Friday, December 19, 2014

Bengkel Pemimpin Muda Sukan (PMS)...

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Apabila para pelajar groufies dalam kereta yang dipandu EH. Kelebihan teknologi pada hari ini. Setuju?



Hi! Bulan lepas genap sebulan EH posting di STAR dan Guru PK Ko-kurikulum meminta untuk menghantar wakil pelajar menghadiri Bengkel Pemimpin Muda Sukan (PMS) di PPD Mersing. EH dan Cikgu Zuhaili menghantar pelajar ke sana dengan perjalanan hampir 40 minit dari sekolah EH berserta laluan yang bengkang-bengkok. 



Semua sekolah menengah di daerah Mersing menghantar 8 orang wakil pelajar menghadiri bengkel mengendalikan aktiviti sukan di sekolah pada tahun 2015.




Turut dijalankan aktiviti simulasi menjalankan aktiviti indoor bagi pelajar yang tamat Peperiksaan PT3 dan peperiksaan akhir tahun di sekolah. Mereka umpama satu keluarga yang utuh!



Bengkel ini memberi gambaran bahawa pelajar akan membantu para guru di sekolah mengendalikan aktiviti sukan di sekolah. Guru hanya memantau dan memberi tunjuk ajar kepada mereka sahaja. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Jalan Mersing & lori...

1 comment:

  1. rindunya nk kembali ke alam persekolahan dan join mcm2 bengkel for freee!tsktsk

    ReplyDelete