Slot Tali Kasih Sayang
Salam dan holahai!
Inilah segmen Bimbingan dan Kaunseling, BnK yang ingin EH coretkan pada hari ini...
Untuk menyempurnakan tugasan KKP 3053 subjek
Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah, EH dan rakan EH seramai enam orang diminta untuk melakukan program di sekolah. Kumpulan EH telah berprogram di SMK Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River, Perak..
Program Kepimpinan
Pada permulaannya, Kumpulan EH ingin membuat program di Sekolah Teknik Slim River. Akan tetapi, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan atas alasan tertentu.
Gerak kerja di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
Gigih kumpulan EH bertungkus lumus mencari sekolah yang berdekatan dengan UPSI. Akhirnya secara ad - hoc SMK Dato' Zulkifli Muhammad bersetuju dengan paper work yang dikemukakan oleh kumpulan EH.
Bergambar sebelum bermulanya program pada pagi esok..
Sekolah SMKDZ memberi syarat bahawa kumpulan EH harus melaksanakan program kepimpinan pada minggu tersebut. Bayangkan hari selasa Sek Teknik Slim River menolak program kami, hari khamis pula SMKDZ bersetuju dengan program kami dan program tersebut akan dijalankan pada hari sabtunya pula.
Bergambar di hadapan pintu masuk pejabat sekolah untuk berjumpa dengan Tuan Pengetua
Tersangat mencabar apabila kumpulan EH bersetuju dengan permintaan pihak sekolah. Lambat atau cepat, tugasan ini tetap kena dilaksanakan.
Beramah mesra dengan kaunselor sekolah di bilik kaunseling.
Walaupun keadaan tegang dengan beberapa konflik yang dihadapi, namun sikap bertolak ansur masih ada pada kumpulan EH. Susah senang dirasai bersama.
Pendaftaran Peserta program.
EH ditugaskan sebagai fasi dalam slot ice-breaking. Sukar juga pada permulaannya ingin membina repo para peserta. Semua bangsa ada dalam Program Jejak Gemilang ini.
Kenangan terindah di SMKDZ
Walaupun masa singkat bagi persediaan melakukan program ini, namun ia berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah. Banyak sangat kenangan, pengalaman dan ilmu yang EH dapat dari program ini. Alrite & sayonara semua..
EH : Berprogram harus, perlu & kena kuat emosi, kognitif dan tingkah laku...
No comments:
Post a Comment