yang asyik bermain bowling. Pekerja bowling meminta kami duduk dan menulis nama untuk tempahan tempat. Selepas beberapa minit kami dibenarkan untuk bermain bowling. Syukur!



Kami bermain bowling di lorong nombor 5.



 Perbezaan bermain bowling di Kip Mart Tiram dengan Daiman Bowl adalah fasiliti di Daiman Bowl lagi bagus berbanding di Kip Mart Tiram. Contohnya, lantai lemparan bowling yang lebih licin dan angin penyaman udaranya yang lebih sejuk. Sekadar pendapat EH sahaja!



Bola berwarna kuning itu seberat 12Kg. EH bermain bowling menggunakan bola tersebut tetapi tidak mendapat 'strike'. Akhirnya bola yang tertera nombor 10 juga yang menjadi pilihan EH. Pilihan anda bola nombor berapa pula?


Bangkit setelah tewas di permainan yang pertama dan akhirnya mendapat markah 96 pada permainan yang kedua. Pada skrin di atas, nampak tak EH dapat nombor berapa? Heheeee...



Tidak sehebat mana kami semua sekadar mengisi masa yang ada untuk mengeluarkan peluh di malam hari. Semua orang boleh bermain bowling. Betul tak? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...




EH : Bola bowling masuk longkang...






Friday, May 23, 2014

Menanda Kertas Peperiksaan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) Pula...

Assalammualaikum dan selamat hari jumaat...



Setelah berbincang dengan Ketua Panitia PJK, akhirnya EH yang menanda semua kertas peperiksaan PJK untuk semua kelas tingkatan 3 iaitu sebanyak enam kelas. Siapakah pelajar yang mendapat markah tertinggi untuk kertas PJK tingkatan 3?



EH mengajar subjek PJK bagi tingkatan 1, 2, 3 dan 5. Setelah pelajar-pelajar menjawab kertas PJK pada hari rabu yang lalu, manfaatkan masa cuti dua hari ini dengan menanda kertas peperiksaan lagi. Seronok juga bila tengok cikgu-cikgu PJK boleh bertolak-ansur untuk menanda kertas peperiksaan. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Musyawarah...







Masukkan Markah Dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Assalammualaikum dan selamat petang...


Selepas menanda kertas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk tingkatan 4Seroja, 4Anggerik dan 4Dahlia kini masanya membuka talian SAPS secara maya.



Berharap sangat segala kerja dapat diselesaikan sebelum hari Selasa minggu hadapan. Bermula 27 hb Mei 2014 ni, sekolah di negeri Johor sudah memulakan cuti sekolah pertengahan tahun 2014. Walaupun line internet putus-putus pada pagi tadi, akhirnya berjaya juga memasukkan markah pelajar-pelajar ke dalam sistem SAPS. Ok semua, sekian dan sayonara!



 Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Talian internet & kesabaran....



Menyiapkan Kerja Sebelum Cuti Sekolah Tiba...

Assalammualaikum dan selamat hari pagi...



Alhamdulillah siap juga kerja merekod dan menganalisis PBS tahun 2013 bagi tingkatan 2Kenanga dan 2Anggerik...


Berpinar mata apabila diberi tugas menganalisis band berapa yang pelajar dapat bagi setiap subjek untuk PBS mereka. Setiap subtopik untuk semua subjek diberi markah band dan EH mencari nilai band tertinggi dan merekodkan dalam perisian excell seperti di atas. Nampak tak? Heheee...


Selepas itu, EH memasukkan nilai tertinggi band yang pelajar dapat dalam Prestasi Sumatif Murid untuk diberikan kepada para pelajar semasa hari terbuka naik cuti sekolah nanti.




Apa yang penting, EH dah hantar melalui email kepada Cikgu Liong untuk proses kemaskini terakhir oleh beliau. Memakan masa jugalah nak siapkan kerja yang Cikgu Liong minta ni daripada bulan April. Berapa hari baharu siap ek? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling..
.


EH : Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...




Monday, May 19, 2014

Hadiah Hari Guru 2014...

Assalammualaikum dan selamat hari isnin...


Alhamdulillah masih mendapat hadiah sempena hari guru 2014 semalam. Adakah hadiah tahun 2014 bertemakan warna merah jambu?



Terharu apabila pelajar datang mendekati diri dan memberikan hadiah serta ucapan hari guru. Inilah yang berlaku pada diri EH pagi semalam apabila seorang pelajar berbangsa Cina dari kelas 1 Seroja bertindak sedemikian. Kadang-kadang yang tidak diduga itulah yang menjadi kenyataan. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Kisah 18 hb Mei 2014....

