Thursday, October 2, 2014

Buat i-Akaun Ahli KWSP...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Untuk melapor diri pada 13hb ni, pihak sekolah memerlukan nombor KWSP. Maklumat butiran diri EH tidak mempunyai alamat surat-menyurat. Malas nak pergi pusat KWSP, EH mengemaskini maklumat menggunakan alam maya sahaja. Boleh lihat penyata akaun sekali!



Hi! Untuk anda yang sudah ada akaun KWSP bolehlah menggunakan perkhidmatan online untuk i-Akaun Ahli KWSP. Perlu mendapatkan 6 digi kod pengaktifan i-Akaun Ahli dengan menelefon pihak KWSP ditalian 03-89226000. Sesudah itu anda boleh daftar log in dan menggunakan alam maya untuk akaun KWSP anda. Mudah bukan? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Sudah ada i-Akaun Ahli KWSP tak?

1 comment: