Wednesday, November 20, 2013
Saturday, November 16, 2013
Jadi Guru Ganti KGSK Di SMK Taman Desa Tebrau, JB
Assalammualaikum dan selamat pagi...
SMK Taman Desa Tebrau berdekatan dengan pusat membeli-belah Aeon Tebrau City atau dahulunya dikenali dengan nama Jusco Tebrau City...
Selamat bercuti! Hari ini para pelajar sudah memulakan cuti persekolahan sesi 2013 selama enam minggu. Semalam juga hari terakhir EH menjadi guru ganti KGSK di SMK Taman Desa Tebrau, JB.
Bersama para pelajar pasca PMR yang mengisi masa terluang dengan bermain chess, Siapa agak-agaknya yang menang ek?
Setelah beriadah di padang, pelajar pasca PMR berkumpul di Anjung Seri Tanjung untuk akttiviti seterusnya...
Walaupun semalam merupakan hari terakhir sesi persekolahan, kedatangan para pelajar di sekolah ini agak memuaskan. Mereka mendapat pinjaman buku teks dan sibuk mengemas kelas. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Releksasi Minda...
EH : Sekolah satu sesi...
Wednesday, November 6, 2013
Tuesday, November 5, 2013
Salam Awal Muharam 1435 Hijrah!
Assalammualaikum dan selamat pagi...
Lumrah kehidupan pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Berpisah dengan Zulhijjah 1434H & bertemu dengan Muharam 1435H. Alhamdulillah....
Semoga terus tabah dan sabar dalam melalui kehidupan yang terbentang luas dengan onak badai melambai-lambai melemahkan kendiri ini untuk terus melangkah meninggalkan tapak kaki di belakang sana. Syukur bertemu lagi dengan tahun baharu Islam. Salam Awal Muharam 1435 Hijrah kepada semua umat Islam. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Releksasi Minda...
EH : Umur bertambah lagi...
Monday, November 4, 2013
Murah Sarapan Di Warung Parit Betak, Benut...
Assalammualaikum dan selamat hari isnin...
Kampung emak di Parit Lubuk Sipat, Benut dekat dengan Parit Betak...
Pada pendapat EH agak murah bersarapan di warung Parit Betak bila balik ke kampung emak. EH bertiga bersarapan di sana hanya RM5.70. Murah jika dibandingkan dengan di Bandaraya JB. Setuju?
Antara menu sarapan adalah teh tarik, teh o. kopi o, nasi lemak, roti kosong 2 dan sekeping roti telur. Semuanya berjumlah RM5.70.
Kalau balik kampung emak juga ada menu sarapan yang EH tak pernah jumpa kat JB iaitu "bom". Bukan roti bom tau! Kalau nak rasa belilah di Warung Ancan kat Simpang, Kg Parit Lubuk Sipat... Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Ekspresi Interaksi...
EH : Sudah bersarapan?
Sejenak Di Puteri Harbour, Nusajaya, Johor....
Assalammualaikum dan selamat pagi...
Singgah sebentar di Puteri Harbour untuk menyaksikan acara ini. Nampak tak banner di atas?
Ada yang masih bercuti hari ni? Hari minggu semalam sebelum ke rumah abang di Pulai Indah, EH sempat singgah melihat acara yang julung-julung kali di buat di Nusajaya, Johor. Acaranya adalah Nusajaya International Triathlon 2013.
Selepas berenang, peserta menyelesaikan tugasan seterusnya dengan berbasikal...
Peserta berlumba-lumba diantara satu sama lain. Peserta dari Malaysia menduduki tempat keberapa ye?
Keindahan pemandangan di Puteri Harbour...
Inilah garisan penamat setelah peserta berlari, berenang dan berbasikal.
Sebenarnya EH tidak tunggu sampai acara tamat. Sekadar melihat kemeriahan hari minggu di Nusajaya. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Ekspresi Interaksi...