Sunday, May 18, 2014

Sambutan Hari Guru Di SMK Taman Desa Tebrau Tahun 2014...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Buku program sambutan Hari Guru SMK Taman Desa Tebrau 2014. Pada EH cantik sebab banyak corak bunga. Sejuk mata melihatnya!


Sejurus sampai di sekolah pagi tadi, EH terus meminta pertolongan beberapa orang pelajar untuk mengangkat semua kerusi yang ada di bilik mesyuarat untuk disusun di pentas Anjung Sri Tanjung. Mujur pelajar tersebut memberikan respons yang positif. Syukur Alhamdulillah!


 Selepas perarakan para guru, kami semua melalui "red carpet" untuk duduk di atas pentas. Setelah menyanyikan lagi Kami Guru Malaysia dan bacaan ikrar, Puan Pengetua merasmikan sambutan hari guru SMKTDT 2014 lalu memotong agar-agar buah-buahan di atas sebagai gimik perasmian. Selalu potong kek tetapi hari ini pihak Kebiru membuat kelainan sedikit. Ada berapa warna agar-agar di atas ek? 



Bergambar bersama Cikgu Zakaria dan Cikgu Azliezan semasa waktu rehat di bilik guru. Pihak kantin menyediakan makanan barat kepada kami iaitu chicken chop dan teh o. Pagi-pagi sudah sarapan western. Tekak Mat Salleh! 



 Selepas rehat, pada jam 10.30 pagi bermulalah acara sukaneka antara guru-guru dengan para pelajar.  Bersungguh-sungguh mereka bermain congkak. Bomm!



 EH bersama 9 orang guru yang lain bermain permainan baling tin melawan para pelajar. Terasa penat sampai sekarang akibat tidak melakukan aktiviti regangan sebelum bermain. Kumpulan guru menang. Hoorey!



Pertandingan memasak juga ada yang telah dimenangi oleh kumpulan Cikgu Murniza dan Cikgu Fatin. Selain mengajar, guru-guru boleh menjadi Chef sebagai kerja sampingan. Betul tak guru-guru sekarang kreatif dan berinovasi. Setuju?



Selepas aktiviti persembahan dan penyampaian hadiah, para pelajar dibenarkan pulang pada jam 1.00 tengah hari. Aktiviti seterusnya ialah solat zohor dan menikmati santapan hari guru di Restoran Indonesian Corner Fast Food di Desa Cemerlang. Sedap  makanannya oi! Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Merapatkan ukhwah guru-guru...

Saturday, May 17, 2014

Aktiviti Pertukaran Hadiah Untuk Hari Guru 2014...

Assalammualaikum dan selamat hari sabtu...



Cabut undi masa mesyuarat sambutan hari guru minggu lepas, boleh terambil kertas yang tertera nombor 1. Siapakah gerangan yang mendapat hadiah di atas ini?



Tiga sahaja barang yang difikirkan EH semasa mendapat tahu bahawa EH akan memberi hadiah hari guru yang berharga RM30.00 kepada Puan Pengetua SMK Taman Desa Tebrau, Puan Hajjah Zaiton Binti Hussien. Barang apa yang agak-agak sesuai?


Selain hijjab, EH ada terlintas hendak membelikan pen jenama parker atau kerongsang tudung sempena sambutan hari guru. Jurujual hijjab berjaya mencairkan keinginan EH semasa mencari hadiah untuk aktiviti pertukaran hari guru 2014. Warna unggu merupakan warna rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling. Heheeee



Harap-harap hadiah ini berguna dan dimanfaatkan. Ada sesetengah wanita yang lebih menggemarkan pemakaian tudung bawal berbanding tudung sarung. Anda pula bagaimana? Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...


EH : Choice Theory Reality Therapy, 5 basic needs...

AJK Persiapan Tempat Sempena Sambutan Hari Guru 2014

Assalammualaikum dan selamat malam...


 Antara guru-guru SMKTDT yang terlibat dalam menyiapkan tempat untuk sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari esok yang hadir di Anjung Sri Tanjung seawal jam 8.30 pagi...


Tepat jam 1.30 tengah hari tadi baharu selesai membantu dalam menyiapkan pentas hari guru. Menggantung langsir kuning dan melekatkan huruf-huruf blok di pentas. Walaupun nampak mudah tetapi memerlukan ketelitian untuk nampak seimbang perhiasan pentas tersebut. Betul tak Cikgu Seni?


