Sunday, May 19, 2013

Lagu Sempena Hari Guru..

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Tarikh keramat 16 Mei setiap tahun bagi meraikan warga pendidik..


Syukur, EH dapat meraikan Hari Guru tahun ni lagi walaupun bukan di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan. Walaupun hujan pada hari tersebut, guru-guru tetap diraikan dengan sungguh meriah. Jom kita dengar lagu-lagu yang dimainkan bagi warga pendidik. Ayuh!


 
 Tenang mendengarkan lagu The Teacher daripada Sami Yusuf artis negara Timur Tengah. Cikgu pembimbing masa praktikal pun suka lagu ni..


 
 Semua guru pasti tersenyum mendengar lagu rock daripada Kumpualn Khalifah, Cikgu Ayu. Siapakah gerangan Cikgu Ayu ni ek?



 Lagu yang dinyanyikan EH serta guru-guru yang lain pada tahun lepas dan juga pada tahun ini. Lagu, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara." Meriah dinyayikan beramai-ramai!



 Lagu keramat setiap tahun yang sinonim dengan sambutan Hari Guru , "Kami Guru Malaysia".


Ada lagi lagu lain yang pernah anda dengar semasa meraikan hari guru? Apa pun lagu yang anda dengar, semuanya membawa mesej menghargai pengorbanan dan jasa warga pendidik. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen di pagi ahad yang indah ini...


EH : Selamat hari guru juga buat pensyarah EH!


1 comment:

  1. beberapa tahun dahulu saya pernah bercita-cita nak jadi cikgu sebab cikgu ade lagu sendiri..hehehe.. boleh gitu? :D

    ReplyDelete