Friday, June 29, 2012

Menarik Di Lekir, Sitiawan, Perak..



Salam dan holahai....



Apa kena dengan logo sekolah di atas ek?  Haaaa inilah logo sekolah EH masa praktikum kat bumi Lekir iaitu SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.  Deme kat sana sebut "lekiyour". Kalau pergi Lekir jangan terkejut pulak anda dengan sebutan "lekiyour".




Segmen pagi ini




Dalam segmen hari ini, EH akan berkongsi tempat menarik yang ada di Lekir. Pada mula-mulanya EH rasa macam tak ada apa-apa yang menarik kat sana hanya ada pekan Manjung dan bandar Sitiawan je..





Jeti di Kg Sungai Tiram, Lekir




Jalan punya jalan kat Kg Sungai Tiram rupa-rupanya ada laut kat sana. Wah sangat tenang melihat keindahan alam ini.





Pengalaman yang menyeronokkan





Penduduk di sekitar Kg Sungai Tiram ada yang menangkap hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka seperti menangkap ikan, gayam, kerang dan sebagainya. Sebenarnya EH baru first time dengar, lihat, rasa sendiri gayam bila duduk di bumi Lekiyour..





Mencari ilham dan ketenangan di sini






Tanpa segan silu EH dan rakan EH selamba badak stay kat jeti tengok penduduk kat sana baru lepas turun dari laut. Tak biasa tapi wat macam OK-OK je....






Melihat penduduk kampung menaikkan hasil tangkapan gayam


Kadang-kadang bila waktu petang kita orang akan pergi ke sini mencari ketenagan dengan desiran ombak dan angin yang sepoi-sepoi bahasa sebab tugasan kat sekolah terlampau banyak bak kata Miss Wong, kalau fikir pasal kerja memang sentiasa ada. Lebih kurang macam gitoo la EH translatekan.. Heheeeee




Ok. Ini je coretan untuk segmen Ekspresi Interaksi EH. EH akhiri dengan video klip lagu ini. Sayonara!






Thank you Allah oleh Maher Zain





EH : Seronok dengan masyarakat bumi Lekiyour...

Thursday, June 28, 2012

Ahhaa 5 dalam 1!!



Salam dan holahai...

Hari ni dalam zon Terapi Entertaiment, EH nak berkongsi satu topik yang pada EH ok2 la. Pasal 5 dalam 1. Apakah itu 5 dalam 1 ek? Jawapan ada di bawah ini..



Penyanyi Asal Lagu Bulan Di Tutup Awan, Rokiah Wanda.



Lagu Bulan Di Tutup Awan yang dinyanyikan sekitar tahun 60-an oleh seniwati arwahyahamah Rokiah Wanda telah dinyanyikan dalam lima versi yang berbeza. Jom kita layan lima versi tersebut.  Yang pertama nyanyian asal penyanyi tersebut.


Versi sekitar tahun 60-an


Yang kedua pulak nyayian penyanyi Awallah dondang, Ratu Irama Malaysia kita Noraniza Idris yang berasal dari negeri Johor Darul Takzim..


Suara etnik kreatif Noraniza Idris sungguh malar segar..



Yang ini pulak versi baru yang direggaekan oleh Syafiq Harzmi. Lain dari yang lain. Sedap juga didengar..



Rentak reggae mari sambil menari-nari... Heheee



Siapa kata lagu ni tak boleh dinyayikan masa hari guru kat sekolah? Anis telah menyayikan lagu ini bersama gitarnya. Cuba dengar..


Nyanyian akustik gitar lagu Bulan Di Tutup Awan.



Tapi first time dengar lagu ni yang dinyanyikan oleh Yuna kat youtube memang fuhh sedap oi.. Kerap juga la dengar lagu ni yang berversi Yuna sambil buat assignment. Rasa macam kat cerita P.Ramlee la pulak...


Versi terkini yang dinyanyikan oleh Yunalis Zarai, Yuna. Sangat memukau.



Itu saje coretan 5 dalam 1 hari ni. Gigih nak menyiapkan tugasan Kaedah Penyelidikan Dalam Kaunseling (KKR 3033), kalau tak pasti tak layan lagu ni.. Heheee. Sayonara!



EH : tak semestinya kopi je yang ada 5 in 1...

Tuesday, June 26, 2012

Terapi Muzik Berkesan Pulih Tekanan Mental & Perasaan

          
 Kajian dapati karya klasik Mozart bantu rawat kes trauma, gangguan emosi. Terapi muzik  kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan. 



 

 Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.  Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.


  
 Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.  Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. 


  

Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik. Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.  Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan? 



 Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.  Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang. Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.  Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan






Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.  Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya. Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.



  

 FAKTA: 

Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan. Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.