 Cikgu Zakaria Bin Isa yang mengajar subjek Pendidikan Seni sedang berdiri memerhati rakan-rakan yang lain yang sedang menyiapkan huruf-huruf blok. Mujur ada muzik menjadi peneman penghilang kebosanan..Heheeee



 Turut diadakan latihan pengacaraan majlis daripada pelajar-pelajar dengan dibantu oleh Cikgu Zanariah juga Cikgu Hayati Majid. Menghias pentas menggunakan sumber-sumber sedia ada untuk mengelakkan pembaziran Cewah!



 Cikgu-cikgu perempauan ada yang membuat latihan terakhir zapin untuk persembahan hari esok. Permaidani merah digantikan dengan kain merah untuk laluan guru-guru semasa majlis perarakan. Nampak macam artis tak esok?



Inilah hasil pentas yang akan digunakan untuk samvbutan Hari Guru esok. Apa pendapat anda ye?



Sebenarnya EH diberi pilihan samada memilih untuk menjadi ahli jawatankuasa persiapan tempat atau aktiviti. EH secara sukarela memilih pengalaman baharu ini. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Kerjasama...


Najwa Latiff Feat Upin Ipin : Terima Kasih Cikgu

Assalammualaikum dan selamat petang...


Kemeriahan hari guru masih terasa walaupun pada hari ini. Terima kasih cikgu!


Semalam dan hari ni asyik dengar lagu Najwa Latiff feat Upin Ipin, Terima Kasih Cikgu di radio Era masa memandu kereta. Lagu ini merupakan salah satu lagu di Malaysia yang bertemakan kisah seorang guru yang dihargai oleh anak muridnya. Jom kita layan lagu ni. Ayuh!



Adakah lagu Terima Kasih Cikgu ini akan berkumandang di sekolah sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014 pada hari esok? EH jangkakan ya...


Semasa internship kaunseling yang lalu, EH pernah diminta untuk mencari dan mengumpul lagu-lagu yang bertemakan hari guru untuk diputarkan di sekolah. Akan  tetapi, lagu tersebut tidaklah banyak lebih-lebih lagi lagu versi bahasa Malaysia. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Terapi Entertaiment



EH : Hari guru tanpa lagu hari guru?



Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014!

Assalammualaikum dan selamat malam...


Ucapan khas daripada EH untuk semua warga pendidik, " Selamat Hari Guru 2014!" Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi...



Hari ini cuti di negeri Johor. Namun, hari guru akan disambut tetapi dianjak pada 18/5/2014 pada hari ahad ini. Ada masa untuk membuat persediaan bagi sambutan hari guru peringkat sekolah. Betul tak?


Masih berhubung dengan guru pembimbing semasa internship kaunseling 2012, Cikgu Shamsul Hisham Bin Md. Shariff di SMK Batu Sepuluh Lekir, 32020 Sitiawan, Perak. Ucapan keramat untuk beliau. Terima kasih juga Cikgu Shamsul atas respons mesej yang dihantar pagi tadi. Gracias!


InsyaAllah hari ahad ni merupakan tahun ketiga akan menyanyikan lagi lagu Kami Guru Malaysia. Diharapkan sifat sabar terus menyelubungi diri ini untuk mengajar dan mendidik para pelajar di sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Hadiah hari guru tahun lepas belum buka lagi....

Monday, May 12, 2014

Lena Tidur Menggunakan Kelambu...

Assalammualaikum dan selamat hari isnin...


Daripada kecil lagi emak sudah suruh guna kelambu untuk elakkan Si Nyamuk menggigit tubuh badan ketika tidur. Dahsyat penangan kelambu!


Masa tu pergi ke UO di Plaza Angsana dan harga kelambu murah lalu membelinya. Bila tidur menggunakan kelambu sambil menggunakan kipas angin ternyata tak kedengaran bunyi Si Nyamuk di telinga EH. Itu bermakna kebarangkaliannya sangat tinggi Si Nyamuk tidak menghisap darah EH ketika tidur. Percayalah! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda...


EH : Anda tidur guna kelambu tak?

Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu 2014!

Assalammualaikum dan selamat malam...


Ucapan khas untuk emak tersayang, Sanah Binti Ali. Sayang Bonda!


Daripada nak pergi ke sekolah sehingga pulang ke rumah, setiap corong radio memutarkan lagu-lagu yang bertemakan kasih sayang seorang ibu pada hari ini. EH setuju setiap hari merupakan hari ibu dan hari bapa. Setuju tak?


Tahun lepas menikmati kek Secret Recipe tetapi hari ini menjamu ayam golek. Petang tadi pergi bersama abang membeli di Kampung Melayu. Sungguh indah saat makan bersama emak. Syukur Alhamdulillah...


Didoakan semoga emak mendapat kesejahteraan dan sentiasa dirahmati-Nya. Selamat hari ibu 2014! Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...


EH : Berborak bersama bonda...