Monday, February 14, 2011

Tips Hadapi Peperiksaan



Tips Hadapi Peperiksaan 
Remaja terutama pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan sama ada UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti berdebar-debar menunggu tarikh penentu tak lama lagi. Usah panik apabila memasuki dewan peperiksaan kerana ia mampu membuatkan calon lupa 50 peratus pelajaran yang telah dipelajari.

Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
 

Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.



Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran

Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas. Jaga kesihatan diri kerana jika badan tak sihat, macam mana nak belajar atau mengingati pelajaran dengan baik?

Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.
Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.


Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru

12M Teknik Berhenti Merokok



12M Teknik berhenti merokok

 1. Melengah-lengahkan - Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar. 

 2. Menarik nafas panjang - Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan. 

 3. Minum air - Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

4. Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok. 

 5. Menjauhkan diri - Jauhkan diri daripada orang yang merokok. 

 6. Mengelakkan diri - Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.

 7. Mengunyah sesuatu - Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.

 8. Membasuh tangan selalu

 9. Mandi dengan kerap

 10. Meregangkan otot - Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

11. Meditasi

 12. Memohon doa - Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.

Sunday, February 13, 2011

Masa Untuk Minum Air Masak


MASA UNTUK MINUM AIR MASAK

Bila masa yang paling bagus untuk minum air? 


Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?


Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. tetapi air di sini adalah AIR MASAK! Jangan salah faham pulak ye. Ok, berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus untuk minum air?

Minumlah air secukupnya...

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan.

Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.


Minum dua gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman



Minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan



Minum segelas air masak SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah



Minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.


Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air kerana tubuh manusia mengandungi 70 peratus air..... dan bendalir sangat penting bagi mengaktifkan sel tubuh...


Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? bila anda minum air masak? lepas makan? adakah masa minum itu sesuai?