Sunday, June 4, 2017

Agenda : Ke Today's Mall Ulu Tiram Pula?

Assalammualaikum dan selamat malam...



Cuaca panas pada bulan Ramadan ini menguji kesabaran setiap umat-Nya. Tak salah mencari pasar raya yang mempunyai pendingin hawa yang kuat untuk menyejukkan badan ini.




Hi! Pergi ke Today's Mall Ulu Tiram untuk melihat Ekspo Parkson Jualan Gudang. Kalau ada yang berkenan bolehlah beli untuk persiapan hari raya nanti. Ternyata, melangkah kaki ke sini dapat membeli dua helai baju untuk kegunaan nanti dengan harga yang sangat berpatutan. Ok semua, sekian dan sayonara!



Sempat singgah melihat kawasan perumahan Bandar Tiram sebelum balik ke rumah. Foto : FB Today's Mall Ulu Tiram.





EH : Jalan-jalan di bulan puasa...

Saturday, June 3, 2017

Agenda : Meriah Bazar Hari Raya Di Pasar Borong, Pandan

Assalammualaikum dan selamat malam...



Tak tipu, kalau ada bazar ni saban tahun jalan nak menghala ke Pasar Borong Pandan pasti sesak. Adakalanya kesesakan sehingga jalan Kampung Melayu bagi yang hendak menuju ke Kota Tinggi. Ini terbukti kemeriahan di sana dengan  pengunjung yang ingin membuat persiapan sempena 1 Syawal 1438H nanti termasuklah warga Singapura. Anda pernah pergi ke bazar ini tak?




Hi! Semalam sempat singgah melihat pakaian yang mungkin menjadi trend pada raya kali ini di Bazar Hari Raya, Pasar Borong Pandan. Mata ini sangat terpegun dengan aneka baju Melayu dan samping yang dijual oleh para peniaga. Pengunjung pun saling tawar-menawar baju raya yang hendak dibeli di sana. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mujur naik motosikal ke sana...



Friday, June 2, 2017

Corat-Coret : Menerima Hadiah Hari Guru Daripada Cikgu Farhana....

Assalammualaikum dan selamat malam...


Hadiah yang diterima semasa pertukaran hadiah semasa sambutan hari guru bulan lepas.




Hi! Cantik hadiah yang dibungkus Cikgu Farhana kelihatan seperti sebiji gula-gula. Memang boleh dianggap hasil kerja cikgu wanita sangat teliti dan kemas. Ada yang bangkang kenyataan tersebut? Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Macam sayang dan tak nak buka je hadiah ni...

Thursday, June 1, 2017

Corat-Coret : Pertukaran Hadiah Hari Guru...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Sengaja EH membuat sendiri penanda buku untuk hadiah hari guru rakan setugas EH dengan harapan aksesori tambahan hadiah tersebut boleh dijadikan kenangan apabila permohonan pindah beliau diluluskan nanti. Amin....



Hai! Awal-awal lagi rakan panitia BM EH sudah berpesan bahawa beliau tidak mahu tudung, selendang atau kain ela semasa pertukaran hadiah hari guru berlangsung. Atas saranan beliau dengan harga minimum hadiah berjumlah RM20.00, EH telah memberikan hadiah peralatan yang boleh digunakan untuk mengajar di dalam kelas. Cuba teka, hadiah apa agak-agaknya? Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mujur dapat rakan yang sporting...

Tuesday, May 30, 2017

Agenda : Bermain Petanque Sempena Hari Guru...

Assalammualaikum dan selamat petang...



3 wakil kumpulan guru dari sekolah EH ketika pertandingan petanque sempena sambutan hari guru peringkat PPD yang lalu. 2 wakil kumpulan guru lelaki dan 1 wakil kumpulan guru perempuan.




Hi! Ketika pertandingan ini berlangsung, kondisi badan EH tidak sihat. EH batuk-batuk dan demam. Tidak mahu memporak-perandakan keadaan serta menghampakan pasukan petanque sekolah, EH menggagahkan diri untuk bermain juga. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Pasukan EH tewas...

Monday, May 29, 2017

Tema Hari Guru 2017 : Andai Aku Bukan Seorang Guru

Assalammualaikum dan selamat tengah hari....


Sempat berswafoto ketika Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 18 Mei 2017 yang lalu.



Hi! EH menggunakan kostium pembantu cafe semasa sambutan hari guru peringkat sekolah. Pada EH, penglibatan untuk memeriahkan sambutan hari tersebut lebih penting. Setidak-tidaknya terdapat nilai bekerjasama di situ. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Apa tema sambutan hari guru sekolah anda pula?

