Thursday, December 18, 2014

Rumah Jiran Kuarters Guru Terbakar...

Assalammualaikum dan selamat malam....


Hi! Di bumi Mersing, EH tinggal di kuarters guru di Felda Tenggaroh Timur 1 bersama rakan sekerja sekolah EH. Musibah menimpa jiran sebelah rumah EH pada bulan lepas yang juga merupakan staff di sekolah EH apabila rumahnya terbakar.



 Terkejut apabila mendapat berita daripada kumpulan what's up sekolah yang menyatakan rumah Abang Zam terbakar pada hari jumaat lebih kurang jam 1 pagi ekoran litar pintas. Kebetulan EH dan housemate sudah balik ke kampung pada minggu tersebut.




Kuarters kami merupakan sebuah rumah papan yang mempunyai dua pintu. Sebuah rumah  dihuni oleh dua keluarga. Abang Zam dan Cikgu dari SMK Tenggaroh A yang sudah pulang bercuti di kampungnya tidak dapat menyelamatkan segala pekakas di rumah mereka.



Gambar terkini rumah Abang Zam daripada jendela bilik EH yang diambil pada awal bulan ini.



Apa yang dirisaukan EH seandainya api marak dan merebak ke rumah EH adalah segala dokumen, sijil-sijil serta transkrip peperiksaan yang ditinggalkan di sana. Mujur tiada apa-apa yang berlaku di rumah EH. Syukur! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...




EH : Rasa simpati & takziah





1 comment:

  1. Huihh!nasih baik api x merebak kan..dugaan2 utk keluarga tersebut...

    ReplyDelete