Thursday, November 8, 2012

Baharu Dapat Kad Diskaun Siswa..

Salam dah holahai!
Selamat hari khamis semua. Harap sihat hendaknya. Syukur Alhamdulillah EH baharu saja dapat Kad Diskaun Siswa kat UPSI ni. Masa balik JB hari raya haji tu asyik guna kad adik je. Mujurlah dapat potongan harga juga!



 Ingatkan belajar kat UPSI tak dapat kad diskaun ni...



Masa pemberian Kad Diskaun Siswa ni, diadakan majlis yang dirasmikan oleh Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim kat kampus baharu UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Fahrin Ahmad menjadi pengacara pada hari itu. Antara selebriti yang memeriahkan majlis tersebut seperti Azharina, Aisha Masnamimi Safia (Juara Bintang RTM 2012), Angeline Tan, Pelawak Rama dan ramai lagi. Kalau tak silap Ameer Sofaz pun datang juga. Disebabkan kekangan masa, EH tidak dapat hadir program tersebut. Ni pun berdasarkan cerita kawan-kawan. Kenapa EH tidak mengikuti program ni ek? Di bawah ni ada jawapannya. Mari lihat!



Roomate tolong amikkan kad ni sebab sibuk dengan gerak kerja program
pada hujung minggu ni dan discussion assignment bm...



Untuk mengetahui syarikat atau kedai yang boleh memberikan diskaun apabila kita menggunakan kad ni, anda boleh melayari Kad Diskaun Siswa. Makan KFC pun dapat diskaun juga tau. Ok semua & Sayonara!




EH : Nak dapat diskaun jangan lupa bawa kad matriks /  ic...




1 comment:

  1. dah lama dapat kad ni..tapi baru guna sekali,beli kfc..tolak 50 sen jek..huhu

    ReplyDelete