EH : Lalu Legoland...
Saturday, November 2, 2013
Selamat Hari Deepavali 2013!
Assalammualaikum dan selamat pagi...
Ada yang balik ke kampung hari ni? Berhati-hati di jalan raya dan Selamat Hari Deepavali 2013!
Seronok bila lihat pelajar-pelajar di sekolah berbual mengenai sambutan Hari Raya Deepavali. Inilah keistimewaan sekolah yang mempunyai pelajar yang berbilang bangsa. "Selamat Hari Deepavali 2013!", EH ucapakan kepada semua masyarakat India. Raikan hari cahaya dengan penuh keindahan...Ok semua, sekian dan sayonara!
EH : Deepavali & maruku...
Saturday, October 19, 2013
Hadiah Istimewa Hari Konvokesyen Saya!
Assalammualaikum dan selamat pagi...
Berdiri di tengah yang berbaju kemeja kelabu itulah dia Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin Bin Jusoh. Kenangan semasa kelas terakhir subjek Seminar Refleksi Latihan Mengajar di Makmal Kaunseling pada semester 8. Terbaikkkk!
Khayal semasa berada di Dewan Besar UPSI ketika hari konvokesyen, EH tidak sedar menerima hadiah istimewa. Ketika selesai majlis tersebut baharulah EH menyedarinya. Apakah hadiah istimewa tersebut ek?
Menerima ucapan "Tahniah" daripada pensyarah kaunseling EH iaitu Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin. EH biasa memanggil beliau Dr J. Lihat tarikh dan masa SMS tersebut dihantar iaitu pada sidang EH bergraduasi, 12 September 2013 sesi pagi...
Sebenarnya EH baharu tahu bulan ni semasa membaca keratan surat khabar Harian Metro bahawa Dr J menerima gelaran Prof. Madya. Email yang dibalas oleh Dr. J ketika EH menghantar ucapan tahniah atas gelaran yang beliau perolehi. Syabas Dr J!
EH takkan lupa dan padam SMS tahniah Dr. J yang dihantar kepada EH semasa hari konvokesyen walaupun ketika itu, Dr. J duduk di atas pentas bersama ahli akedemik yang lain. Itulah hadiah yang sungguh istimewa! Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Bimbingan dan Kaunseling...
EH : Choice Theory Reality Therapy (CTRT)
Thursday, October 17, 2013
Mencari Kawasan Tanjung Langsat Di Pasir Gudang...
Assalammualaikum dan selamat hari khamis...
Mujur tak salah jalan. Pada permulaannya disangkakan Tg. Langsat di Nusajaya tetapi setelah google memang benar Tg. Langsat di Pasir Gudang...Heheeeee
Betul kata mak EH, Tg. Langsat terletak di penghujung kawasan Pasir Gudang. Lebih kurang 50 minit dari rumah EH kalau nak sampai ke sana. Anda harus melepasi kawasan Pelabuhan MSE dan Pelabuhan Johor jika dari JB.
Boleh menggunakan jalan Pasir Gudang atau Highway Desaru. Boleh juga berpandukan papan tanda jalan. Tg. Langsat jalan terus lagi. Nampak tak papan tanda tersebut?
Parkir kereta di Jalan Nibomg 2. Macam nama jalan di Taman Daya pula...
Di Pelabuhan Tg. Langsat ni banyak kawasan perindustrian dibina.
Sepanjang perjalanan ke Tg. Langsat ni, sedikit sebanyak dapatlah EH mengetahui kawasan sekolah yang EH tidak ketahui di PPD Pasir Gudang seperti Kg Pasir Putih, Tg. Resort dan Tg. Langsat. Pada EH, agak mencabar kalau EH ditempatkan di sekolah seperti yang dinyatakan tadi. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Ekspresi Interaksi...
EH : Mencari sekolah di kawasan Tg. Langsat...
ABC Kg Melayu Memang Terbaik!