Sunday, May 28, 2017

Agenda : Menanda Kertas Peperiksaan Ketika Berpuasa...

Assalammualaikum dan selamat pagi....



 Menanda kertas Bahasa Melayu Peperiksaan Pertengahan Tahun di bulan Ramadan yang mulia.



Hi! Ada misi yang perlu diselesaikan pada cuti sekolah pertengahan tahun ini. Diharap para pelajar memahami situasi cikgu ketika bercuti di bulan puasa ini. Tidak perlu bertanyakan markah peperiksaan mereka melalui whats app. Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Kalau kertas sudah ditanda, markah boleh disemak melalui aplikasi SAPS...

Saturday, May 27, 2017

Corat-Coret : Salam Ramadan Ya-Karim 1438H

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan. Syukur Alhamdulillah...




Hi! Semalam sudah diumumkan bahawa hari ini umat Islam seluruh dunia mula menunaikan ibadah berpuasa. Kelihatan meriah tetamu rumah Allah mengerjakan solat sunat terawih yang pertama juga malam semalam. Ahlan Wahsalan Ramadan Ya Karim 1438H. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Cuti sekolah pertengahan tahun...

Monday, May 1, 2017

Agenda : Mendaki Gunung Lambak, Kluang

Assalammualaikum dan selamat malam...



Memberi ganjaran pada diri sendiri dengan mendaki Gunung Lambak.



Hi! Syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya mendaki gunung yang berketinggian 1400m. Hampir berputus asa untuk meneruskan misi pendakian dan mahu membatalkan hajat yang dirancang disaat-saat akhir. Setelah beberapa kali berhenti seketika, memakan masa hampir dua jam baharulah dapat menikmati pemandangan yang indah di atas puncak gunung tersebut. Ok semua, sekian dan sayonara!



Berhenti sekejap ketika berada pada ketinggian 800m. Jenuh dan penat tidak terkata pada ketika ini. Percaya tak?



Keindahan kawasan hutan yang menghijau dengan kicauan bunyi burung, unggas dan cengkerik.



Liputan panggilan telefon masih boleh diterima walaupun berada di atas puncuk gunung ini.



Dengar betul-betul, bunyi apakah itu?




Berehat sambil bervideo sebagai kenangan di sana...




EH : Hujan ketika turun gunung.









Corat-Coret : Selamat Hari Pekerja Tahun 2017!

Assalammualaikum dan selamat petang...



Kenderaan di jalan raya juga lengang disebabkan hari ini merupakan cuti umum. 



Hi! Seelok-eloknya pada hari buruh ni, "group whats app" yang berkaitan dengan urusan kerja beristirahat sebentar. Hari cuti sebeginilah masa yang digunakan untuk merehatkan minda seketika. Walau bagaimanapun, "Selamat Hari Pekerja Tahun 2017!". Ok semua, sekian dan sayonara!




EH :  Kilang pun tidak beroperasi...

Monday, April 24, 2017

Agenda : Misi Menanda Buku Karangan Pelajar

Assalammualaikum dan selamat petang...


Sekejap sahaja rasa masa berlalu tanpa disedari. Bulan hadapan para pelajar akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2017.



Hi! Mujur cuti umum pada hari ini. Selesai menyemak dan menanda buku-buku karangan para pelajar yang EH ajar. Selain hendak dihantar buku-buku tersebut untuk semakan kepada Guru Kanan Matapelajaran (GKMP) Bahasa, kebetulan semalam baharu sahaja mendapat jadual waktu yang baharu di mana ada rombakan guru-guru yang mengajar subjek BM. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Hidup memerlukan pilihan...

Corat-Coret : Salam Israk Mikraj 1438H..

Assalammualaukum dan selamat pagi...


Bersyukur kerana diberi nikmat untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Syukur Alhamdulillah.


Hi! Hari ini cuti umum sebab Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Dikesempatan ini, EH juga ingin mengucapkan, "Salam Israk dan Mikraj 1438 Hijrah". Semoga umat Islam di dunia ini sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Bulan Ramadan akan tiba....


Saturday, April 22, 2017

Agenda : Program Transformasi Minda (PTM) Siri 4 / 2017

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Program 5 hari 4 malam ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.



Hi! Untuk ke sekian kalinya, EH dan rakan-rakan yang posting di sekolah pada tahun 2014 dipanggil untuk mengikuti program ini. Program tersebut merupakan salah satu syarat untuk pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sektor awam. Ayuh kita lihat kenangan sepanjang program berlangsung!


