Tuesday, July 10, 2012

UPSR, PMR & SPM Semakin Dekat!




Salam dan holahai!
UPSR, PMR & SPM semakin dekat. Jangan takut dan gusar! Hari ni dalam segmen Releksasi Minda, EH akan berkongsi beberapa tips kepada pelajar2 yg akan menghadapi peperiksaan besar. Jom ikuti segmen ini..





Topik yg EH ingin kongsi pada pelajar2 semua adalah 4 Tips Cara Belajar Yg Berkesan. Semoga tips ini memberi manfaat kepada calon UPSR, PMR, SPM dan semua yg bergelar pelajar..Heheee  





Tidak mensia-siakan masa biar pun seminit
Seorang pelajar yg cemerlang menggunakan masa yg terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.



 

Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku ke mana sahaja. Sikap ini bukan bermaksud pelajar mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan pelajar menyemai budaya
belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.




Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan pelajar mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.





Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan pelajar merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


Ini saje catatan pada hari ni. Semoga calon UPSR, PMR & SPM dapat input yg berguna dalam segmen B&K. Diharap jg supaya pelajar2 semua dapat menjawab peperiksaan dengan tenangnya. Nantikan tips yang seterusnya dan Sayonara!


EH : Usaha InsyaAllah pasti berjaya... 


*bersambung



No comments:

Post a Comment