Assalammualaikum dan selamat petang...
Cuaca panas sebegini sedapnya menikmati ABC Kg Melayu. Mujur hari ni bukan hari minggu. Kalau tidak, panjang beratur kalau nak membeli ABC ini. Anda pernah cuba ABC Kg Melayu tak?
Kebetulan tadi pergi ke Pejabat Pos Kg Melayu, singgah sekejap beli ABC ni. Bila dah masuk mulut Fuhhh! Memang Terbaik!
ABC ni berharga RM3.00. Ada kekacang, buah kabung, buah ceri, ais krim dan banyak lagi. Cuba lihat gambar di atas, cuaca panas pasti anda terliur....Heheeee. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Ekspresi Interaksi...
EH : ABC Kg Melayu memang popular di JB!
Tuesday, October 15, 2013
Menu Hari Raya Haji Tahun Ni...
Assalammualaikum dan selamat malam...
Menghidupkan bara api. Menguji kesabaran dan ketekunan...
Tahun ni, emak EH tidak merebus ketupat atau nasi empit. Tetapi kami semua bersetuju untuk menempah menu satay daging dan otak-otak Kempas sebagai santapan di Hari Raya Aidil Adha tadi.
Selepas menghidupkan bara api, bolehlah membakar otak-otak Kempas. Jangan leka ye!
Nampak tak? Otak-otak Kempas dan satay daging yang telah siap dibakar. Nyummy!
Pakej! Menempah satay dan disediakan kuah kacangnya sekali. Tak perlu mengisar kacang tanah di dapur. Jimat kudrat...Heheeee
Nasi empit dan timun yang dibeli di Pasar S'mart, Pandan. Ada juga air kopi O hangat. Masa untuk makan. Jom makan!
Pencuci mulut, agar-agar gula merah. Segarkan badan dan maniskan mulut...
Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam apa jua keadaan. Bersesuaian dengan tema menu siang tadi iaitu bersederhana dengan nikmat-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Releksasi Minda...
EH : Pedih mata bakar satay dan otak-otak....
Monday, October 14, 2013
Salam Aidil Adha 1434H!
Assalammualaikum dan selamat petang...
Semua umat Islam mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Betul tak? Bagi menyambut hari raya 10 Zulhijjah, EH ingin mengucapkan "Salam Aidil Adha 1434 H!" kepada semua muslimin dan muslimat....
Ucapan khas untuk hari raya korban ni. Nampak tak pesanan si lembu tu?
Kalau Nabi Ismail A.S sanggup berkorban untuk disembelih oleh ayah baginda iaitu Nabi Ibrahim A.S pada hari raya korban sebagai mentaati perintah Allah, bagaimana pula erti pengorbanan EH dan anda semua? Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Releksasi Minda...
EH : Meraikan 10, 11, 12 & 13 Zulhijjah....
Persiapan Hari Raya Haji Di Pagi Hari...
Assalammualaikum dan selamat petang....
Hi! Pagi-pagi lagi dah pergi ke Kempas untuk mengambil juadah satay dan otak-otak yang ditempah pada minggu lepas untuk juadah hari raya esok. Itulah perancangan awal juadah di rumah EH!
Sampai di sana, kedai tersebut tutup. Mungkin semua staff telah pulang ke kampung untuk meraikan hari raya korban. Bagaimana menu untuk hari esok ek?
Bila abang EH menelefon kawannya yang mengambil tempahan itu tidak diangkat. Selepas menghantar SMS baharulah kawannya itu memberi respons. Dapatlah membakar satay dan otak-otak untuk hari raya haji esok. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Ekspresi Interaksi...
EH : Menacari arang untuk bara api....
Kupon Ibadah Korban 1434H!
Assalammualaikum dan selamat hari isnin...
Selesai solat Maghrib nanti, akan bergemalah takbir Hari Raya Aidil Adha yang memuji keagungan dan kebesaran-Nya. Mesti sayu kedengaran!