EH dilantik menjadi ketua kumpulan 10 iaitu Kumpulan Ben 10.


Banyak aktiviti berkumpulan dan pembentangan dijalankan.


Tugasan yang agak mencabar apabila diminta untuk menguruskan malam kebudayaan dengan bertemakan angkasa. Kumpulan EH diminta membuat persembahan syair. Sedap dan lunak alunan suara Cikgu Noraini Binti Munawar yang mendeklamasikan syair pada malam tersebut untuk Kumpulan Ben 10.


Meminjam dan memulangkan peralatan muzik di Jabatan Muzik, Blok D IPG tersebut. Peralatan itu digunakan untuk malam kebudayaan bagi persembahan pentomen, sketsa, lakonan, sajak, syair, pantun, boria, dikir barat, nyayian dan tarian. Pada ketika ini, Tok Penghulu sedang menghatar alas meja dan bunga-bunga di Dewan Kuliah A (DKA).


Syukur Alhamdulillah kumpulan EH memenangi kategori kumpulan paling bekerjasama. Terima kasih kawan-kawan kerana penat dan lelah kita membuahkan hasil.


Bergambar bersama Tok Penghulu Program iaitu Cikgu Mohd Alif Aqwa.


Kumpulan Ben 10 berfoto bersama para pensyarah dan fasilitator program ini.


Sesi kenang-kenangan sebelum pulang ke rumah.


Cikgu-cikgu lelaki yang menghadiri program ini.


Semoga EH lulus Program Transformasi Minda ini dan sah jawatan. Sememangnya program ini sangat bermakna dan bernilai pada diri EH. Ok semua, sekian dan sayonara!



Rakan kaunseling semasa pengajian di UPSI suatu ketika dahulu.





EH : Rasa seronok program seperti ini....























Saturday, March 25, 2017

Destinasi : Ke Pantai Batu Layar, Kota Tinggi...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Destinasi kedua terus pergi Pantai Batu Layar. Tidaklah jauh sangat pantai ini dari Pantai Tanjung Balau. Tenang melihat ombak air di pantai. Setuju tak?



Hi! Apabila sampai di Pantai Batu Layar, keadaannya tidak seramai pengunjung di Pantai Tanjung Balau tadi. Mungkin lokasinya yang agak tersorok sedikit. Pada EH, di sini lebih privasi merehatkan minda sejenak. Ok semua, sekian dan sayonara!




Desiran ombak pantai yang menenangkan. Syukur Alhamdulillah...



EH : Ronda cuti sekolah...

Destinasi : Beristirahat Di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi....

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Rancang disaat-saat akhir untuk beristirahat di pantai area Kota Tinggi.



Hi! Selepas Solat Jumaat bersiap-siap untuk pergi ke pantai. Dalam perancangan mahu ke Pantai Desaru tetapi pantai tersebut tidak boleh dikunjungi kerana sedang dinaik taraf kawasan persekitarannya. Terus menuju ke Pantai Tanjung Balau pula.



Walaupun pada waktu petang, ramai pengunjung yang bersantai di sini.



Tikar dibentang dan menikmati keindahan pemandangan pantai.



Suasana petang di tepi pantai




Jambatan di Lebuh Raya Desaru. Kagum dan terpersona.




Tidak lama selepas itu, meneruskan destinasi yang kedua pula. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Melalui Lebuh Raya Desaru...


Corat-Coret : Bayaran Deposit Pemasangan Bekalan Syarikat Air Johor (SAJ) Meningkat?

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Pelik dan terkejut kerana bil air bulan ini ada tunggakan sedangkan setiap bulan sudah membayar bil api dan air sekali. Yang lebih menghairankan lagi, jumlah tunggakan tidak sama seperti bil pada bulan lepas. Sementara tengah cuti sekolah sekarang ini, sempat ke SAJ di Larkin untuk meminta penjelasan.



Hi! Semasa di kaunter pertanyaan SAJ, pegawai yang bertugas menjelaskan tunggakan sebanyak RM70.00 kerana bayaran deposit pemasangan air Johor telah meningkat daripada jumlah RM50.00 kepada RM120.00. Pertambahan bayaran sebanyak RM70.00 kepada rakyat Johor berdasarkan bil air yang diterima. Justeru, ambil perhatian dengan isu ini.





EH : Situasi ketika ini...

Friday, March 24, 2017

Corat-Coret : Ke Kampung Pt. Muhammad, Parit Sulong, Batu Pahat

Assalammualaikum dan selamat malam...



Biasanya orang-orang di sini menyebut kampung ini ialah Kampung Parit Che Mad...



Hi! Alang-alang sudah sampai di Batu Pahat, singgah sekejap di kampung arwah abah. Sempat melihat sekitar keadaan kampung selepas pulang dari Taman Perindustrian Seri Sulong dan Parit Lapis Maimon.



Di hadapan halaman rumah peninggalan arwah atuk.



Sebelum ini, kawasan tersebut ditanam dengan pokok-pokok manggis. Jakun melihat pokok-pokok manggis yang rendang lebih-lebih lagi apabila musim buah manggis di kampung tiba.



Apabila hari raya menjelma pada zaman kanak-kanak dahulu, kawasan ini penuh dengan kereta Pak Cik, Mak Cik dan saudara-mara yang balik ke kampung.



Kebun di belakang rumah.



Sebelah bangsal terdapat tempat simpanan air hujan. Kenangan balik ke kampung dahulu kala, apabila air untuk diminum tidak kira untuk dibuat air teh atau kopi menggunakan air hujan yang disimpan di dalam bekas tersebut atas permintaan dan arahan arwah atuk.



Lain hulu, lain belalang, lain dahulu, lain sekarang. Ada tak yang kampungnya terletak di bandar? Balik ke kampung atau bandar? Heheee... Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Memanfaatkan waktu cuti sekolah....











Thursday, March 23, 2017

Destinasi : Ke Pantai Punggur, Rengit Batu Pahat...

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Berswafoto kendiri semasa berada di Pantai Punggur ini.



Hi! Semasa hendak pulang ke kampung di Benut, Pontian sempat singgah ke Pantai Punggur, Rengit. Kebetulan seusai menghadiri majlis perkahwinan di Parit Sulong, Batu Pahat dan melalui jalan lama berhenti sekejap melihat pemandangan di sana. Anda pernah pergi ke pantai ini? Ok semua, sekian dan sayonara!




Pemandangan waktu senja di Pantai Punggur.




EH : Teruja ke Kedai Kuala, Rengit...

Monday, March 20, 2017

Agenda : Menanda Kertas BM Ujian 1 Tahun 2017...

Assalammualaikum dan selamat tengah hari...


Misi waktu cuti sekolah ini dengan menanda semua kertas jawapan pelajar Ujian 1 Tahun 2017...



Hi! Ada hikmahnya hari hujan pada hari isnin yang indah ini. Sekurang-kurangnya kertas jawapan pelajar yang ditanda sedikit-sedikit akan habis juga nanti. Tidak sabar untuk memasukkan markah BM kelas yang EH ajar ke dalam sistem SAPS. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Cuti persekolahan penggal pertama tahun 2017....

Saturday, February 4, 2017

DIY : Penanda Buku Daripada Bahan Terpakai

Assalammualaikum dan selamat petang...



Lebihan kertas yang sudah laminate dijadikan penanda buku. Sebenarnya lebihan kertas itu setelah digunting isinya untuk jadual waktu kelas EH. 



Hi! Ilham boleh datang secara tiba-tiba. Bahan-bahan untuk membuat penanda buku seperti di atas ialah lebihan kertas yang sudah laminate, penebuk lubang dan tali. Kertas tersebut ditebuk lalu diikatkan tali pada lubangnya. Ok semua, sekian dan sayonara!




Menggunakan jadual waktu kelas yang sama lagi untuk tahun ini.





EH : Penanda buku Komsas...



Friday, February 3, 2017

Agenda : Menyemak Latihan Pendahuluan Karangan Pelajar

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Menanda buku latihan pelajar.



Hi! Cuti persekolahan seminggu ni sempat juga menyemak dan menanda buku latihan tatabahasa serta karangan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghantar buku latihan dalam masa yang ditetapkan, bermakna pelajar tersebut akan menyusahkan dirinya dan guru subjek itu. Setuju? Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Bertaggungjawab...

Thursday, February 2, 2017

DIY : Kertas Memo Daripada Buku Terpakai...

Assalammualaikum dan selamat petang...



Rasa berserabut dengan buku-buku terpakai dan sayang untuk membuang atau membakarnya. Dapat ilham membuat kertas memo untuk kegunaan di sekolah mahupun di rumah. 



Hi! Baki-baki kertas pada buku latihan yang tidak diconteng digunting mengikut citarasa masing-masing. Setelah kertas itu digunting menjadi kecil, bolehlah dijadikan kertas memo dan disimpan di tempat yang sesuai. Anda pernah lakukkannya? Ok semua, sekian dan sayonara!



Inilah hasilnya.




EH : Selain Projek Kitar Semula...