Di tempat EH, saban tahun kupon untuk mengambil daging hari raya haji diberikan kepada penduduk setempat. Syukur Alhamdulillah!
Mungkin sesetengah tempat ada cara pengurusan yang tersendiri untuk mengagihkan daging korban kepada umat Islam. Yang penting erti pengorbanan perlu dihayati dalam sanubari kita. Apa erti pengorbanan bagi diri anda ek? Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Releksasi Minda...
EH : Tempat anda guna kupon korban?
Sunday, October 13, 2013
Kenapa Ke Pulai Indah?
Assalammualaikum dan selamat petang...
Tengah hari semalam EH pergi ke Pulai Indah menemankan abang EH ke rumahnya. Buat apa di sana ek?
Tengah hari semalam EH pergi ke Pulai Indah menemankan abang EH ke rumahnya. Buat apa di sana ek?
Di kawasan taman perumahan Pulai Indah, Johor. Adakah Cassinia sejenis nama bunga?
Pergi menghantar tangga serba guna untuk kegunaan di sana. Tangga penting untuk memanjat ke tempat yang tidak dicapai oleh ketinggian manusia seperti memasang langsir dan membetulkan lampu elektrik. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Ekspresi Interaksi...
EH : Peniaga membakar lemang Aidil Adha....
Saturday, October 12, 2013
Gambar Pentas Konvokesyen Saya
Assalammualaikum dan selamat hari sabtu...
Macam-macam ekspresi mimik wajah semasa mengambil scroll ijazah di pentas semasa hari konvokesyen yang difikirkan oleh EH. Tetapi semua persepsi tersebut dapat ditepis setelah melihat hasil gambar oleh pihak jurugambar konvokesyen UPSI iaitu Catalia Creative. Inilah hasilnya...
Gambar di pentas semasa mengambil scroll ISMP EH bersama Pro Canselor UPSI pada 12/9/2013. Selamat EH memancarkan senyuman pada Pro Canselor dan lensa kamera. Heheeeeee
Sebenarnya EH tidak menghadiri sesi raptai konvokesyen UPSI ke-15 atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. EH bertanya pada rakan-rakan mengenai sesi konvokesyen tersebut. Setelah berikhtiar, EH tawakal semasa menerima scroll daripada Pro Canselor. Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Bimbingan dan Kaunseling....
EH : D.U.I.T!
Thursday, October 10, 2013
Panik, Kupon Parkir Kereta JPO Hilang?
Assalammualaikum dan selamat hari khamis....
Nak balik bila sampai di pintu automatik keluar, kupon parkir kereta JPO salah diambil di mesin parkir. Bukan seperti pada gambar di atas. Abang security terpaksa meminta kereta di belakang mengundur kenderaan dan menggunakan laluan kedua. Anda pernah alami situasi sebegitu tak ek?
Panik, cemas dan menakutkan! Mungkin itulah yang EH rasakan bila kupon parkir kereta JPO hilang siang tadi. Akan tetapi, solusi perlu dicari untuk keluar bersama kereta yang dibawa masuk ke pusat membeli-belah.
Teruja nak balik dan menerima panggilan daripada rakan yang mendapat tawaran menjadi guru bimbingan dan kaunseling di MRSM Batu Pahat, sampaikan tersalah ambil kupon parkir kereta ni yang keluar di mesin pembayaran automatik. Lain kali double check biar tak devian. Heheeeee
Rasa buntu sampaikan nak membayar RM50 denda kehilangan kupon parkir tersebut. Mujur abang security tak putus asa suruh mencari kupon di mesin pembayaran. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga kupon itu. Ok semua, sekian dan sayonara!
Kejadian di JPO siang tadi dalam segmen Releksasi Minda...
EH : Terima kasih abang security JPO!
Subscribe to:
Posts (Atom)